Mohammed bin Salman (MBS), Putera Mahkota Saudi berkata, “kami menyebarkan fahaman Wahhabi atas permintaan sekutu (baca: US) untuk menentang Soviet Union” (نشرنا الوهابية بطلب من الحلفاء لمواجهة الاتحاد السوفييتي).

Benda tu memang betul pun. Sesiapa yang mempunyai fahaman paling asas tentang geopolitik pun tahu Saudi ialah sekutu US, dan kebanyakan masa fahaman Wahhabi/Salafi hanya digunakan sebagai alat untuk memajukan kepentingan bersama Saudi-US.

Tak, teman tak kata Wahhabi/Salafi tu salah, rilek lah. Cuma kebanyakan masa, agama diperalatkan oleh pemerintah untuk mencapai kepentingan duniawi je.

Pada 1950-an, Timur Tengah terbahagi kepada dua blok. Satu ialah blok republik sosialis yang diterajui oleh Mesir (Gamal Abdel Nasser) dan satu lagi ialah blok monarki konservatif yang diterajui oleh Banu Hasyim (keturunan Syarif Husain ibn Ali) di Jordan dan Iraq. Mesir sekutu Soviet manakala Jordan dan Iraq sekutu US. Persaingan di antara dua blok ini kekadang digelar sebagai “Arab Cold War” (الحرب العربية الباردة).

Selepas Banu Hasyim digulingkan di Iraq pada tahun 1958, Saudi muncul sebagai pemimpin blok monarki. Untuk bersaing dengan Mesir, Saudi mula mengembangkan dakwah Salafi. Universiti Islam Madinah ditubuhkan pada tahun 1961. Muslim World League (Rabitah al-Alam al-Islam) ditubuhkan pada tahun 1962. Perhimpunan Belia Islam Dunia ditubuhkan pada tahun 1972. Semua adalah untuk menjadikan Salafisme sebagai ideologi alternatif kepada Nasionalisme Arab yang didukung oleh Mesir.

Memandangkan Saudi sudah menggantikan tempat Banu Hasyim, US pun memberi sokongan material dan moral kepada kerja-kerja Saudi. Selepas Nixon buat perjanjian Petrodollar dengan Saudi pada 1970-an, Saudi bertambah kaya dengan peningkatan dalam pendapatan minyak. Maka lagi banyak sumber yang boleh digunakan untuk promote ideologi Salafi.

Cara Saudi promosi Salafi pun berubah dari dakwah semata-mata kepada penubuhan milita bersenjata untuk “berjihad” di negara-negara di bawah pengaruh Soviet, terutamanya di Afghanistan selepas tahun 1979. CIA pun sama-sama melatih golongan “mujahideen” ini. Selain Afghanistan, di Bosnia dan di Chechnya pun boleh nampak bayang mujahideen tajaan Saudi ini. Ikutkan logik, takkan di tempat sepenting Syria tu Saudi tak letak siapa-siapa?

Ye, tidak menafikan deme ini mungkin berniat untuk membela nasib saudara Islam. Tapi lebih banyak masa peranan deme adalah untuk memajukan kepentingan geopolitik US-Saudi. Dulu nak menentang Soviet, sekarang nak menentang Rusia.

Bila kita cerita benda-benda macam ini (geopolitik), yang pro-Salafi janganlah cepat panas. Kita tak cakap pun siapa betul siapa salah. Kalau teman berada di tempat pemerintah Saudi, teman pun akan buat benda yang sama demi kepentingan Saudi.

Cuma, kita nak bagitau bahawa pemerintah negara selalunya bertindak atas kepentingan geopolitik dan kepentingan rejim. Alasan agama sekadar apa yang kita panggil sebagai “smoke screen”.

Sebelum Revolusi Iran tahun 1979, Raja Faisal dan Syah Pahlavi boleh je bercium mulut berpeluk-pelukan dan panggil “brother”, walaupun seorang Salafi, seorang Syiah Imamiyah. Cuma bezanya, Syah tu Syiah pro-US, Khomeini tu Syiah anti-US. Maka selepas tahun 1979, hubungan Saudi dan Iran bertukar dari sekutu menjadi seteru.

Dan bukannya Saudi selama-lamanya akan jadi sekutu US. Bila dah tiada kepentingan bersama, maka Saudi akan meninggalkan US, atau US yang meninggalkan Saudi. Benda tu dah hampir berlaku pada zaman Obama, tapi sekarang mereka kembali melekat atas kepentingan bersama di Yaman dan di Israel.

Kome pergilah tanya MBS. Kot-kot beliau pun setuju dengan teman.

Jadi, keep calm and read geopolitics.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.