Penyata Razak: Salah Satu Asas Pendidikan Negara

0
360
views

Penyata Razak merupakan cadangan pendidikan yang ditulis oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak merangkap menteri pendidikan pada ketika itu. Penyata ini ditulis dan dibentangkan pada tahun 1956. Matlamat penyata ini adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu. Laporan ini telah digabungkan ke dalam Seksyen 3 daripada Ordinan Pelajaran 1957 untuk membekalkan asas kepada rangka pelajaran atau kemerdekaan Malaya yang kemudiannya dinamakan Malaysia.

Penyata Razak ini ialah penyata yang bertolak ansur kepada penyata-penyata sebelumnya di mana Penyata Barnes 1950  Dan Penyata Fenn-Wu 1951 memberikan laporan mereka sebelum penyata Razak dibentang. Ini adalah sebahagian cadangan penyata Barnes 1950 yang dibuat dan dibentang oleh L.J. Barnes yang bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan orang Melayu:

  1. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan
  2. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
  3. Pelajaran Bahasa Cina dan Tamil akan ditubuhkan jika terdapat 15 atau lebih anak murid yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
  4. Bahasa Melayu diwajibkan diajar dalam sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris diwajibkan diajar dalam Sekolah Melayu,
  5. Sekolah Dwibahasa diperkenalkan dan bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu dan Inggeris
  6. Sekolah Vernakular iaitu Sekolah Melayu, Cina dan India digabungkan menjadi Sekolah kebangsaan dan sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.

Cadangan ini mendapat persetujuan ramai orang Melayu termasuk menteri-menteri Persekutuan Tanah Melayu yang berpendapat, laporan Barnes ini mampu meningkatkan taraf pendidikan Melayu yang agak ketinggalan jauh berbanding sekolah-sekolah bangsa lain namun ia mendapat tentangan hebat oleh Bangsa Cina dan India.

Tentangan ini mereka membentangkan laporan atau penyata mereka yang dikenali sebagai Penyata Fenn-Wu 1951. Laporan ini dibuat oleh Dr. Fenn (salah seorang setiausaha kerja bersekutu dari negara China) dan Dr. Wu Teh Yao yang bekerja dengan Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB). Laporan atau penyata ini di buat kerana mereka mengkaji penyata Barnes ini dan berpendapat bahawa penyata Barnes ini akan melenyapkan kebudayaan dan bahasa Cina. Mereka memberi cadangan:

  1. Sekolah Vernakular (iaitu sekolah Melayu, Cina dan India) dikekalkan dan bahasa Melayu, Cina dan India dibenarkan untuk menjadi mata pelajaran dalam sekolah tersebut. Secara umumnya, sekolah vernakular akan mengajar tiga bahasa dalam satu sekolah.
  2. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan dikekalkan (sekolah Inggeris)
  3. Sekolah-sekolah vokasional dikembangkan lagi bagi menampung keperluan tenaga mahir yang amat diperlukan bagi membangunkan Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya.

Pandangan dan kajian ini diserap kedalam Ordinan Pelajaran 1952. Namun ordinan ini tidak dapat dilaksanakan kerana ketika itu berlaku darurat dan kekurangan dana. Jadi Ordinan Pelajaran 1957 diperkenalkan dan Penyata Barnes dan Fenn-Wu dikaji semula.

Waqaf Saham

Seperti yang dinyatakan, Penyata Razak 1956 ini adalah penyata yang bertolak ansur kepada kedua-dua penyata sebelumnya, dalam Penyata Razak ialah mengekalkan dua sekolah rendah iaitu SRK (Sekolah Rendah Kebangsaan) dan SRJK (Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan) serta menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar SRK. Penyata Razak juga mencadangkan penubuhan jawatankuasa yang akan mengkaji dan memantapkan sistem pendidikan negara. Antara tugas jawatankuasa ialah untuk

  1. Membentuk satu pendidikan kebangsaan yang sesuai dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa
  2. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
  3. Menjaga perkembangan bahasa dan budaya bangsa lain.
  4. Mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan jika perlu.

Penyata Razak memberikan 17 cadangan dan 9 cadangan dibentangkan dan selebihnya diambil dari penyata-penyata sebelumnya dan dimasukkan ke dalam penyata ini. Penyata ini adalah titik permulaan penerimaan sistem pendidikan Malaya yang kemudiannya di tambah baik dari penyata Rahman Talib 1960 dan diteruskan dan dikaji semula melalui laporan jawatankuasa kabinet 1974 dan 1979. Antara cadangan-cadangan dari penyata Razak yang utama ialah:

  1. Semua Sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama
  2. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar disetiap sekolah rendah dan menengah di tanah air ini
  3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan disetiap sekolah rendah dan menengah di tanah air ini
  4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa India adalah bahasa pengantar utama
  5. Sekolah-sekolah rendah ditukarkan menjadi sekolah kebangsaan dan Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama
  6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka pada semua kaum.
  7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah guru berkelayakan. Bertujuan untuk mengurangkan masalah penyebaran “ideologi” yang boleh mencetuskan huru hara negara.
  8. Sistem sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
  9. Semua guru diletakkan dibawah satu perkhidmatan professional dan ditubuhkan Jemaah Nazir Persekutuan untuk memberi kemudahan dan pengawasan para guru yang berkelayakan.

Kesimpulannya, Penyata Razak ini adalah salah satu penyata yang digunapakai oleh sistem pendidikan Malaysia hingga hari ini, ia melalui fasa penambah baikan dari tahun ke tahun dan segala pendidikan asas dinyatakan dalam penyata ini masih digunakan. Itulah Penyata Razak. Titik permulaan sistem pendidikan Malaya (Malaysia) yang diserap masuk ke dalam Ordinan Pelajaran 1957.

Sebelum saya mengakhiri artikel ini, ada sahabat-sahabat saya yang memberi pendapat bahawa mereka tidak setuju dengan sekolah-sekolah Vernakular ini, sebaliknya mereka inginkan sekolah satu aliran di mana sekolah jenis ini setiap murid-murid akan belajar 4 bahasa pengantar utama (Melayu, Cina,India dan Inggeris) dan mengekalkan kebudayaan setiap bangsa bagi mengekalkan perpaduan dinegara ini.

Malah, ada yang berpendapat mahu mencampurkan juga sekolah-sekolah agama dalam satu aliran sekolah di mana selain kita mampu mempelajari empat bahasa pengantar utama, kita juga mampu mempelajari ilmu-ilmu Islam secara terperinci tanpa perlu pergi ke sekolah berasingan seperti yang diamalkan sekarang ini.

Dalam pendapat tersebut, mata pelajaran Islam ini hanya dipraktikkan untuk orang Islam dan pendidikan moral akan lebih terperinci mata pelajarannya bagi menyamaratakan pendidikan di negara yang tercinta ini. Apa pendapat sahabat-sahabat di sini tentang cadangan berberapa sahabat saya tentang pembaharuan sistem pendidikan yang dicadangkan ini?