Berumur 28 tahun dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Nyanyian Klasik dari McGill University, Canada. Grout sangat meminati lagu-lagu Arab. Walaupuan dia tidak berbahasa Arab, namun sebutan (dialek) bahasa Arabnya sangat luar biasa!

Grout mendapat perhatian media ketika dia menjadi seorang rakyat Amerika Syarikat pertama yang beraksi di Arab Got Talent. Dakwa Grout, dia memang sudah jatuh hati dengan muzik Morocco. Selepas dia bergraduasi, dia pindah ke Morocco untuk mendalami lagu-lagu genre Morocco.

Dia merupakan antara tiga finalis Arab Got Talent. Sangat suka mendengar lagu Arab sejak 2010. Ketika dia berlatih menyanyi di Morocco, guru muzik Arabnya menasihatinya untuk menguatkan lagi sebutan Arab, perlulah untuk mendedahkan diri dengan Al-Quran. Sejak daripada itu, dia mendalami Al-Quran secara tidak sengaja. Akhirnya, dia pun memeluk agama Islam pada tahun 2013 di Morocco juga. Dia bertunang lalu berkahwin juga dengan lelaki idamannya yang berbangsa Morocco yang mana suami dia itu merupakan seorang ahli muzik yang juga dia pernah berkerja bersama dahulu.

Baru-baru ini, tular satu video Grout mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran iaitu Ayatul Kursi yang mana ayat ini merupakan ayat yang ke-255 dari Surah Al-Baqarah. Alunan itu sangat memukau orang Arab khususnya, kerana dia merupakan bintang Arab Got Talent. Selepas daripada itu, barulah dia dikenali secara global. Dia menyatakan yang alunan dan lenggok yang dia gunakan adalah berdasarkan lenggokkan Al-Quran Qari Mohammad Siddiq Al-Menshawi. Seorang Qari terkenal.

Ramai warganet memberi nasihat kepadanya supaya membaca Al-Quran itu dengan memakai hijab, namun dia memberi respon yang dia tidak lagi komited untuk berbuat sedemikian. Namun, mesej yang dia cuba sampaikan ialah sesiapa sahaja mempunyai akses terhadap Al-Quran. Dahulunya, Grout seorang Ateis, dan kini sudah jatuh hati pada agama Islam setelah banyak membaca tentang agama berkenaan.

Ramai juga yang mengatakan Grout mempunyai darah Arab, namun Grout menafikan. Sebaliknya, dia berdarah Ireland-AS dan dia dilahirkan serta dibesarkan di Boston, AS.

Artikel dikirimkan oleh Sadiq Salihoddin untuk The Patriots. 

Rujukan

Editor. (2019, December 24). Kebolehan penyanyi AS baca ayat Kursi memukau dunia Arab. Retrieved from Malaysiakini: https://www.malaysiakini.com/hiburan/504747

Kasraoui, S. (2019, Disember 18). American Singer Wows Arab World by Beautifully Reciting Quran. Retrieved from Morocco World News: https://www.moroccoworldnews.com/2019/12/289203/american-jennifer-grout-arab-world-reciting-quran/

Khalaf, R. (2019, December 19). American singer stuns the internet with flawless Quran recital. Retrieved from Step Feed: https://stepfeed.com/american-singer-stuns-the-internet-with-flawless-quran-recital-1285

Tamimi, J. A. (2014, Janury 22). Jennifer Grout says she’s converted to Islam. Retrieved from Gulf News: https://gulfnews.com/lifestyle/jennifer-grout-says-shes-converted-to-islam-1.1279489


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.