Mungkin satu perkara biasa apabila seorang putera mewarisi takhta pada usia 16 tahun. Tetapi Alexander The Great bukan sama sekali seseorang yang biasa. Ayahandanya meninggalkan sebuah kerajaan yang stabil untuk diwarisi.

Dan baginda mengembangkan pengaruh daripada Macedonia hingga Parsi, Anatolia dan India. Namun baginda m4ngkat pada usia 32 tahun di Istana Nebuchadnezzar II selepas mengalami demam panas yang teruk selama dua minggu.

Bukan pedang atau panah yang menggvgurkan tubuh baginda. Sebaliknya mungkin angkara khianat atau makhluk halus yang menjadi pemisah roh daripada badan.

Konspirasi atau Penyakit

Ramai berpendapat Alexander telah diracun. Tetapi yang peliknya, mana ada r4cun yang menyebabkan kemat1an secara perlahan pada zaman itu. 12 hari ialah tempoh terlalu lama Jadi timbul teori-teori menarik yang menjelaskan punca kem4tian Alexander di Babylonia.

Sebuah artikel daripada New England Journal of Medicine berpendapat bahawa Alexander menghidap demam malaria yang menyebabkan kelumpuhan (dan akhirnya kem4tian).

Ada yang berpendapat penyakit dialami Alexander ialah keradangan sama ada di tulang belakang (spondylitis) atau otak (meningitis). Beberapa penyelidik pun kemudian melihat simptom-simptom yang dialami oleh Alexander:

  • Demam panas dan menggigil.
  • Dahaga melampau.
  • S4kit badan teruk.
  • Lemah dan lesu.
  • Meracau
  • Tidak mampu bercakap (aphonia)
  • Kelumpuhan
  • J4ngkitan paru-paru.
  • Masalah hati.
  • Ruam pada badan.

Kebanyakan simptom dalam senarai di atas merupakan simptom demam malaria, yang selalu menimpa Lembah Mesopotamia dimana Alexander telah merentasi lembah itu sebelum kem4tiannya.

Typhoid atau tifus pula selalu membvnuh orang dalam tempoh dua minggu. Walau bagaimanapun Plutarch tidak melaporkan simptom Typhoid pada Alexander. Jadi para penyelidik hanya melihat peny4kit demam malaria. Ada satu kejadian penting yang berlaku semasa Alexander tiba di Babylonia.

Baginda sendiri melihat kawanan gagak yang mem4tuk sesama sendiri dan mati di jalan raya (Pearson, 2003). Gelagat pelik ini menjadi kunci utama bagi saintis untuk melihat potensi peny4kit lain.

Melihat senarai simptom semula, pendapat baru yang lebih kukuh muncul dikalangan para saintis dan pengkaji sejarah. 90 peratus daripada simptom yang dialami Alexander merupakan simptom j4ngkitan virus nil barat / west nile virus (CDC, 2018).

Peny4kit ini sangat mudah merebak, dan sehingga hari ini tiada vaksin berjaya dibuat untuk mencetuskan imuniti kelompok.

Nyamuk akan membawa virus ini. Tetapi burung biasanya menjadi punca sebaran yang lebih menyeluruh.

Dalam kes Alexander, gelagat gagak diambil sebagai bukti kerana peristiwa tersebut berlaku antara April dan Mei.

Malah “tempoh pengeraman” (incubation period) bagi virus nil barat didapati antara tujuh hingga 14 hari, sangat bertepatan dengan jarak masa antara peristiwa gagak dan hari pertama Alexander jatuh s4kit (Marr & Calisher, 2003).

Legasi Alexander

Bukan mudah jika jadi raja pada zaman dulu. Seorang bangsawan pernah dinamakan Raja Kepada Raja-Raja, Raja Agung, Raja Parsi, Firaun Mesir dan Raja Negara-Negara. Tetapi dengan darjat demi darjat maha hebat ini, Darius III tetap kecundang pada tangan Alexander.

Persepolis digempur Alexander, yang membvnuh Empayar Parsi. Kemudian Alexander men4kluki Tanah India dan ingin bergerak untuk Tanah Arab pula. Tetapi kem4tian baginda telah menamatkan pengaruh Yunani sebagai kuasa rantau. Dalam masa beberapa tahun kemudian, Yunani sendiri berpecah belah angkara pewaris dan jeneral yang masing-masing menentang antara satu sama lain.

Tidak boleh dibayangkan bahawa pengaruh besar ini dijayakan hanya dalam masa 16 tahun. Alexander meninggalkan sebuah legasi sehingga 20 kota dinamakan sempena keagungannya.

RUJUKAN:

West Nile Virus: Symptoms, Diagnosis, and Treatment (2018) CDC Website
Retrieved from https://www.cdc.gov/westnile/symptoms/index.html

Marr, J.S., & Calisher, C.H. (2003). Alexander the Great and West Nile Virus Encephalitis. Emerging Infection Disease.

Pearson, H. (2003). West Nile Virus may have felled Alexander the Great. Nature.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.