Penyakit-Penyakit Yang Geng LGBT Bakal Dapat

1,570

Kalau seseorang itu dah kurus, tetapi dia masih lagi rasa dia gemuk, sampaikan tidak mahu makan sehingga menyebabkan fungsi fisiologi dan psikologinya kacau bilau ke tahap kurang zat, kurang vitamin, kutang garam mineral dan protein, keadaan ini kita panggil sebagai Anorexia Nervosa, iaitu sejenis penyakit.

Jika seseorang itu tida menyukai salah satu anggota atau bahagian badannya, seperti kulit dia, mata, rambut dan bentuk badannya sehingga ke tahap dia berasa terlalu stres, hilang keyakinan diri dan tidak semena-mena tidak langsung ingin berjumpa orang lain, perkara itu kita panggil sebagai Body Dysmorphic Disorder, yang juga sejenis penyakit.

Jika seseorang itu tidak mampu mengawal pemakanannya, sehingga ke tahap dia makan makan dengan banyak, dan kemudian mengeluarkan makanan tersebut dengan cara muntah mahupun mengambil ubat laxatives (ubat untuk sembelit), dan kitaran ini berulang-ulang, diagnosis yang diberikan adalah Bulimia Nervosa, yang juga merupakan satu jenis penyakit (eating disorder).

Namun, apa yang pelik dan menghairankan adalah mengapakah sekiranya seseorang itu dilahirkan sebagai seorang lelaki, dan tiba-tiba dia ingin menjadi seorang perempuan, dan bukan itu sahaja, kadangkala mempunyai nafsu dan keinginan untuk melakukan aktiviti seks bersama lelaki lain, itu tidak dikira sebagai satu jenis penyakit?

Saya memetik kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) di dalam salah satu buletin di laman web mereka, mengeluarkan kenyataan dalam ICD-10 mereka, berbunyi “sexual orientation by itself is not to be considered a disorder”, yang secara mudahnya mengatakan bahawa isu homoseksual, heteroseksual atau biseksual adalah bukan satu jenis penyakit.

Isu LGBTQ ini (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender dan Queer/Questioning) adalah satu jenis penyakit, dan LGBTQ ini bukanlah sesuatu yang sememangnya telah ‘imprinted’ dalam minda seseorang sebaik sahaja dia dilahirkan. Terdapat banyak punca dan faktor yang menjadikan seseorang itu LGBTQ, yang mana antaranya adalah sexual abuse semasa kecil, trauma akibat dipisahkan oleh pasangan masing-masing serta percampuran dengan golongan yang sama sewaktu membesar.

Saya tidak mengecam anda untuk mengamalkan budaya ini, sebaliknya, saya ingin nyatakan di sini bahawa perkara ini menunjukkan bahawa anda mempunyai satu penyakit, dan memerlukan rawatan dan bimbingan daripada perawat yang profesional baik dari segi kaunseling ataupun terapi yang ada.

LGBTQ adalah salah satu jenis penyakit. Ia tidak normal. Saya bagi satu contoh; seseorang lelaki itu tidak suka akan kemaluannya yang begitu, dan sebaliknya akan membuat pembedahan mengubah kemaluannya daripada lelaki ke wanita serta mencucuk hormone estrogen bagi menaikkan payudaranya bagi menampakkan dia sebagai seorang perempuan dengan harapan ada lelaki lain yang ingin bersetubuh dengannya. Adakah itu normal?

Baru-baru ini, saya mendapat maklumat daripada Professor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, seorang pensyarah dan penyelidik di fakulti perubatan dan kesihatan di USIM beserta presiden The International Women’s Alliance for Family and Quality Education (WAFIQ) mengenai statistik di negara Malaysia ini mengenai penularan wabak Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang amat membimbangkan.

Penulisan artikel ini saya pasti akan mendapat kecaman dan tentangan hebat daripada segelintir masyarakat, yang akan mula mempersoalkan bahawa setiap isi di dalam artikel ini adalah bersifat prejudis, pendapat dan tiada fakta. Justeru, mari kita lihat angka statistik yang direkodkan pada 2005 sehingga 2016 mengenai faktor yang menyebabkan seseorang itu mendapat HIV kerana saya selalu menggunakan konsep “numbers don’t lie”.

Sebelum itu, kita lihat terlebih dahulu apakah risiko utama seseorang itu mendapat jangkitan HIV berdasarkan kepada 3,397 kes HIV yang terbaru di Malaysia, yang terang-terangan menunjukkan bahawa 46% daripadanya adalah disebabkan oleh homoseksual/ biseksual. Peningkatan ini sejajar dengan usaha kononnya rakyat Malaysia perlu mengikitiraf golongan ini, serta kenaikkan golongan-golongan yang begitu lantang bersuara tanpa dikenakan apa-apa tindakan daripada sebuah negara yang mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi kebangsaan.

Rata-rata golongan ini berada pada usia diantara 20-29 tahun dan diikuti dengan 30-39 tahun. Umur awal dewasa inilah yang dikatakan amat vulnerable dan mudah terpedaya dengan ajakan songsang sahabat rapar mahupun kenalan, Jadi, sebelum ini kita tahu, perbuatan Intravenous Drug User (IDU) merupakan penyumbang utama masalah penularan penyakit HIV ini, namun, dunia semakin berubah.

Jika kita lihat pada tahun 2005 – 2010, IDU merupakan punca utama penularan wabak ini, tetapi, selepas tahun 2010, kita sendiri dapat lihat perbezaan yang semakin ketara dikalangan masyarakat kita yang mana amat memeranjatkan apabila pada tahun 2016, 84% daripada kes baru ini adalah disebabkan oleh homoseksual/biseksual/heterosexual berbanding dengan hanya 11% sahaja disebabkan oleh IDU. Walaubagaimanapun, pecahan kecil mendapati jumlah Bisekual dan Homoseksual ini lebih tinggi (1553) berbanding heteroseksual yang memang diketahui menyumbang kepada risiko penularan wabak HIV ini.

Jika kita lihat statistik lain mengenai punca HIV di 2 buah negara, iaitu Amerika Syarikat dan Filipina, kewujudan kes-kes HIV terbaru ini lebih teruk, yang mana di Amerika Syarikat, 70% penghidap HIV adalah daripada golongan ini dan di Filipina, 83% penghidap HIV adalah daripada golongan ini.

Kini, anda sendiri boleh lihat kenaikkan kes-kes penyakit ini, yang menunjukkan trend semakin meningkat. Malangnya, baru-baru ini terdapat banyak video yang bocor, menunjukkan bahawa untuk seseorang yang berada di dalam kerajaan yang seharusnya mentadbir dan menjaga rakyat-rakyat mereka daripada perkara-perkara sebegini sebaliknya terjebak, dan tidak dikenakan apa-apa.

Perkara ini amat memalukan, dan memalit lumpur serta menconteng arang di muka sesebuah negara yang kita ketahui amat menjaga sensitiviti, budaya dan agama, serta rata-rata penganut agama Islam, Kristian dan lain-lain juga melarang dan mengharamkan perhubungan sebegini.

Selagi kerajaan dan rakyat mendiamkan diri, semakin teruklah kes ini meningkat tanpa kita ketahui, di mana setiap percubaan untuk menghentikan budaya ini berakhir dengan tiada apa-apa penambahbaikkan mahupun penguatkuasaan yang sepatutnya dilakukan bagi menghukum si pelaku budaya songsang ini. Apapun, kita sendiri sudah boleh baca dan mengetahui bahawa sekiranya ada apa-apa larangan daripada agama, sudah tentu larangan tersebut jika dilanggar akan hanya memudaratkan sebuah negara yang aman makmur dan jauh sekali daripada bencana alam ini.

Justeru, kita sebagai rakyat yang tinggal di sebuah negara Islam ini harus bersatu padu, dan berusaha sedaya upaya bagi menghentikan perbuatan yang amat menjijikkan, yang mana perbuatan ini bukan hanya sekadar masalah peribadi, sebaliknya, menjadi satu medium untuk penularan wabak HIV yang jika tidak kita kawal, lambat-laun akan mengenai seseorang yang kita kenali, sayangi dan lebih teruk, yang berada di kalangan ahli keluarga kita sendiri.

Ingatlah, usaha yang dilakukan untuk menghentikan keadaan ini bukan bertujuan untuk menidakkan hak dan suara anda sekiranya anda merupakan salah seorang yang berada di dalam golongan itu, sebaliknya, usaha ini adalah satu kaedah yang menghalang keadaan jangkitan kuman HIV ini daripada tersebar. Bagaimana negara kita melarang penggunaan dadah dan mengenakan hukuman berat bagi setiap pesalah yang mana sebelum ini menjadi punca penularan wabak ini daripada berlaku, begitu jugalah usaha yang seharusnya dilakukan untuk membanteras golongan-golongan ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada Professor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar atas kesudian beliau untuk berkongsi data ini, dan Dr Naim Razak, seorang pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia atas usaha yang dilaksanakan bagi menyebarkan lagi pemahaman dan realiti masyarakat di Malaysia ini.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.