Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh International Labour Organisation (ILO), sekitar 2.3 juta kematian manusia di dunia adalah disebabkan penyakit pekerjaan. Di Malaysia sahaja, dari 2005 hingga september 2018, terdapat 37260 kes penyakit pekerjaan dilaporkan.

Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.

Graf biru ialah kes dilaporkan dan graf merah ialah kes yang disahkan sebagai penyakit pekerjaan.

*Walaupun kes tersebut dilaporkan sebagai penyakit pekerjaan, tidak semua disahkan sebagai penyakit pekerjaan. Selepas siasatan, keputusan mendapati kes tersebut bukan berpunca dari tempat kerja.

Penyakit pekerjaan dipecahkan kepada empat bahagian.

  • Penyakit yang disebabkan oleh pendedahan bahaya di tempat kerja.

Pendedahan terhadap bahan kimia berbahaya.

Ada 40 jenis bahan kimia yang diklasifikasikan sebagai berbahaya boleh menyebabkan penyakit. Bahan kimia memasuki tubuh manusia melalui tiga cara iaitu diserap melalui kulit, tertelan, atau melalui sedutan. Bahan kimia berbahaya juga boleh bertindak secara langsung pada kulit,  menyebabkan kerengsaan terus / reaksi alahan atau memberi kesan dalam jangka masa yang panjang. Kes paling menjadi kebiasaan pendedahan bahan kimia ialah tidak mecuci tangan dengan bersih sebelum makan dan merokok.

*bayangkan perbuatan mengambil rokok dari dalam kotak, bahagian mana jari anda kena pada rokok dan bahagian yang sama anda letak dimulut.

Penyedutan agen kimia yang terkandung dalam udara yang wujud dalam bentuk fizikal, seperti gas, wap, dan bahan partikel (termasuk habuk, asap, asap, aerosol, dan wap),  menyebabkan kerengsaan pada salur pernafasan kemudian dibawa ke paru-paru. Ia kemudian boleh diserap ke dalam sistem peredaran darah kemudian mencapai organ sasaran jauh seperti jantung dan limfa.

Reaksi individu terhadap sebarang bahaya bahan kimia bergantung kepada panjang, corak, dan kuantiti kepekatan bahan kimia dan jumlah masa pendedahan. Ia juga dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti umur, jantina, kumpulan etnik, latar belakang genetik, status pemakanan, penyakit yang sudah dihidap oleh individu, pendedahan yang dengan agen-agen toksik yang berlainan dalam masa yang sama, kebersihan dan cara kehidupan, dan sejarah pendedahan terdahulu kepada ejen yang berkenaan.

Pendedahan kepada hazard fizikal

Umumnya, pekerja fizikal terdedah kepada kebisingan, getaran, radiasi (ion dan bukan ion), tekanan (mampatan atau tidak mampat) dan suhu yang melampau. Kesan kesihatan dan organ sasaran agen-agen ini berbeza-beza dengan kepada individu.

Pendedahan kepada bunyi bising

Kesan pendedahan kebisingan yang tinggi dan dalam tempoh masa yang panjang boleh menyebabkan kehilangan pendengaran kepada pekerja.

*Noise Induced Hearing Lost (NIHL)

Kehilangan pendengaran ini boleh jadi dalam bentuk sementara atau kekal bergantung kepada tahap pendedahan kepada individu.

Pendedahan kepada getaran

Penyakit pekerjaan yang melibatkan hazard getaran terbahagi kepada dua iaitu getaran seluruh badan dan getaran tangan. Pada mulanya ia biasanya bermula sebagai rasa sakit/ nyeri pada bahagian jari dan pergelangan tangan. Apabila pendedahan getaran berterusan, rasa sakit boleh menjadi kecederaan pada saraf /tulang atau penyakit berkaitan jari dan pergelangan tangan. Penyakit berkaitan getaran boleh dicegah sekiranya bertindak lebih awal, semasa awal simptom kesakitan.

Getaran seluruh badan boleh menyebabkan keletihan, masalah perut, sakit kepala, kehilangan keseimbangan dan “tubuh bergetar” sejurus selepas atau semasa pendedahan. Gejala-gejala ini sama dengan yang dialami ramai orang selepas perjalanan kereta atau bot enjin. Selepas pendedahan setiap hari dalam beberapa tahun, getaran seluruh tubuh boleh menjejaskan seluruh badan dan mengakibatkan beberapa gangguan kesihatan.

Kajian pemandu bas dan trak mendapati bahawa pendedahan pekerjaan kepada getaran seluruh badan boleh menyumbang kepada beberapa gangguan peredaran darah, usus, pernafasan, otot dan belakang. Kesan gabungan postur badan, keletihan postural, tabiat pemakanan dan getaran seluruh badan adalah punca yang mungkin mempercepatkan kesan hazard getaran kepada individu.

Pendedahan getaran tangan menjejaskan aliran darah (kesan vaskular) dan menyebabkan kehilangan sentuhan sensasi (kesan neurologi) pada jari. Getaran boleh menyebabkan perubahan tendon, otot, tulang dan sendi, dan boleh menjejaskan sistem saraf. Secara kolektif, kesan ini dikenali sebagai Hand-Arm Vibration Syndrome (HAVS).

Kekejangan otot juga terdedah kepada pekerja yang terlibat dalam kerja manual yang berat atau pekerja berkaitan komputer/ menaip, pemain piano. Kerja yang melibatkan pergerakan tangan secara berulang-ulang dalam tempoh yang lama.

Penyakit yang disebabkan tekanan boleh disebabkan tekanan atmosfera yang tinggi atau terlalu rendah. Pekerjaan yang terdedah kepada hazard tekanan ialah penyelam, atau pekerja ruang terkurung seperti terowong atau bunker.

Pendedahan kepada suhu panas

Apabila bekerja di persekitaran yang panas, tubuh manusia cuba mengekalkan suhu badan yang normal dengan meningkatkan aliran darah ke permukaan badan. Peluh yang keluar dari tubuh juga mengeluarkan cecair dan garam untuk menyejukan tubuh dalam proses mendapatkan suhu normal. Peluh juga akan menyejat haba dari tubuh untuk menyejukan tubuh.

Pendedahan kepada suhu tinggi menyebabkan oleh kehausan, keletihan, pening, dan kekejangan otot, pengsan atau pitam juga boleh berlaku. Strok haba ialah keadaan yang kesan serius dan boleh menyebabkan kematian. Ia berlaku kerana pendedahan berpanjangan kepada suhu tinggi dan peluh yang keluar dari tubuh tidak menyejat haba akan menyebabkan kulit berasa panas dan kering.

Pendedahan sinaran radiasi (Ion dan Non Ion)

Sinaran yang boleh menyebabkan pengionan boleh menjadi elektromagnet (sinar Xray dan sinar gamma) atau zarah (radiasi elektron, proton, neutron) dan mempunyai banyak digunakan dalam industri, perubatan dan penyelidikan saintifik. Pendedahan secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit acute radiation syndrom dan boleh membawa maut.

*Peraturan berkaitan pendedahan mesin xray di Malaysia ialah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984.

Radiasi Non Ion dalam bentuk radiasi elektromagnet dalam frekuensi radio, inframerah, sinaran cahaya dan sinaran ultraungu. Pendedahan kepada radiasi dalam frekuensi radio berlaku di industri telekomunikasi dan dalam penggunaan peralatan rumah seperti microwave.

Bekerja di bawah keadaan pencahayaan yang buruk boleh menjejaskan kecekapan pekerja dan juga menyebabkan gangguan fizikal sementara, seperti sakit kepala atau pening.

Pencahayaan yang betul akan memberikan tahap penglihatan yang mencukupi, secara seragam( contoh : semua lampu dalam satu laluan lurus dalam tahap yang sama, bukan sekejap cerah sekejap malap) dan warna yang sesuai, tanpa sebarang kelipan atau silau.

Pendedahan kepada agen jangkitan

Penyakit daripada agen jangkitan terdedah kepada pekerja ladang ternakan haiwan dan disebarkan daripada haiwan. Sebagai contoh, anthrax boleh dijangkiti kepada pekerja yang mengendalikan haiwan yang mempunyai kuman. Air yang tercemar (berpunca dari ladang ternakan) juga boleh menyebabkan penyakit krpada manusia.

  • Penyakit yang tertumpu pada sistem atau organ

Organ Pernafasan

Penyakit pernafasan pekerjaan adalah masalah kesihatan pada paru-paru yang berpunca dari tempat kerja. Ia berlaku kerana pendedahan berulang dan berulang kepada bahan kimia berbahaya atau toksik tertentu. Terdedah kepada bahan kimia berbeza membawa kepada kesan penyakit yang berbeza.

Penyakit asma pekerjaan terdedah kepada pekerja yang terlibat dengan kawasan kerja yang berhabuk, debu dan debunga (kilang kayu, kuari atau nurseri). Ini berlaku akibat saluran pernafasan yang menyempit.

Selain daripada asma, sesetengah penyakit pernafasan berpunca daripada bahan yang pekerja terdedah. Sebagai contoh, penyakit silicosis terdedah kepada pekerja yang mengendalikan bahan silica atau asbestosis yang terdedah pada pekerja yag mengendalikan bahan asbestos.

Organ Kulit

Masalah kulit yang berkaitan dengan pekerjaan disebabkan teruk oleh pendedahan dan pengendalian dengan bahan kimia, dan juga melalui jangkitan/alahan kepada agen bakteria di tempat kerja. Dermatitis kerengsaan tangan (Occupational irritated hand disease – OIHD) adalah penyakit kulit yang berlaku di tangan pekerja dalam pekerjaan tertentu. Kerengsaan tangan boleh terjadi sekiranya pekerja terdedah dengan pengendalian bahan kimia, bahan peluntur tanpa sarung tangan atau dalam keadaan basah/lembab dalam tempoh yang lama.

Muskuloskeletal/ tulang

Masalah berkaitan muskuloskeletal/ bahagian tulang manusia berpunca dari pergerakan yang berulang/ pergerakan yang tidak selesa dalam tempoh yang lama. Pekerja yang mengangkat barang dengan cara yang tidak betul dan postur yang salah boleh menyebabkan kecederaan pada bahagian tulang belakang dan saraf tunjang. Perbuatan memusingkan separuh badan secara berulang-ulang juga boleh menyebabkan kesakitan/kecederaan.

*ilustrasi memusingkan separuh badan semasa memindahkan barang dari satu tempat ke tempat lain.

  • Kanser Pekerjaan

Berdasarkan rekod Institut Kesihatan US pada tahun 2007 (NHBI), sekitar kematian 200 ribu pekerja diseluruh dunia adalah berkaitan dengan pendedahan bahan karsinogen/ agen kanser.

Antara bahan karsinogen yang paling umum ialah asbestos, silica dan benzene. Pendedahan kepada pekerja dalam tempoh yang panjang menyebabkan bahan karsinogen ini memasuki tubuh pekerja/individu dan menjadi barah dalam badan. WHO juga dalam satu kenyataan memberi cadangan untuk menggantikan bahan asbestos dengan bahan lain yang lebih baik dan kurang risiko kepada pekerja. Peralatan pelindungan diri untuk pekerja juga perlu diberikan untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada pekerja.

  • Other related disease/ penyakit berkaitan

Bahagian ini ialah bahagian untuk penyakit yang berkaitan dengan individu dan tempat kerja sebagai contoh penyakit nystagmus yang dihidap oleh pelombong. Kedudukan mereka dalam kekurangan cahaya dan kedalaman lombong menjadikan penglihatan pelombong menjadi berulang-ulang, hilang kestabilan tubuh dan tidak seimbang.

Rumusan

Senarai ini saya ambil daripada Senarai Penyakit Pekerjaan yang dikeluarkan oleh International Labour Organisation(ILO) pada tahun 2010. Penyakit dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu berdasarkan pendedahan, berdasarkan organ, jenis kanser dan lain-lain penyakit. Setiap pendedahan kepada bahan atau hazard yang berbeza akan memberi kesan yang berbeza. Lain-lain penyakit yang tidak disenaraikan dalam senarai itu akan diletakkan dalam bahagian keempat.

RUJUKAN:

  1. Lee, H. S., Takahashi, K., and Tan, K. L. 2011. “Respiratory Disorders.” In Textbook of Occupational Medicine Practice, 3rd ed., edited by David Koh and Ken Takahashi, 79–96. Singapore: World Scientific Publishing.
  • Lee, Jiho & Kim, Jungwon. (2014). Physical Agents and Occupational Disease Compensation: Noise, Vibration, Radiation, and Other Physical Agents. Journal of Korean medical science. 29 Suppl. S72-7. 10.3346/jkms.2014.29.S.S72.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.