Penyakit Misteri Muka Membengkak Aneh

310

Seorang lelaki berusia 56 tahun, bernama Romulo Pilapil yang berasal daripada Ormoc, Filipina dijangkiti oleh sejenis penyakit yang tidak diketahui asal usulnya serta diagnosisnya. Lelaki ini bekerja sebagai seorang tukang kayu, yang merupakan bapa kepada 3 orang anak.

3 tahun sebelum itu, dia menghidapi gejala gatal pada bahagian matanya beserta dengan selsema. Dia mendapatkan rawatan daripada doktor yang membuat diagnosisnya sebagai sinusitis, iaitu keradangan pada bahagian sinusnya yang sering digelar sebagai resdung. Walau bagaimanapun, 2 minggu selepas itu, walaupun dia tidak putus-putus mengambil ubat yang diberikan oleh doktor, keadaannya semakin buruk.

Kelopak matanya, bersama dengan bibir, pipi dan keseluruhan bahagian mukanya menjadi semakin membengkak dan tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa penyakit ini beransur pulih. Pembengkakkan pada kelopak matanya menyebabkan dia buta, dan tidak dapat meneruskan kerjanya sebagai seorang tukang kayu.

Tambahan, dia mempunyai 3 orang anak yang masih lagi bersekolah, di mana kesemuanya terpaksa berhenti daripada sekolah dan perlu bekerja demi menampung kehidupannya. Isterinya pula bekerja sebagai tukang sapu. Anak-anaknya bekerja mengikut syif, demi memastikan sekurang-kurangnya terdapat seseorang yang boleh menemani bapanya di rumah.

Dia berjumpa dan mendapatkan rawatan pada doktor di Kepulauan Leyte, di mana para doktor gagal membuat diagnosis yang provisional kepadanya. Kali terakhir dia mendapatkan rawatan adalah pada sekitar bulan Ogos 2018, dan dia tidak lagi mendapatkan rawatan di klinik tersebut memandangkan dia tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk mendapatkan bantuan perubatan tersebut.

Para doktor memberi cadangan untuknya ke Manila, di mana di situ, terdapat hospital yang mempunyai kelengkapan yang lebih baik dan lengkap, beserta dengan ramai doktor pakar yang bertugas bagi membolehkan dia mendapatkan diagnosis, serta rawatan yang sepatutnya. Akan tetapi, kerana masalah kewangan dan ekonomi yang menekan, dia tidak dapat berbuat sedemikian dan hanya mampu meneruskan kehidupan dengan bantuan anak dan isterinya sahaja.

Mungkin ada mana-mana badan NGO daripada Malaysia yang ingin menyalurkan bantuan kepadanya? Diagnosis serta penyakit ini sekiranya dikenalpasti akan dapat membantu mana-mana kes yang sama di masa hadapan sekiranya berlaku.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.