Mr. Bean kelihatan seperti seorang kanak-kanak yang terperangkap dalam tubuh seorang dewasa. Melihat dunia dengan rasa takjub pada wajahnya dan selalu melakukan perkara yang mengarut (silly). Bean tidak pernah menyoal tindakannya, tetapi menerima setiap tindakannya. Apakah sebenarnya disebalik perkara ini?

Sepanjang tv bersirinya, Mr. Bean selalunya bercakap dengan menggumam (mumbels) ataupun respon hanya dengan satu perkataan seperti namanya, ‘Bean’. Perkataan monosyllabic seperti dapat dikaitkan dengan autism, sindrom Asperger, ataupun sindrom Savant yang semuanya disertai dengan satu penyakit yang dipanggil sebagai halangan leksikal. Leksikal adalah perbendaharaan kata menurut kamus dewan.

Bean juga adalah janggal secara sosialnya. Rakannya adalah ‘Teddy bear’ dan rakan manusianya yang paling rapat Irma Gobb. Sosial ini dapat diklasifikasikan sekurangnya sebagai Spektrum Autism, iaitu gangguan perkembangan neuro sama ada dia sedang bergelut untuk bersosial ataupun dia pilih untuk tidak mahu bersosial.

Mr. Bean mudah terdedah dengan bahaya. Seorang yang naif dan tidak bersalah, tetapi dia juga kelihatan mementingkan diri dan pendendam. Dia mampu bertukar antara dua personaliti ekstrem ini seperti kanak-kanak kecil dan remaja. Sepeti mana kanak-kanak, tugas utamanya adalah untuk melindungi dirinya, tetapi selepas itu kita akan dapati dalam dirinya mempunyai sikap mementingkan diri.

Setiap kali Mr. Bean bertembung dengan Reliant Robin yang memandu kereta tiga tayar, dia akan cuba untuk cari pasal. Perlakuan ini boleh diklasifikasikan sebagai Obsessive Complusive Disorder (OCD). Bean selalu menjerumuskan dirinya dalam pelbagai masalah. Kita akan dapati masalah yang timbul selalunya berpunca daripada dirinya sendiri. Tetapi dia masih mampu menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

Pemikirannya yang menakjubkan dan kreatif dalam menyelesaikan masalah boleh dikategorikan sebagai inteleknya yang berada di atas purata normal.

Kesimpulannya, dengan segala bentuk gangguan (disorder) ini, Mr. Bean mungkin adalah High Functioning Autism, iaitu manusia yang mempunyai autism tetapi dia berfungsi dengan kadar yang sangat tinggi daripada manusia biasa.

HFA mempunyai ciri-ciri berikut:

– Rendah kemahiran bertaakul (reason)
– Mempunyai kemahiran kreatif dan visual yang tinggi.
– Mempunyai kuriositi dan minat yang tinggi
– Mempunyai kebimbangan yang tinggi, berkait dengan OCD

HFA juga dikaitkan dengan sindrom Asperger, iaitu mereka yang mempunyai masalah komunikasi dan masalah sosial, turut disertai dengan perlakuan dan minat yang kerap berulang (OCD).

“I think Mr Bean is a very uncynical character, he is actually very open and entirely self-centred and a highly vindictive character when he wants to be. Not at all pleasant, but at the same time I do not think he has any malice in him.” – Rowan Atkinson


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.