Salah satu penyakit pekerjaan yang menarik minat saya semasa masih belajar dahulu ialah Sindrom Raynaud. Penyakit ini menyerang kebanyakan pekerja yang banyak menggunakan anggota pergelangan tangan semasa bekerja di tempat sejuk dan penggunaan mesin getaran, contohnya nelayan, kerani dalam pejabat dan pekerja kawasan suhu sejuk.

Dinamakan sempena nama seorang pelajar perubatan, Maurice Raynaud. Beliau telah mengenalpasti satu kes penyakit ini pada tahun 1862.

Sindrom Raynaud ialah satu keadaan jari dan pergelangan tangan menjadi putih dan kebiruan. Ia berlaku kerana kekurangan aliran darah ke bahagian jari akibat saluran arteri yang membawa darah dari jantung menjadi sempit. Keadaan ini ialah tindak balas anggota tubuh terhadap suhu sejuk dan tekanan rendah.

*Vasospasm : keadaan dimana arteri menjadi sempit dan menghalang aliran darah.

Bagi kebanyakan individu, ia bukanlah satu masalah kesihatan yang serius. Tetapi bagi sesetengah orang, aliran darah yang berkurang boleh menyebabkan keadaan yang lebih teruk.

 Keadaan jari seorang pengendali mesin jackhammer yang menjadi putih dan tegang (Sumber : CDC)
Keadaan jari yang memutih seperti lilin atau kebiruan.

Terdapat dua jenis penyakit Raynaud iaitu Raynaud utama (primer condition) dan Raynaud sekunder (second condition).  Raynaud utama berlaku tanpa kaitan dengan sebarang penyakit lain. Pesakit juga akan mengalami simptom yang ringan dan sembuh sendiri selepas menjauhi kawasan sejuk atau terkena haba panas.

Raynaud sekunder berlaku akibat penyakit lain seperti Scleroderma, artritis rheumatoid atau Lupus. Ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada anda seperti luka dalaman atau gangrene. Sel dan tisu akan mati akibat kekurangan darah sewaktu gejala Raynaud sekunder berlaku.

Punca penyakit ini berlaku ialah berdasarkan beberapa faktor iaitu keadaan tempat kerja, keadaan tubuh dan ergonomik tempat kerja.

Sindrom Raynaud primer lebih banyak dialami oleh orang yang purata umur 15-30 tahun. Perempuan juga lebih berisiko berbanding lelaki. Penyakit ini juga ialah penyakit keturunan.  Kesihatan mental seseorang juga mempengaruhi tahap kesihatan organ dalaman iaitu saluran darah.

Sindrom Raynaud sekunder disebabkan oleh beberapa faktor berikut:

  • Penyakit autoimun, seperti lupus, rheumatoid arthritis, dan sindrom Sjogren.
  • Gangguan pada saluran arteri seperti penyakit Buerger atau pulmonary hipertension.
  • Tekanan pada saraf lengan (Sindrom Carpal Tunnel)
  • Kesan ubat-ubatan dan pengambilan bahan kimia seperti alkohol dan nikotin
  • Kecederaan disebabkan keretakan tulang, bekas pembedahan.

Simptom penyakit ialah rasa kesejukan pada jari atau anggota tubuh. Rasa sakit menyucuk atau nyeri juga dirasai. Jari akan terasa kebas dan berubah warna. Ia akan bertukar menjadi warna putih seperti lilin kemudiannya bertukar kebiruan.

Apabila suhu telah dinaikkan, badan anda menjadi panas semula dan peredaran darah bertambah baik. Namun, kawasan tersebut akan bertukar menjadi warna merah, berdenyut-denyut, rasa nyeri atau membengkak.

Walaupun jari tangan dan kaki merupakan bahagian utama bagi serangan Raynaud, ia juga boleh menyerang bahagian badan lain seperti hidung, telinga, bibir dan puting payudara. Purata masa yang diambil untuk keadaan kembali baik ialah 15 minit.

Seperti yang saya tuliskan diatas, penyakit ini adalah tidak berbahaya untuk orang biasa. Malaysia juga bukanlah negara yang mengalami suhu sejuk. Kalau dalam pejabat sekalipun, suhu tidaklah rendah sangat.

Keadaan paling ketara Raynaud sindrom yang pernah saya sendiri alami ialah semasa menunggang motosikal dalam hujan. Jari saya memutih dan kemudian kebiruan. Cara untuk mengelakkan keadaan ini ialah menggunakan sarung tangan. Ini bantu mengekalkan haba tangan.

Orang paling berisiko diserang penyakit ini ialah nelayan di laut dan pekerja yang menggunakan mesin getaran dalam keadaan sejuk. Jika keadaan jari tidak kembali normal atau lambat kembali selepas terkena haba, eloklah dibawa untuk berjumpa doktor. Ada ujian khas untuk kesan penyakit ni.

RUJUKAN:

  1. Erica Roth (2019) Everything You Need to Know About Raynaud’s Phenomenon, Healthline Website.
    https://www.healthline.com/health/raynauds-phenomenon
  2. Raynaud’s. National Heart, Lung, and Blood Institute. https://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/Raynaud.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.