Pada tahun 2020, Crsitiano Ronaldo iaitu pemain bola sepak terkenal dari Portugal ini menjadi atlet yang menghasilkan pendapatan paling tertinggi, iaitu sebanyak lebih 1 billion dollar (mata wang AS) setelah bermain sebanyak 5 kali sebagai pemain pasukan negaranya sendiri. Jadi, Ronaldo menjadi pemain bola sepak terkaya buat masa ini.

Cristiano Ronaldo, antara pemain bola sepak terkenal. (Sumber: United in Focus)

Mungkin ada dalam kalangan peminat bola sepak percaya suatu hari nanti ada pemain yang mampu mencapai pendapatan mendahului Cristiano Ronaldo, contohnya seperti pemain termahal bernama Neymar dari Brazil, ataupun Kylian Mbappé dari Perancis.

Namun, tahukah anda bahawa dalam sejarah manusia terdapat seorang lelaki yang telah lama mendahului Ronaldo, malah menjadi lelaki yang mempunyai pendapatan paling tinggi di dunia? Ya, lelaki ini wujud. Namanya ialah Gaius Appuleius Diocles.

Apakah lelaki bernama Gaius Appuleius Diocles juga pemain bola sepak? Tidak. Gaius ini adalah atlet berasal dari Rom, lebih tepat beliau hidup pada fasa tamadun Rom. Kerjaya Gaius hanyalah penunggang kereta kuda bernama chariot dan hanya menunggang saja beliau menghasilkan pendapatan sebanyak 15 billion dollar (mengikut nilai mata wang sekarang), lebih tinggi dari Cristiano Ronaldo! Bagaimana Gaius mampu menjadi kaya sebegitu?

Pada fasa tamadun Rom, mereka mempunyai sukan yang pada waktu itu sangat popular namun tidak lagi wujud pada abad kini. Sukan tersebut ialah lumba kereta kuda atau chariot racing. Sukan ini dianjurkan oleh para maharaja bagi menaikkan kepopulariti para pahlawan penunggang kereta kuda. Kemudian sukan ini digemari ramai mendahului dari sukan gladiator, sehingga sukan ini dijadikan sebagai sukan kebangsaan.

Sukan lumba kereta kuda diibaratkan sebagai sukan ‘lumba kereta kuno’. (Sumber: National Geographic)

Namun begitu, perlumbaan yang dianjurkan tanpa kebenaran maharaja akan dilucutkan jawatan dan juga kewarganegaraan. Hanya maharaja saja yang berkelayakan untuk menganjurkan sukan perlumbaan ini. Rakyat hanya layak untuk menjadi peserta jika mahu menonjolkan kepantasannya menunggang kereta kuda.

Sebelum perlumbaan bermula, para pelumba harus melakukan perarakan suci melalui jalan-jalan menuju ke sebuah arena bernama Circus Maximus, lokasi yang memuatkan seramai 200,000 orang peserta. Kemudian, para peserta akan memperlihatkan kehandalan mereka menunggang kereta kuda di hadapan para penonton.

Lumba kereta kuda sebenarnya diibaratkan sebagai ‘lumba kereta kuno’. Peserta harus berlumba sesama sendiri di atas landasan yang penuh dengan cabaran, sehingga mencapai penamatnya. Insiden sehingga menyebabkan kereta kuda rosak dan penunggangnya mati dipijak kuda adalah kebiasaan dalam sukan ini. Maka, tidak hairan sukan sebegini lebih popular dari sukan gladiator kerana keterujaan penonton melihat pelumba menunggang pantas lebih tinggi dari menonton gladiator bertarung.

Walau bagaimanapun, perlumbaan kereta kuda Rom tidak lari dari perjudian. Sudah menjadi kebiasaan ramai penonton tidak kira rakyat dan para elit bertaruh sejumlah wang demi memastikan ‘kuda’ mereka memenangi perlumbaan. Jumlah wang yang dimenangi biasanya diberikan sebahagian kepada peserta sebagai imbuhan.

 

Rupa kereta kuda Rom. (Sumber: Ancient Origins)

Sukan lumba kereta juga mampu menjadikan peserta sebagai orang terkaya dalam hidupnya. Contohnya ialah pelumba bernama Gaius Appuleius Diocles. Gaius ialah pelumba yang telah berkecimpung dalam sukan ini selama 24 tahun. Selain banyak kali terselamat dari menjadi ‘mangsa’ di landasan, beliau memperoleh pendapatan 5 kali ganda dari gaji ahli gabenor Rom, sampai ke tahap kekayaan beliau mampu menampung seluruh warga Rom dalam setahun!

Gaius Appuleius Diocles dilahirkan pada tahun 104 Masihi di kota Lamecum, wilayah Lusitania yang terletak di semenanjung Iberia, lebih tepat di Portugal. Beliau pertama kali menyertai perlumbaan kereta kuda Rom pada umur 18 tahun di Ilerda (Catalonia). Beliau begitu pantas menaikkan reputasi sehingga dirinya digelar sebagai ‘legasi besar’ dalam dunia perlumbaan itu.

Kekayaan Gaius dapati bukanlah dari tajaan beberapa pihak dan juga hasil perjudian, Beliau dapati pendapatan sebegitu hasil dari kemenangannya sebanyak 1,462 buah perlumbaan. Boleh dikatakan Gaius bersih dari segala wang yang bukan dari titik peluh beliau. Pada umur 42 tahun, Gaius bersara dari sukan lumba kereta kuda kemudian menjalani kehidupan bersama keluarga di perkampungan Itali.

Sehingga kini, Gaius tercatat sebagai atlet kuno terkaya dunia yang tidak ada sesiapa lagi mampu menandingi kekayaannya berjumlah 15 billion dolar.


Kalau anda berminat dengan artikel sejarah Rom seperti ini, kami nak cadangkan pembelian judul siri Kitab Tamadun kami iaitu KITAB TAMADUN ROM. Jemput beli di Shopee kami: https://shopee.com.my/thepatriotsasia 

RUJUKAN:

Patrick J. Kiger. 31 March 2022. Chariot Racing: Ancient Rome’s Most Popular, Most Dangerous Sport. History Channel.

Gillan, J. 26 May 2022. Top Roman Charioteer Was Worth More than Cristiano Ronaldo! Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply