Pincer Movement: Penukaran Rejim Di Seluruh Dunia

0
724
views

Sistem politik sesebuah negara seringkali menyaksikan campurtangan pihak asing dari luar yang berkomplot dengan anasir dari dalam, demi mencapai agenda tertentu.

Ibarat ragum yang mencengkam, komplot ini akan memanipulasi sesuatu isu sehingga mewujudkan tekanan dari atas dan bawah kepada sesebuah kerajaan, dan akhirnya menumbangkan kerajaan tersebut.

Siapakah antara mangsa strategi licik ini?

1. IRAN

Pada tahun 1951, Iran diperintah oleh seorang pemimpin berjiwa rakyat iaitu Mohammed Mossaddegh.

Sebagai seorang nasionalis yang pro Soviet, Mossaddegh tidak teragak-agak mengkritik pihak barat bahkan telah menghentam dasar monopoli syarikat-syarikat minyak British yang menguasai sumber minyak Iran.

Ini seterusnya membawa kepada perlaksanaan polisi yang memansuhkan monopoli dan memiliknegarakan aset-aset minyak yang dahulunya dimiliki syarikat swasta dari luar.

KEMARAHAN GOLONGAN ELIT PRO-BARAT

Tindakan Mossaddegh telah mengundang kemarahan golongan elit Iran yang pro-Barat dan pro-Israel terutama Shah Mohammed Reza Pahlavi, Raja Iran ketika itu.

Antara tindakan Shah Reza Pahlavi termasuklah menggugurkan Mossaddegh dari jawatan Perdana Menteri pada tahun 1952, namun majoriti rakyat yang menyokong Mossaddegh telah melakukan rusuhan bagi menuntut pembelaan terhadap beliau.

Akhirnya Shah Reza Pahlavi terpaksa akur dan mengembalikan semula jawatan Perdana Menteri kepada Mossaddegh.

Tidak berputus asa, Shah Reza Pahlavi kemudian berpakat dengan pihak pembangkang (termasuk dari kalangan penjawat awam berpangkat tinggi) yang anti-Mossaddegh untuk menjatuhkan Perdana Menteri itu.

Kumpulan “duri dalam daging” ini mula memohon campurtangan pihak luar bagi mencapai tujuan tersebut.

Akhirnya melalui kepakaran perisikan serta dana dari luar negara, kempen-kempen menghasut rakyat dan memburukkan Mossaddegh pun bermula, dan pada 19 Ogos 1953, perancangan kudeta ke atas Mossaddegh berjaya apabila beliau ditumbangkan.

2. FILIPINA

Filipina pada dasarnya merupakan sekutu kuat Amerika Syarikat (AS) di Asia Tenggara, dan ini boleh dilihat melalui dasar luar negara itu terutama yang melibatkan aspek ekonomi dan ketenteraan.

Namun semenjak Presiden Rodrigo Duterte mengambil alih kepimpinan dari Benigno Aquino III pada tahun 2016, beliau dilihat cuba mengurangkan pengaruh pihak barat dalam urusan negara Filipina.

Ini dibuktikan melalui ucapan beliau pada bulan September 2016 di Wilayah Pampanga, Filipina yang antaranya menyebut bahawa Filipina di bawah pemerintahan beliau akan memperkukuhkan hubungan luar bersama China dan Rusia, di samping menghapuskan cengkaman kolonial AS.

Dalam ucapan tersebut, beliau dipetik berkata: –

“…Sila bawa keluar segala aset-aset kamu (AS), namun janganlah kenakan sebarang tindakan terhadap kami (Filipina).

Ini kerana kami bukan lagi tanah jajahan kolonial AS, dan urusan pentadbiran negara biarlah diserahkan kepada pihak kami untuk menguruskannya…”

CAMPURTANGAN PIHAK ASING

Menghidu kecenderungan Duterte untuk beralih kepada Rusia dan China, maka beberapa pihak luar disyaki cuba menumbangkan beliau melalui beberapa langkah: –

1. Menggunakan “aset-aset” dalam negara termasuk pihak tentera Filipina yang pro-Barat untuk “menghapuskan” Jose Maria Sison, pemimpin parti komunis di Filipina yang lantang mengkritik Duterte, dan seterusnya meletakkan kesalahan ke atas bahu Presiden.

2. Menggunakan sentimen “hak asasi” dan memanipulasikan langkah keras yang diambil Presiden Duterte bagi membasmi kartel-kartel dadah di Filipina, seterusnya mewujudkan persepsi bahawa Presiden itu bertindak kejam terhadap kumpulan dadah.

3. VENEZUELA

Sementara itu di Venezuela, pihak kerajaan di bawah Presiden Nicolas Maduro pada tahun 2015 berikrar untuk menyiasat tindakan kartel makanan Kraft Heinz yang disyaki cuba mensabotaj ekonomi negara itu.

Heinz merupakan syarikat konglomerat AS dimiliki orang Yahudi yang beroperasi di serata dunia.

Presiden Maduro, yang mengambil alih pemerintahan dari Hugo Chavez, merupakan tokoh politik yang anti-Barat, bahkan kedua-dua mereka sering mengkritik dasar luar AS di samping giat memperbaiki hubungan luar dengan Iran, Rusia dan China yang merupakan musuh ketat pihak barat.

SABOTAJ TERHADAP EKONOMI

Arahan menyiasat syarikat Heinz dikeluarkan selepas tiga orang pekerja Heinz mendedahkan bahawa kilang pengeluaran makanan itu mengelak untuk beroperasi dengan kapasiti penuh bagi memenuhi keperluan bahan makanan negara.

Sekalipun menerima subsidi dari kerajaan, Heinz dilaporkan dengan sengaja telah membiarkan 2.5 tan tepung gandum membusuk di kilang mereka.

Perkara ini disyaki merupakan langkah sabotaj ke atas pengeluaran makanan, yang berperanan bagi memburukkan reputasi kerajaan seterusnya menjejaskan pilihanraya negara itu.

Hakikatnya, langkah kerajaan melantik syarikat-syarikat luar itu adalah sebahagian dari mekanisma untuk membantu pihak kerajaan mengeluar dan menyalurkan bantuan melalui konsep subsidi tersasar yang mengutamakan golongan yang memerlukan.

Namun, langkah dan kepercayaan pihak kerajaan itu dilihat telah dimanipulasi bukan sahaja oleh Heinz, bahkan oleh sebilangan kartel-kartel pengeluar yang lain, di mana mereka mewujudkan sindiket menyorokkan barang makanan demi mengurangkan bekalan (scarcity).

Ini mengakibatkan harga barang meningkat, mencetuskan inflasi dan mewujudkan panik di kalangan rakyat.

Ditambah dengan kegawatan akibat peningkatan pengeluaran minyak global secara tiba-tiba dan mendadak yang mengakibatkan kejatuhan harga pasaran, semua itu merupakan resipi kepada kehancuran Venezuela, yang bergantung kepada “emas hitam” itu sebagai sumber ekonomi.

4. THAILAND

Sistem politik Thailand lebih-lebih lagi ketika era Perdana Menteri Thaksin Shinawatra dan adik beliau, Yingluck Shinawatra dilihat cenderung mendokong kepentingan pihak barat sehingga mengabaikan kepentingan strategik dalam negara.

Ini boleh dilihat melalui pelbagai sektor penting terutama keselamatan dan ekonomi: –

1. Pada tahun 2003, Thaksin telah menghantar sejumlah tentera Thailand untuk bersama-sama AS dalam kempen menumbangkan Saddam Hussein di Iraq. Sedangkan Thailand hakikatnya lansung tidak mempunyai kepentingan dalam perang itu.

2. Thaksin juga pernah cuba menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Thai-AS tanpa mendapatkan kelulusan Parlimen terlebih dahulu.

Thanksin digulingkan pada tahun 2006, dan melalui beberapa siri peralihan kuasa, beliau berjaya menaikkan adiknya iaitu Yingluck Shinawatra sebagai Perdana Menteri pada tahun 2011.

Yingluck, yang meneruskan legasi pemerintahan pro-Barat, akhirnya turut menerima nasib yang sama seperti abang beliau apabila digulingkan pada tahun 2014 melalui satu siri rampasan kuasa (kudeta).

THAILAND DI BAWAH KERAJAAN INTERIM TENTERA

Mulai tempoh itu, negara Thailand diperintah oleh Perdana Menteri Sementara (interim) dari pihak tentera iaitu Jeneral Prayuth Chan-Ocha dan beliau mendapat sokongan pihak Istana (monarki).

Keadaan itu seterusnya memberikan nafas baru kepada polisi dalaman dan luar negara Thailand.

Antaranya termasuklah: –

1. Pada 2016, Jeneral Prayuth melakukan kunjungan ke Moscow bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin. Hasil dari pertemuan tersebut, helikopter buatan Rusia Mi-17 mula menggantikan Blackhawk buatan AS, bahkan Thailand bersetuju untuk bekerjasama dengan Rusia dalam beberapa aspek terutama melibatkan operasi cegah keganasan (counter-terrorism).

2. Thailand juga mula membuka pintu ekonomi kepada negara China, dalam projek-projek pembangunan infrastruktur dan prasarana termasuk projek keretapi laju yang akan menghubungkan bandar-bandar utama di Thailand dengan wilayah selatan negara China terutama Yunnan.

MEMOHON CAMPURTANGAN LUAR

Sedar akan keadaan itu, kartel Shinawatra dan parti beliau iaitu PTP (Pheu Thai Party) yang merupakan proksi pihak barat telah mendapatkan sokongan beberapa pihak luar negara – yang terdiri dari kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) pro Zionis dan institusi kewangan berpengaruh – bagi mewujudkan sentimen anti-kerajaan interim dan anti-monarki.

Joseph Thomas, seorang penganalisis politik global menghuraikan bahawa agenda ini berperanan untuk: –

“…Melemahkan sistem politik semasa di Thailand (di bawah kuasa monarki dan tentera), seterusnya membuka pintu kepada kemunculan semula pihak pembangkang yang merupakan boneka barat untuk menguasai politik…”

5. PINCER’S MOVEMENT: GERAKAN LICIK MENUMBANGKAN NEGARA

Negara-negara di atas ditumbangkan melalui strategi klasik yang digelar sebagai “Pincer’s Movement” (Gerakan Ragum), walaupun sebahagian pemerhati moden menggunakan istilah berbeza termasuk: –

1. “Colour Revolution”
2. “The Game of Regime Change”
3. “Hybrid Wars” dan sebagainya

Jan Kozak, seorang strategis komunis di Czechoslovakia telah mempopularkan terma “Pincer’s Movement” di atas dalam karya versi Bahasa Inggeris beliau berjudul
“And Not A Shot Is Fired: The Communist Strategy For Subverting A Representative Government”.

Di dalamnya, Kozak mendedahkan bahawa langkah itu bersifat seperti ragum (pincer dalam bahasa inggeris) yang mencengkam dari atas dan bawah.

Kebanyakan negara yang ditumbangkan melalui langkah itu telah dimanipulasi oleh kuasa luar menggunakan skrip yang sama, iaitu: –

1. Langkah pertama termasuklah meletakkan aset/agen sesebuah kuasa luar/dalam ke dalam sesebuah kerajaan bagi mencengkam “dari atas”.

2. Langkah kedua ialah dengan mewujudkan sesuatu isu, atau sekiranya sesebuah kerajaan itu memang mempunyai isu sedia ada, ianya akan dimanipulasi untuk membentuk fahaman umum (smear campaign/propaganda etc.).

3. Langkah ketiga – menurut Kozak – ialah dengan mencetuskan rusuhan/rapat umum dari kalangan rakyat teramai (mass), menggunakan isu yang timbul samada dirancang melalui propaganda, atau isu yang benar-benar diakibatkan oleh kepincangan sesebuah kerajaan (tekanan dari bawah).

4. Dalam langkah ke empat, kelompok yang bersubahat yang duduk dalam kerajaan akan memberi tekanan agar satu-satu polisi diubah, yang memihak kepada si perancang.

5. Sekiranya ia tidak berjaya, maka langkah kelima akan diambil iaitu memanipulasi rakyat agar bersuara dan seterusnya menekan kerajaan sehingga tumbang, dan ruang vakum akan diisi oleh “boneka”.

Di samping negara-negara moden di atas, strategi ini turut terbukti berkesan sewaktu era Raja Louis di Perancis (Revolusi Perancis), Sultan Abdul Hamid di Uthmaniyah (Young Turk Revolt di Turki), Reds Bolshevik Revolution di Rusia dan banyak lagi empayar terdahulu.

JADI, APAKAH YANG BOLEH DIPELAJARI?

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin; sebagian mereka adalah pemimpin-pemimpin dari yang sebagian. Dan barangsiapa yang menjadikan mereka pemimpin di antara kamu, maka sesungguhnya dia itu telah tergolong dari mereka. Sesungguhnya Allah tidaklah akan memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.” (QS al-Maidah: 51).

Artikel ini dinaikkan atas ehsan Fahmi Faiz untuk The Patriots.