Dewasa ini banyak filem membawa konsep multiverse. Yang melucukannya, konsep ini sudah wujud sejak zaman Yunani Kuno lagi.

Seorang ahli falsafah bernama Chrysippus membentangkan idea yang mana dunia sudahpun kiamat… tetapi dicantum semula dalam bentuk kitaran merentasi masa (Sedacca, 2017).

Konsep multiverse diterangkan secara lebih lanjut saban zaman, sampai ke Dublin pada tahun 1952 apabila Erwin Schrodinger memberi syarahan tentang multiverse.

Persoalan sekarang, sejauh manakah kebenaran multiverse di sisi saintifik?

Kalangan saintis berbelah bahagi tentang hal ini. Brian Greene, Michio Kaku dan Stephen Hawking adalah antara saintis yang menyokong hipotesis multiverse.

Manakala Abraham Loeb, David Gross dan Paul Davies berlaku skeptikal terhadap hipotesis ini. Davies dalam temu bual bersama The New York Times berpendapat konsep multiverse tidak berlandaskan sains.

Sambil menyokong dan menolak, alam ini berterusan seperti biasa. Dan sampai hari ini tiada siapa berjaya jumpa sempadan Alam Semesta (universe). Ruangan angkasa terbentang begitu luas “bersempadan tetapi tanpa penghujung”.

Dan alam semesta ini pula sedang berkembang bagaikan getah yang ditarik.

Permasalahan sekarang, apa yang ada di sempadan alam semesta? Macam mana pula sempadan itu tidak dianggap penghujung?

Gambaran multiverses. Ada ruangan kosong. Ada sempadan. Tiada penghujung.

Dan di luar sempadan itu, apakah hanya ruangan gelap gelita tanpa sebarang cahaya daripada Letupan Besar (Big Bang)? Ataupun ada alam semesta khas di luar alam semesta ini?

Kewujudan alam semesta kedua akan menakwilkan semula unsur ketuhanan di Bumi ini.

Terutamanya bagi umat Islam, definisi “Allah Maha Besar” akan membawa maksud lebih dalam… jauh lebih dalam berbanding apa yang difahami sekarang.

Sisi Saintifik Tentang Multiverse

Konsep multiverse kelihatan janggal. Tetapi hakikatnya, ia mudah difahami. Bumi misalnya tidak mempunyai tempat khas. Orbitnya hanyalah landasan.

Setiap saat yang berlalu – Bumi sebenarnya berada di tempat berbeza dan takkan mungkin kembali ke tempat sama. Ini adalah kerana Bumi mengelilingi Matahari yang mengelilingi Pusat Galaksi.

Matahari dalam kalangan bintang.

Manakala Galaksi Bima Sakti pula bergerak dengan kelajuan 600 kilometer sesaat (Lichtenberg, 2007).

Tiada apa di alam angkasa terletak pada tempat yang sama. Semuanya bergerak.

Skop alam membesar daripada planet, sistem suria, galaksi, gugusan kecil tempatan (Local Group), gugusan besar tempatan (Virgo Supercluster) dan akhirnya gugusan agung Laniakea.

Jika semua bergerak, maka alam semesta wajib bergerak. Maka di sini timbul persoalan baru: planet ada banyak; bintang ada banyak; galaksi pun banyak… apa yang pelik sangat jika alam semesta ada banyak (Siegel, 2019)?

Buat masa sekarang, alam semesta semasa masih belum habis dicerap. Wujud konsep “unobservable Universe” yang mana kedudukan semua benda terlalu jauh daripada capaian teknologi manusia.

Namun ada sesuatu yang berjaya dicerap teknologi sekarang. Nun jauh di tebing “observable Universe”, saintis nampak dengan jelas sisa-sisa kosmik (Cosmic Microwave Background). Sisa-sisa ini adalah serdak daripada ledakan Big Bang, iaitu ketika alam semesta ini bermula 13.8 bilion tahun lalu.

Cuba faham satu benda: Big Bang meledak 13.8 bilion tahun lalu. Serdaknya berada di tebing observable Universe. Masalah sekarang, apa yang ada pada unobservable Universe?

Penjelasan ini memberi gambaran bahawa alam semesta ini sedang mengembang macam getah, yang mana serdak-serdak ini menarik laluan alam semesta. Ini menimbulkan perspektif baharu, seolah-olah Big Bang “masih berlaku” sekarang ini.

Konsep Alam Semesta – Big Bang bukan peristiwa tunggal. Ia adalah takdir alam.

Sememangnya penjelasan bukan bukti kewujudan multiverse. Perkara ini sendiri masih sebuah konsep, takkan mungkin dapat dibuktikan pun.

Namun ruangan kosong ini menimbulkan terlalu banyak tanda tanya. Alam Semesta pula bukan berbentuk sfera atau rata.

Ia seolah-olah tiada bentuk, sesuatu tempat yang berlalu pergi takkan kembali. Ruangan kosong ini pula menggambarkan destinasi alam semesta. Jadi persoalannya, apa yang ada di luar ruangan kosong ini?

RUJUKAN:

Lichtenberg, D. (2007). The Universe and the Atom. World Scientific. Halaman 283.

Sedacca, M. (2017). The Multiverse Is An Ancient Idea. Nautilus.

Siegel, E. (2019, Mac 15). This is why the Multiverse must exist. Forbes.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply