Sejak kebelakangan ini telah tular beberapa isu yang menyebabkan rakyat Malaysia menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati. Kewujudan perkataan yang dinisbahkan kepada beberapa ungkapan carut telah membanjiri bahagian komen sesuatu isu yang tular seperti “cincau”, “mak kau hijau”, “cabai” dan beberapa lagi.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Ini membawa kepada satu persoalan yang menarik. Kenapa kita mencarut? Kenapa kita berasa puas apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada seseorang yang menyakiti kita sama ada secara fizikal atau mental. Pernahkah ketika anda berjalan dan tiba-tiba jari kaki anda terlanggar meja. Apakah perkataan yang keluar secara spontan daripada sebahagian besar kita?

Ya! Kebanyakkan daripada kita secara spontan akan mencarut atau memaki. Perkataan carutan dapat dikategorikan kepada dua jenis. Satu berbentuk lucah manakala satu lagi adalah kata-kata kasar atau kesat. Tahukah anda terdapat satu perkataan yang menerangkan keadaan ini yang dipanggil Lalochezia. Lalochezia bermaksud kelegaan emosi yang diperoleh daripada menggunakan kata-kata kesat. Berdasarkan satu kajian yang dijalankan, mencarut atau memaki dapat meningkatkan kemampuan toleransi kita terhadap kesakitan.

Dalam kajian itu, sekumpulan sukarelawan dikehendaki untuk menyenaraikan beberapa perkataan neutral dan perkataan carutan yang mungkin akan mereka gunakan sekiranya mereka terketuk ibu jari mereka dengan penukul. Hasilnya, mereka akan lebih mencarut sekiranya mereka terketuk ibu jari mereka ketika bertukul.

Dalam satu eksperimen yang lain, mereka dikehendaki untuk menyenaraikan beberapa perkataan neutral dan makian. Contoh perkataan neutral disini adalah “Fork” dan contoh perkataan makian adalah ”F*ck”. Kemudian, mereka akan merendam tangan mereka di dalam air ais selama mana yang mereka mampu sambil mengulang perkataan neutral atau carutan.

Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan carutan mempunyai kesan positif terhadap persepsi kesakitan dan kemampuan untuk bertoleransi dengannya. Sukarelawan yang mengulang perkataan carutan dapat bertahan merendam tangan mereka di dalam air ais sebanyak lima puluh peratus berbanding mereka yang mengulang perkataan neutral. Kesimpulan dari kajian ini adalah mencarut memberi kesan dalam mengurangkan sensitiviti terhadap kesakitan. Oleh sebab itulah secara psikologinya kita berasa puas apabila memaki seseorang atau melepaskan geram terhadap sesuatu.

Satu lagi kajian yang dijalankan adalah tentang kesan memaki terhadap prestasi fizikal. Sukarelawan dikehendaki untuk mengulang perkataan neutral dan carutan semasa mengayuh basikal dalam keadaan rintangan sambil mengenggam pengukur kekuatan genggaman tangan. Hasilnya, sukarelawan yang mengulang carutan mempunyai prestasi yang lebih tinggi.

Sebenarnya, memaki tindaklah mempunyai apa-apa kesan terhadap kemampuan prestasi seseorang. Ungkapan perkataan tabu seperti kata-kata kesat dan carutan hanya memberikan kelegaan emosi terhadap seseorang. Kita dapat meluahkan emosi marah dan kekecewaan kita terhadap seseorang secara simbolik tanpa menggunakan fizikal seperti menumbuk dan memukul. Dalam melepaskan perasaan amarah kita, memaki dapat menjadi satu cara mengendalikan tekanan yang dihadapi.

Dalam konteks sosial, memaki dapat menjadi satu bentuk hubungan sosial. Masyarakat di serata dunia mempunyai cara mereka tersendiri dalam penggunaan sesuatu perkataan khasnya dalam memaki. Komunikasi leksikon ini mempunyai kaitan dengan pemahaman dan pengalaman yang menyatukan masyarakat. Apabila seseorang membesar dalam sesuatu komuniti, mereka akan belajar menggunakan perkataan ini secara sendiri sama ada secara sedar atau tidak untuk menyesuaikan diri dan berhubung dengan masyarakat.

Ini dapat dilihat dari segi penggunaan kata-kata kasar dalam beberapa negeri di Malaysia seperti H*r*m jaddah, anak haram, tolol, nate beruk dan bermacam lagi. Perkataan ini telah menjadi satu perkara yang akan dituturkan sebahagian masyarakat sekiranya mereka berbual sesama mereka. Walaupun perkataan kasar ini bukanlah satu ungkapan carutan berbentuk lucah namun, ada sesetengah daripada masyarakat mungkin akan berasa tidak selesa dengan penggunaan ini. Namun perkara ini telah menjadi satu kebiasaan bagi sebahagian masyarakat.

Apa yang membuat sesuatu perkataan itu bersifat makian adalah kerana sebahagian masyarakat berasa tidak selasa dengan perkataan tersebut. Masyarakat secara kolektif bersepakat bahawa penggunaan perkataan tersebut adalah sesuatu yang tabu. Seperti contoh K*ling dalam konteks Malaysia dan perkataan Indon bagi negara Indonesia.

Sebagai contoh, perkataan yang dianggap tidak sopan satu abad yang lalu di Barat adalah “Bloody”. Seorang seniman yang bernama George Bernard Shaw telah menggunakannya dalam tayangan perdana Pygmalion pada tahun 1913. Reaksi penonton adalah sangat tidak terkawal ketika mendengar perkataan yang telah diungkapkan pelakon Eliza Doolittle iaitu “not bloody likely”. Namun begitu, pada zaman sekarang perkataan tersebut telah menjadi ungkapan biasa.

Dalam konteks antarabangsa, perkataan “F*cK” dan “Sh*t” amat meluas penggunaannya dalam media massa dan kehidupan masyarakat. Begitu juga di Malaysia, perkataan seperti L*nc*u, B*bi, B*t*h dan bermacam lagi telah menjadi satu normalisasi yang perlu dihentikan. Perkataan yang dinisbahkan terhadap perkataan ini juga perlu dihentikan seperti C*nc*u, C*b*i dan kuih T*rt kerana tiada beza menggunakan perkataan double meaning ini dengan perkataan lucah jika maksudnya untuk mencarut.

Oleh itu, sebagai seorang Islam kita haruslah melatih diri kita daripada mengeluarkan perkataan kesat dalam apa jua keadaan sekalipun. Sebaliknya, kita gantikan perkataan tersebut dengan zikir seperti beristighfar, berselawat atau bertasbih.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Mencarut ini hanyalah delusi kita dalam memberikan katarsis terhadap diri sendiri. Bagaimana tindak balas kita terhadap sesuatu perkara bergantung terhadap cara kita menangani tekanan emosi kita dengan perkara yang digariskan agama dan apa yang ada di dalam hati kita. Sebagaimana yang disabdakan Baginda Rasulullah S.A.W. “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat maka hendaklah dia berkata baik atau diam”. (H.R. Bukhari dan Muslim).

Justeru, latihlah diri kita daripada memaki dan mencarut melalui media sosial ataupun alam nyata kerana jika difikirkan ungkapan tersebut tidak memberikan apa-apa manfaat kepada kita melainkan kepuasan nafsu semata-mata. Adakah dengan menulis mak kau hijau di bahagian komen memberikan apa-apa manfaat. Perbuatan tersebut nampak sangat tidak matang dan menjengkelkan. Sebaliknya, komenlah secara ilmiah dan berfakta tanpa apa-apa makian. Ini lebih baik dan efektif untuk menunjukkan ketidakpuasan hati kita.

RUJUKAN:

Dan Mager. (2018). Profanity Can Be Therapeutic AF. https://www.psychologytoday.com/us/blog/some-assembly-required/201801/profanity-can-be-therapeutic-af

Stephens, Richard & Atkins, John & Kingston, Andrew. (2009). “Swearing as a response to pain.” Neuroreport. 20. 1056-60. 10.1097/WNR.0b013e32832e64b1.

What cursing does to your body and brain. https://www.youtube.com/watch?v=-C037vk0Ivk

Why We Find Swear Words Offensive — The Science And Psychology Behind Them. https://www.youtube.com/watch?v=eMAOHJjCNjQ

The %$#@ing Science of Swearing | Dr. Anna Funk | Discover. https://www.youtube.com/watch?v=Ytou6bnj-ck


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Epicurian Ataraxia. Hanya sebutir garam yang larut dalam lautan ilmu. Cuma insan biasa yang ingin mencungkil potensi diri. Berharap untuk membudayakan ilmu dalam kalangan masyarakat Melayu.

Comments are closed.