Pada 6 Disember 2019, suatu kejadian aneh berlaku di Pantai Drakes, California iaitu beribu-ribu batang aneh berwarna kemerah-merahan, panjangnya 50 cm, berbentuk seakan-akan kemaluan lelaki bertaburan sepanjang 2 batu di pantai tersebut.

Saksi yang melihat kejadian aneh itu adalah penduduk kawasan pantai bernama David Ford. Dia mengakui memang banyak ‘penis’ tersebut bertaburan dan sepanjang dia berjalan menyaksikan fenomena aneh itu, terdapat banyak burung pantai seagull menjamah ‘penis’ tersebut, seperti durian runtuh bagi burung tersebut sehingga kekenyangan.

Persoalan pun timbul, apakah ‘penis’ tersebut? Mengapa ia begitu banyak terdampar di kawasan pantai? David Ford ajukan pertanyaan ini kepada para saintis yang bekerja di syarikat penerbitan majalah sains Bay Nature.

Rupa Fat Innkeeper Worm/Penis Fish

Sebenarnya, ‘penis’ tersebut adalah salah satu spesis cacing span bernama Fat Innkeeper Worm (nama saintifik: Urechis caupo) atau nama popularnya adalah Penis Fish. Sebabnya kita tahulah, bentuk cacing ini pun macam bentuk kemaluan lelaki.

Dalam bidang taxanomi, cacing ini tidak sekeluarga dengan cacing tanah kerana ia termasuk dalam kelas Polychaeta, sama kumpulan dengan spesis lintah laut. Habitat spesis ini terdapat di Amerika Utara terutamanya California. Ia tinggal di kawasan cetek pinggiran pantai dan hanya menjalani hidup berdiam di terowong bentuk U yang haiwan ini korek.

Di mulut terowong, cacing ini menggunakan lebihan lendir di badannya membina ‘perangkap lendir’ untuk memerangkap sebarang organisma kecil yang masuk ke lubang tersebut. Beberapa minit kemudian, cacing ini pergi ke mulut terowong dan menghisap ‘perangkap’ tersebut bersama organisma yang terperangkap. Aktiviti ini berulang selagi mana cacing ini hidup.

Jika Penis Fish ini hanya hidup di dalam terowong, kenapa ia bertebaran keluar di pantai tersebut? Pada bulan Disember ini, Fenomena El-Nino berlaku dan ribut petir melanda perairan California sehingga ombak yang menghempas Drakes Beach ini mampu membongkar pasir-pasir pantai tersebut. Kerana kekuatan ombak ini, cacing-cacing yang sekian lama menetap di dalam tanah terkeluar dan sekaligus menjadi jamuan terbesar burung seagull.

Gaya hidup Penis Fish yang hanya berdiam di terowong berbentuk U

Di Asia, terdapat spesis Penis Fish bernama Urechis unicinctus yang hidup di Teluk Bohai, China, perairan Semenanjung Korea dan Jepun. Orang Korea menjadikan Penis Fish sebagai jamuan hoe iaitu Penis Fish yang dimakan mentah bersama garam dan minyak bijan atau sos gochujang. Manakala di China, ia ditumis bersama sayuran. Penis Fish juga mereka keringkan dan hancurkan untuk menjadi serbuk umami.

RUJUKAN:

Light, Sol Felty (2007). The Light and Smith Manual: Intertidal Invertebrates from Central California to Oregon. University of California Press. p. 25.

Gander, Kashmira (13 December 2019). “Thousands of Bizarre Throbbing ‘Penis Fish’ Wash Up on California Beach After Storm”. Newsweek. Retrieved 13 December 2019.

Parr, Ivan (10 December 2019). “Naturally, 2019 Closes with Thousands of 10-Inch Pulsing “Penis Fish” Stranded on a California Beach”. Bay Nature. Retrieved 13 December 2019.

Walls, Jerry G. (1982). Encyclopedia of Marine Invertebrates. TFH Publications. pp. 262–267.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.