Peningkatan Air Laut Akan Tenggelamkan Daratan

390

Kota-kota tepi pantai di seluruh dunia telah diberikan amaran tentang kemungkinan paras air laut akan meningkat melebihi 2 meter pada penghujung kurun ini. Pelepasan karbon dioksida dan pencairan ais dapat menjadi punca dalam senario buruk itu. Menurut Jonathan Bamber dari University of Bristol, peningkatan setinggi itu mampu menatijahkan perpecahan sosial – sekitar 1.79 juta kilometer persegi daratan akan tenggelam dan 187 juta manusia akan hilang tempat tinggal.

Bamber membuat kesimpulan berdasarkan bukti daripada 22 penyelidik lain tentang bagaimana keadaan Greenland dan ais Antartika dapat memberikan impak masa depan pemanasan sejagat. Mereka mendapati sebanyak 5% kemungkinan air akan meningkat lebih daripada 2 meter pada tahun 2100 sekiranya pelepasan karbon tidak dikawal membuatkan pemanasan global berada pada suhu 50C. Kemungkinan itu kecil tetapi boleh terjadi dan kesannya amat menakutkan.

Laporan daripada UN tahun 2013 menyatakan, kes paling buruk bagi peningkatan paras air laut adalah sebanyak 98 cm pada tahun 2100, ditambah dengan peningkatan beberapa meter sekiranya ais di Antartika runtuh pada abad ini. Perubahan daripada anggaran 2013 dan terkini membuatkan saintis mengkaji lebih lanjut tentang ketidaktentuan ini. Saintis membuat sukatan menunjukkan penurunan jisim ais berlaku lebih pantas berbanding jangkaan model kiraan.

Peningkatan ini dapat dielakkan sekiranya penyebaran karbon dapat dikawal dengan pantas.

RUJUKAN:

  1. Bamber, J. L., Oppenheimer, M., Kopp, R. E., Aspinall, W. P., & Cooke, R. M. (2019). Ice sheet contributions to future sea-level rise from structured expert judgment. Proceedings of the National Academy of Sciences116(23), 11195-11200.
  2. https://www.newscientist.com/article/2203700-sea-level-rise-could-hit-2-metres-by-2100-much-worse-than-feared/
  3. New Scientist Issue 3234 agress to indemnify New Scientist LtD and New Scientiest against any claim arising from incorrect or misleading translation.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.