Semua sedia maklum dengan penularan wabak Covid-19, bilangan kes kem4tian juga tidak dapat dielakkan. Ketika ini, terdapat lebih 400,000 kes Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia dengan 18,810 orang m4ti akibat wabak berkenaan.

Malaysia sendiri menyaksikan 1,624 kes positif Covid-19 dengan 16 kes kem4tian. Justeru, urusan mengendalikan mayat atau jenazah merupakan satu usaha yang mencabar bukan saja untuk pihak berkuasa kesihatan tetapi juga pihak berkuasa agama.

Bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mereka bernasib baik sudah ada fatwa tentang bagaimana mengendalikan jenazah pesakit Covid-19. Mereka mengambil fatwa yang dibuat Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) berkenaan pengendalian jenazah pesakit Ebola pada tahun 2015.

Hasil muzakarah fatwa tahun 2015 menyimpulkan beberapa perkara:

  • Setiap mayat orang Islam wajib dimandi, dikapan, disembahyang dan dikebumikan. Walau bagaimanapun terdapat pengecualian dan kelonggaran (rukhsah)kepada hukum ini sekiranya terdapat keadaan-keadaan yang boleh menimbulkan kemudharatan kepada nyawa manusia.
  • Terdapat risiko tinggi berlakunya jangkitan EVD yang boleh membawa maut kepada orang yang menguruskan jenazah melalui kontak secara langsung dengan air mandian yang telah dicemari dengan cairan badan daripada jenazah seperti darah, muntah, najis dan air kencing.
  • Bersesuaian dengan prinsip ajaran Islam yang menegah umatnya daripada menjerumuskan diri dalam bahaya dan kebinasaan, pihak muzakarah bersetuju memutuskan bahawa jenazah orang Islam yang disyaki atau disahkan dijangkiti virus Ebola (Ebola Virus Disease: EVD) hendaklah diuruskan melalui prosedur tayammum yang paling ringan risiko dan kesan bahayanya seperti melakukan tayammum hanya di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut sahaja.

Dengan angka kematian pesakit Covid-19 semakin bertambah, maka Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menubuhkan sebuah pasukan khas pengurusan jenazah bagi membantu menguruskan mayat pesakit COVID-19 beragama Islam.

Pasukan pengurusan khas ini telajh diberi taklimat dan penerangan mengenai kaedah pengurusan jenazah secara khas berpandukan pandangan hukum yang diputuskan MKI pada 15 Mac 2020 yang turut diperkenan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pasukan pengurusan khas yang terdiri daripada 12 lelaki dan enam wanita itu telah diarah bersiap sedia. Mereka terdiri daripada pegawai JAKIM, pegawai dari masjid-masjid utama bawah JAKIM dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Salah seorang yang terlibat ialah Imam Masjid Negara, Muhammad Afif Jamal. Dia ditugaskan menguruskan jenazah mangsa Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di mana mereka perlu mengikut prosedur ditetapkan untuk mengelak jangkitan wabak itu.

Proses pengurusan jenazah bermula apabila pihaknya akan menunggu di bilik forensik dan menerima jenazah yang sudah dibalut dengan kain dan dua lapisan beg jenazah.

“Saya dan rakan yang mengurus jenazah juga perlu memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) ketika menguruskan mangsa Covid-19 yang akan dihadapkan ke arah kiblat. Jenazah juga tidak dimandikan dan akan dilakukan tayamum di muka dan tangan yang sudah dibungkus dua lapisan beg jenazah.

“Proses tayamum dilakukan mengikut hukum syarak dan ada tiga keping kertas ditaburkan tayamum,” tambahnya lagi.

Muhammad Afif menambah, sebelum melakukan tayamum pada jenazah, tangan hendaklah dalam keadaan bersih dan tepuk kedua-dua tapak tangan ke atas permukaan debu tayamum.

“Kemudian sapukan ke bahagian muka jenazah sebelum ulang perkara sama untuk tangan. Tangan kanan disapu ke tangan kanan jenazah dan begitu juga untuk tangan kiri disapukan ke tangan kiri jenazah,” katanya.

Waris mangsa Covid-19 akan ada untuk tujuan pengecaman identiti tetapi perlu berada pada jarak sekitar satu meter. Muhammad Afif menambah selepas jenazah selesai ditayamum, jenazah akan disolatkan terus sebelum dibawa ke tanah pengebumian untuk dikebumikan.

“Di tanah perkuburan juga ahli keluarga tidak dibenarkan berada dekat dan jenazah dikebumikan seperti biasa namun cuma tiada bacaan talkin,” katanya.

Selepas selesai menguruskan jenazah, mereka perlu menanggalkan PPE dan membasuh tangan, mandi dan merendam pakaian yang tercemar dalam larutan peluntur. Ini bagi memastikan apa saja kuman yang melekat pada badan atau pakaian dapat dibvnvh dan mengurangkan peluang terkena jangkitan wabak Covid-19.

Bagi pengurusan jenazah bukan beragama Islam, prosedurnya hampir sama dengan prosedur pengurusan jenazah orang Islam. Yang berbeza ialah ritual terakhir jenazah mengikut ritual agama masing-masing.

Yang pasti, diharap tidak wujud sebarang stigma negatif terhadap pasukan pengurusan jenazah. Apa yang dilakukan mereka sebenarnya secara tidak langsung mengurangkan sebarang peluang penyebaran jangkitan wabak Covid-19 sekaligus menyelamatkan lebih banyak nyawa orang ramai.

RUJUKAN:

Nawawi, Muhammad Hafis. (2020). Covid-19: Jenazah dikebumi tanpa talkin. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/557930/covid-19-jenazah-dikebumi-tanpa-talkin

Sulaiman, Noor Atiqah. (2020). JAKIM tubuh pasukan khas bantu uruskan jenazah mangsa COVID-19. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/667986/jakim-tubuh-pasukan-khas-bantu-uruskan-jenazah-mangsa-covid-19


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.