Baru-baru ini telah diadakan program Imbas Kembali Jins Shamsudin yang dianjurkan oleh pihak Finas. Program itu turut mengabadikan nama JINS SHAMSUDIN di Layar Bintang di Kompleks Studio Merdeka itu. Hari ini saya rasa terpanggil untuk berkongsi secebis kisah mengenai seorang seniman yang bernama MOHAMED ZAIN BIN SHAMSUDIN. Satu kisah dan kajian dari saya mengenai pengorbanan yang beliau telah lakukan selama beliau terlibat di dalam industri lakonan sejak dari zaman studio Jalan Ampas.

JINS SHAMSUDIN mula beraksi dihadapan kamera sebagai ‘extra’ di dalam filem KELUARGA TOLOL pada tahun 1956. Selepas itu beliau turut muncul sebagai pelakon tambahan di dalam filem KEADILAN ILLAHI dan ANAK-KU SAZALI. P.RAMLEE memberi peluang kepada JINS SHAMSUDIN berlakon sebagai pelakon utama di dalam filem PANCHA DELIMA pada tahun 1957. Kejayaan PANCHA DELIMA arahan P.RAMLEE berjaya melonjakkan nama JINS SHAMSUDIN sebagai bintang harapan baru pada ketika itu, disusuli dengan filem KASEH SAYANG dan ANAK PONTIANAK. JINS SHAMSUDIN terus memperlihatkan lakonan yang sangat bermutu tinggi. Beliau tidak pula memilih watak dengan hanya untuk menjadi hero sahaja, malah beliau kerap membawa watak-watak yang mengetengahkan dirinya sebagai Anti Hero.

JINS SHAMSUDIN buat pertama kali digandingkan dengan ‘gurunya’ P.RAMLEE di dalam filem SERGEANT HASSAN. Di dalam filem ini beliau membawa watak penting tetapi tetap tidak mendahului P.RAMLEE sebagai hero utama. Pengarah RAMON A ESTELLA menguji kemampuan beliau membawa watak crook di dalam filem SAMSENG yang memperlihatkan lakonannya yang ganas dan bengis di dalam genre filem yang penuh aksi drama moden yang menceritakan kegiatan jenayah di kota raya Singapura. Ternyata JINS SHAMSUDIN berjaya menghidupkan watak berkenaan dan kadang kala mendahului watak baik yang dimainkan oleh AZIZ JAAFAR.

Para pengkritik filem di masa itu telah memberi pengakuan bahawa JINS SHAMSUDIN membuat kejayaan besar kerana kebolehannya melakonkan aksi lasak tanpa menggunakan khidmat stuntmant. Seniman NORDIN AHMAD pernah membuat kenyataan di dalam satu temubual, mengatakan JINS SHAMSUDIN sangat sesuai membawa peranan bengis dan tangkas.

Di dalam filem bercorak purbawara seperti LELA MANJA, MEGAT TERAWIS, SI TANGGANG, LUBALANG DAIK, BATU DURHAKA, PERTARONGAN, SUMPAH WANITA, PUTERA SANGKAR MAUT, TAQDIR dan BIDASARI, aksi-aksi tersebut dilakonkan dengan penuh kejayaan. Di dalam LELA MANJA, beliau sanggup mencukur kepala untuk menghidupkan wataknya sebagai Megat Komeng. Perwatakan bengis terus menonjol di awal hingga di akhir kemunculannya dalam filem itu. Di dalam filem MEGAT TERAWIS, beliau digandingkan dengan seniman AHMAD MAHMOOD. Walaupun di dalam filem itu AHMAD MAHMOOD adalah hero utama, tetapi watak JINS SHAMSUDIN sebagai Megat Sari tetap memberi impak yang kuat dimana memainkan peranan sebagai seorang adik yang jiwanya memberontak.

Sebagai dramatis pula beliau membuktikan kehandalannya menerusi filem bercorak drama masyarakat dengan menyelitkan beberapa adegan lasak. Filem-filem seperti NERACHA, SAYANG SI BUTA, DARAH MUDA, BUDI DAN DOSA dan KACHA PERMATA turut memperlihatkan lakonan hebatnya dalam drama moden. Satu perkara yang paling menarik yang kita perlu tahu, mengapa beliau terpilih memainkan watak perisik ala-ala James Bond, adalah kerana dengan penampilan beliau yang sentiasa kemas dan segak. Di tambah lagi dengan ketampanan dan ketinggian serta susuk badan beliau yang tegap sangat sesuai memainkan watak begitu. Seniman AHMAD MAHMOOD pernah berkata, bahawa JINS SHAMSUDIN adalah seorang hero yang memiliki lenggok jalan yang paling kemas dan segak berbanding dirinya dan hero-hero lain di zaman itu.

Selepas penutupan studio Jalan Ampas di Singapura, JINS SHAMSUDIN berhijrah ke Kuala Lumpur. Filem pertama beliau di Kuala Lumpur ialah AMOK TOK NADING pada tahun 1968. Di studio Merdeka, Kuala Lumpur JINS SHAMSUDIN telah diberi peluang untuk menjadi pengarah filem dengan filem pertamanya BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG pada tahun 1969. JINS SHAMSUDIN juga adalah anak Melayu pertama dikalangan anak seni yang mempunyai Diploma di dalam bidang perfileman dimana beliau telah melanjutkan pelajaran di London Films School pada tahun 1970 dengan menerima First Class Honours.
JINS SHAMSUDIN meninggal dunia pada 1 Mac 2017 dan jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Kelang.

FILEM LAKONAN
Keluarga Tolol
Keadilan Illahi
Anak-Ku Sazali
Pancha Delima
Kaseh Sayang
Matahari
Azimat
Sergeant Hassan
Anak Pontianak
Dandan Setia
Samseng
Lela Manja
Putera Sangkar Maut
Megat Terawis
Pertarongan
Sumpah Wanita
Si-Tanggang
Indera Bangsawan
Neracha
Lubalang Daik
Batu Durhaka
Darah Muda
Budi Dan Dosa
Bidasari
Sayang Si Buta
Gerak Kilat
Kacha Permata
Bayangan Ajal
Jurang Bahaya
Amok Tok Nading
Kanchan Tirana
Miang-Miang Keladi

FILEM ARAHAN
Bukan Salah Ibu Mengandung
Di Belakang Tabir
Menanti Hari Esok
Esok Masih Ada
Tiada Esok Bagimu
Bukit Kepong
Esok Untuk Siapa
Ali Setan
Balada

Sumber :
Suria Kenchana Biografi Jins Shamsudin – Mohd Zambri A.Malek
Jins Shamsudin Kembara Seorang Seniman – Mohd Zambri A.Malek
Aimi Jarr
Dato’ Ahmad Fauzee
Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hidir Ali Razali seorang peminat tentang sejarah perfileman Melayu klasik. Beliau telah memulakan pengkajian dan mendalami perkembangan sejarah berkaitan sejak 25 tahun yang lalu.

Leave A Reply