Pengisytiharan Muhammad Al Fatih : Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Tertua Di Eropah

0
1920
views

Dokumen Pengisytiharan ‘Ahdnama’ yang dibuat oleh Sultan Muhammad Al-Fatih adalah pengisytiharan hak asasi dan kebebasan manusia yang tertua di Eropah. Ianya dibuat pada tahun 1463 iaitu 485 tahun sebelum Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dibuat.

Kandungan Pengisytiharan Ahdmana ini adalah seperti berikut:-

“Beta, Sultan Muhammad Khan, insan yang memiliki kuasa ke atas wilayah ini, dengan ini mengisytiharkan kepada seluruh dunia bahawa penganut-penganut Kristian Bosnia adalah di bawah perlindungan beta. Dan beta memerintahkan berikut:-

Tiada sesiapa yang boleh mengganggu atau memberikan mudarat kepada penganut-penganut Kristian dan gereja-gereja mereka. Mereka patut hidup dengan aman dalam wilayah beta. Golongan ini yang menjadi penghijrah patut memliki keselamatan dan kebebasan. Mereka boleh pulang ke biara-biara mereka yang terletak di perbatasan wilayah beta.

Tiada siapa dari kaum kerabat beta atau wazir-wazir atau pegawai-pegawai atau pembantu-pembantu atau mana-mana warganegara beta yang boleh menggangu, menghina atau memberi mudarat kepada nyawa, harta benda dan gereja mereka! Dan sesiapa yang mereka bawa dari luar ke wilayah beta akan mendapat hak yang sama.

Waqaf Saham

Dengan mengisytiharkan perintah ini, beta bersumpah dengan sesungguhnya dengan nama Pencipta langit dan bumi, dengan nama Rasulullah Muhammad dan 124,000 Nabi-nabi yang sebelumnya, dan dengan nama pedang, beta memberi jaminan bahawa tiada sesiapa yang boleh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang ditulis dalam perintah ini.”

Namun orang-orang berkulit putih di Eropah masih mengamalkan perkauman dan kezaliman ke atas agama lain sehingga abad ke-20. Salah satu jenayah orang Eropah yang cuba disembunyikan ialah kewujudan Zoo Manusia di mana mereka mengurung orang kulit hitam dan Red Indian untuk tontonan dan pameran awam.

Banyak teladan dan contoh yang sangat baik dari Tamadun Islam.

Gambar : Pengisytiharan Ahdnama tahun 1463 dan Zoo Manusia di Belgium tahun 1958.