Menjelangnya 7 Disember setiap tahun, masyarakat dunia khususnya Amerika Syarikat akan mengingati hari yang pilu buat mereka. 7 Disember juga merupakan permulaan bagi Pe Rang Pasifik yang melibatkan sebahagian besar Ten Tera Amerika Syarikat dan Ten Tera Imperial Jepun setelah pelabuhan Ten Tera negara Uncle Sam itu hampir dimusnahkan oleh pihak Ten Tera Jepun.

Yoshikawa ketika muda.

Sebagaimana yang kita tahu, sebelum meletus Pe Rang Dunia Kedua, pihak Jepun telah menghantar pengintip bagi melihat suasana dan keadaan wilayah yang hendak dise rang. Tapi, siapa yang bertanggugjawab di dalam se rangan ke atas Pelabuhan Pearl ini?

Takeo Yoshikawa tidak mengetahui bahawa maklumat yang diberikan kepada pihak atasannya bakal mencetuskan Pe Rang yang paling dasyat di dalam sejarah manusia moden. Yoshikawa merupakan graduan dari Akademi Ten Tera Imperial Jepun.

Beliau sempat berkhidmat sebagai kelasi di kapal Asama. Setelah ditamatkan perkhidmatan oleh pihak Ten Tera Jepun atas alasan kesihatan, Yoshikawa berpindah ke bahagian perisikan dan dari situ, beliau mula mempelajari selok-belok keten teraan Amerika Syarikat.

Kapal Asama.

Pernah satu ketika, Yoshikawa berjaya memintas sebuah mesej mengenai 17 kapal British yang baru sahaja berlepas dari Sierra Leone menuju ke England. Mesej tersebut kemudian disampaikan kepada Kedutaan Jerman dan pihak Jerman berjaya memvsnahkan sebahagian besar kapal-kapal tersebut. h1tl3r sendiri merakamkan penghargaan kepada Yoshikawa atas tindakan beliau itu. Pada 1940, Yoshikawa telah dilantik sebagai diplomat selepas melepasi ujian Bahasa Inggeris.

Pada Ogos 1940, Yoshikawa telah ditugaskan untuk misi pengintipan ke Hawaii. Misinya pada kali dirahsiakan daripada pihak atasan. Sebelum ke Hawaii, Yoshikawa membiarkan rambutnya panjang agar dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat di sana setibanya beliau tiba kelak.

Pada April 1941, Yoshikawa tiba di Hawaii dengan menggunakan nama samaran, Tadashi Morimura. Beliau segera melaporkan diri kepada Nagao Kita, Konsul Japan di Amerika dan juga merupakan penyelianya. Di Hawaii, Yoshikawa telah ditugaskan sebagai Timbalan Konsul.

Yoshikawa bersama staff Konsulat Jepun ke Amerika

Yoshikawa telah diberikan 600 Dollar sebagai perbelanjannya ketika operasi pengintipan tersebut. Yoshikawa diberikan kuarters sebagai tempat beliau menginap. Pada masa yang sama, beliau juga menyewa sebuah apartment berhampiran Pelabuhan Pearl untuk memantau aktiviti dan pergerakan yang berlaku di sana.

Yoshikawa sering berjalan-jalan di sekitar Oahu untuk memantau pergerakan udara dan keadaan cuaca di sana. Yoshikawa juga pernah menyelam di perairan Pelabuhan Pearl untuk memerhatikan pergerakan kapal-kapal. Beliau juga sering terbang bersendirian dengan menggunakan sebuah kapal terbang yang disewa untuk memerhati sistem keten teraan Amerika melalui udara.

Salah satu gambar yang diambil oleh Yoshikawa.

Yoshikawa juga mendapat info melalui askar-askar yang berjalan-jalan di Hawaii dan gossip-gossip dari orang ramai.  Beliau juga turut mendapat maklumat dari pengintip yang lain seperti Ejen Bernard Kuehn dari Abwher dan Kokichi Seki yang merupakan Penyelia Kewangan Konsul Jepun.

Yoshikawa memberikan segala maklumat ini ke Tokyo dan Tokyo akan menghantar maklumat ini kepada Isoroku Yamamoto. Yoshikawa juga terdengar ura-ura Jepun akan menye Rang Hawaii, tetapi beliau tidak dapat agak bilakah tarikhnya.

Pada pagi 7 Disember , ketika Yoshikawa sedang bersarapan, beliau terdengar letvpan dari pelabuhan. Yoshikawa terus bergegas ke Bangunan Konsulat dan membuka Radio Tokyo. Kemudian, beliau bersama Kita memb4k4r semua dokumen-dokumen bagi mengapuskan bukti.

Pada 930 pagi, Yoshikawa, Kita dan pekerja konsulat yang lain telah ditahan dan dibawa ke Phoenix untuk disoal siat selama seminggu. Beliau berkeras menafikan bahawa beliau seorang pengintip dan beliau mempertahankan bahawa beliau hanya seorang kakitangan kerajaan sahaja.

Salah satu akhbar mengenai Yoshikawa

Pada April 1942, Yoshikawa telah pulang semula ke Jepun. Yoshikawa merupakan sebahagian daripada pertukaran bandvan perang di antara Amerika dan Jepun. Setelah kembali ke Jepun, Yoshikawa meneruskan perkhidmatannya di dalam bidang perisikan di Tokyo sehinggalah Pe-Rang tamat. Menjelang akhir pe-Rang, beliau menyamar sebagai samo Buddha bagi mengelakkan ditangkap.

Walaupun merupakan antara tonggak penting di dalam se-rangan mengejut Jepun ke atas Amerika, Yoshikawa tidak diiktiraf oleh kerajaan Jepun kerana melibatkan sensitiviti. Nasib Yoshikawa juga agak malang, beliau hanya hidup menjual insurans selepas p3r4ng tamat.

Yoshikawa bersama isterinya.

Yoshikawa juga tidak menceritakan kepada sesiapapun mengenai operasi pengintipannya sehinggalah 1960an.  Sehingga kem4t1annya pada 1993, pihak kerajaan Jepun tidak pernah memberikan sebarang anugerah atau pencen atas jasa perkhidmatannya.

RUJUKAN:

Ehoward. (2016, April 14). The Spy Who Doomed Pearl Harbor. Retrieved December 07, 2020, from https://www.historynet.com/the-spy-who-doomed-pearl-harbor.htm

Takeo Yoshikawa: The Japanese Spy at Pearl Harbor. (2016, December 02). Retrieved December 07, 2020, from https://www.thehistoryreader.com/military-history/takeo-yoshikawa/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.