Bermula 1 Januari 2019, straw plastik tidak lagi boleh digunakan di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Perniagaan yang tidak mengikuti peraturan baru ini boleh kehilangan lesen pun. Namun seperti biasa, tindakan kerajaan yang baik ini diterima buruk oleh rakyat Malaysia. Reaksi masyarakat Malaysia tidak mengejutkan.

Segala bentuk kecaman tidak kira sinis dan serius menunjukkan masyarakat masih lagi belum berdiri di alam nyata. Antara pertikaian yang diajukan menyentuh tentang faktor kewangan pun. Sifat materialistik sebegini merupakan punca utama dalam krisis sampah yang dihadapi setiap negara.

Dunia yang semakin membangun ini telah menyebabkan kesibukan bagi manusia. Semakin ramai didapati makan di restoran pada hari ini. Terdapat juga orang begitu kesuntukan yang memilih takeaway dan penghantaran. Apa yang sama bagi dine-in, takeaway dan penghantaran ialah penggunaan plastik sekali-pakai.

Berdasarkan data-data antarabangsa, hanya 9% daripada semua plastik sahaja yang dikitar semula. Lebih daripada 79% lagi jika tiada di tempat pelupusan sampah akan berapungan di lautan. Meskipun segala langkah proaktif diambil rakyat, tragedi ini tidak dapat dielakkan. Pengasingan sampah yang bertujuan untuk memudahkan kitar semula akhirnya sekadar menguntungkan syarikat kerana tidak perlu berbelanja untuk asingkan sampah.

Inilah realiti di seluruh dunia, bukan Malaysia sahaja. Straw hanyalah tip kepada iceberg iaitu sisa-sisa plastik. Pada tahun 2015, penggunaan plastik digunakan seramai 7.355 bilion mencecah 300 juta tan metrik. Jika dibahagikan, setiap seorang menyumbangkan lebih daripada 40 kilogram sampah pada tahun itu sahaja. Lebih ngeri lagi, industri plastik didapati semakin berkembang dengan pesat. Jika setiap manusia hidup selama 70 tahun, maka hampir 3,000 kilogram sampah plastik dibuang sepanjang hayat.

Inilah punca utama di sebalik niat perjuangan anti-plastik. Bahan polimer yang digunakan untuk menghasilkan plastik mustahil untuk dikitar semula. Maka plastik akan berkekalan di tempat pelupusan sampah (jika tidak dibuang di laut) selamanya. 1000 tahun akan datang sekalipun, apabila keturunan kita meninggal akibat keuzuran tua, plastik yang digunakan datuk kita 20 tahun lepas masih lagi akan wujud.

Maka manusia yang bertanggungjawab semestinya akan berusaha untuk memastikan keturunan masing-masing tidak terbunuh akibat bencana persekitaran. Krisis ini akan berterusan jika tahap kesedaran tidak berubah. Memanglah straw hanya bersaiz lapan inci panjang setiap satu. Namun straw empat juta rakyat Malaysia jika berakhir di laut boleh disusun sepanjang Lebuhraya Utara Selatan. Inilah tragedi yang menimpa Lautan Pasifik yang kumpulan plastik dijangka mencecah 80,000 tan dengan saiz sebesar Mongolia atau Iran.

Punca arus akan mengumpulkan sampah, sekaligus menjaminkan ancaman kepada kepelbagaian biologi di kawasan terbabit.

Sisa-sisa yang berapungan seperti straw, botol dan penutup botol mengancam haiwan-haiwan laut, termasuk burung juga. Kepercayaan apalah sangat straw lapan inci boleh dikatakan hancur lebur pada 10 Ogos 2015, apabila sepasukan ahli biologi marin menjumpai seekor penyu yang dalam keadaan kesakitan.

Penyakit yang menyukarkan pernafasan penyu ini dijangka sejenis parasit. Namun setelah diteliti, rupanya hidungnya tersumbat akibat straw sehingga berlumuran darah.

Kerana sebatang straw, merana seekor penyu. Ini bukan satu-satunya penyu yang menghadapi penganiayaan sedemikian.
Berketur sakit kerana sebatang straw.

Video Penuh: https://www.youtube.com/watch?v=4wH878t78bw&t=11s

Maka amat penting bagi setiap manusia supaya mengekalkan kesedaran tentang persekitaran. Perjuangan pro-persekitaran bukanlah baru. California telah menandatangi rang undang-undang bermula 2019 yang mana restoran tidak lagi diwajibkan menghidang straw. Seattle pula menjadi bandaraya Amerika Syarikat pertama untuk mengharamkan segala jenis plastik sekali-guna seperti straw dan sudu.

Semangat sebegini turut dikongsikan gergasi perkhidmatan Aramark yang beroperasi di 19 buah negara. Malah Starbucks turut akan menghapuskan straw hijau lagenda mereka menjelang 2020. Dengan erti kata lain, seluruh dunia semakin sedar tentang bala bencana yang menimpa alam sekitar akibat penggunaan plastik. Malaysia tidak boleh ketinggalan. Seluruh negeri dari Perlis ke Johor ke Kelantan, menyeberangi lautan ke Kuching sampai Kota Kinabalu perlu secara beransur-ansur mengutamakan kertas bagi pembungkusan makanan misalnya.

Satu masa dahulu Morocco mempunyai masalah plastik yang agak kritikal. Maka negara tersebut mengambil langkah radikal iaitu membuat pengharaman mutlak dari pengeluaran, penjualan dan pengimportan plastik. Namun pengharaman sahaja tidak berguna jika tiada penguatkuasaan. Lapan peratus rakyat Morocco hari ini berpendapat penggunaan plastik semakin bertambah, dengan 41% pula berasa penggunaan plastik tidak berubah.

Jelas sekali pengharaman di Morocco menguntungkan industri penyeludupan yang berkhidmat untuk masyarakat tiada kesedaran atau alternatif – atau kedua-duanya sekali. Sementara itu di Malaysia, terdapat segelintir (atau sebahagian besar) masyarakat yang lebih rela bising tentang harga straw kertas atau kesusahan untuk membasuh straw besi.

Seekor paus terdampar di Thailand dalam keadaan nazak akibat masalah perut.
Mereka keluarkan 80 sisa plastik dari perutnya, yang mempunyai berat hampir 10 KG.

Rujukan:

Brueck, H. (2018, September 21). The real reason why so many cities and businesses are banning plastic straws has nothing to do with straws at all. Business Insider. Retrieved from https://bit.ly/2I589yO.

Abedi, M. (2018, July 10). Banning plastic straws – a look at how much it really helps, and who it could hurt. Global News. Retrieved from https://bit.ly/2A0k68v.

Houck, B. (2018, July 12). Why the World is Hating on Plastic Straws Right now. Eater. Retrieved from https://bit.ly/2LYeHVl.

Gibbens, S. (2018, July 23). How do Plastic Straw Bans Work? National Geographic. Retrieved from https://on.natgeo.com/2MOsTMN.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.