Wahai manusia! Sungguh kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kena mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu ialah orang yang bertakwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui dan Maha Teliti. (Surah Al-Hujurat ayat 13) 

Berdasarkan ayat ini, jelas setiap manusia sama di hadapan Tuhan Yang Maha Esa karena dilahirkan dengan martabat, darjat, hak dan kewajiban yang sama. Pada dasarnya, manusia diciptakan dari kelompok ras atau etnik yang berbeza. Manusia tidak boleh memilih untuk dilahirkan sebagai bahagian dari ras tertentu kerana ras adalah takdir.

Selain daripada penghapusan etnik minoriti Muslim Uyghur dan penghapusan etnik minoriti Muslim Rohingya, terdapat juga penghapusan ras Melayu Muslim di Selatan Thailand. Tetapi pada hari ini, penghapusan ini lebih kepada penghapusan identiti. Disebabkan itu, tidak mendapat perhatian di seluruh dunia. Lebih-lebih lagi isu ini mulai sejuk sejak tahun kebelakangan ini.

Sejarah awal masyarakat Islam di Selatan Thailand merujuk kepada negeri Patani. Negeri Patani mempunyai sejarah yang lebih awal berbanding sejarah negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu seperti Melaka, Johor. Negeri Patani adalah kesinambungan kerajaan Langkasuka, iaitu sebuah kerajaan Melayu Tua yang dipengaruhi agama Hindu, didirikan sekitar tahun 150 dan wujud lebih dari seribu tiga ratus tahun iaitu hingga abad ke-13.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Secara ringkasnya, sejarah awal negeri Patani bermula apabila, Raja Phya Tu yang dikenali sebagai Phya Tu Naqpa iaitu pemerintah Kota Mahligai memindahkan pusat pentadbiran dari Kota Mahligai ke kampung nelayan. Hal ini kerana, kawasan Kota Mahligai tidak strategik dan terletak di kawasan pedalaman yang terlalu jauh dari pantai dan sukar untuk didatangi para pedagang yang menyebabkan ekonomi merosot.

Rentetan itu, beliau memindahkan pusat pentadbiran Kota Mahligai ke kawasan pinggir pantai iaitu di kampung-kampung nelayan, yang dibuka orang-orang Melayu. Kampung ini dinamakan Pak Tani mengikut seorang nelayan tua Melayu bernama “Tani” kerana beliau mempunyai budi bahasa yang baik. Bahkan beliau merupakan ketua kaum nelayan dan dihormati oleh orang kampung. Akhirnya sebutan Pak Tani berubah demi memudahkan sebutannya dan menjadi Patani. Sebaliknya para pedagang Arab menyebut “Fatani” mengikut kesenangan lidah mereka.

Lokasi Patani.

Sebelum Patani ditakluki kerajaan Siam, negeri ini pernah diperintah oleh dua dinasti utama iaitu dinasti Sri Wangsa dan Dinasti Kelantan. Namun pada tahun 1786, Patani menimpa nasib malang apabila ditakluki kerajaan Siam. Pada awalnya, penaklukan itu tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa. Tetapi pada 1909 telah berlaku “Perjanjian Anglo Siamese Treaty” di antara Thai dan British tanpa berunding sedikit pun dengan raja Melayu Patani dan raja-raja Melayu yang lain. Di mana Thai-British telah mempersetujui bahawa Patani akan dimasukkan ke dalam wilayah Thailand, manakala Terengganu, Kedah, Kelantan, Perlis dan seluruh negeri Malaya di selatan akan diserahkan kepada British yang dipanggil negeri-negeri “Melayu Tidak Bersekutu”.

Selepas perjanjian tersebut, kerajaan Thailand telah melaksanakan beberapa dasar yang mengancam hak-hak Melayu Patani, contohnya dasar pengasimilasian. Di mana perubahan besar-besaran telah dibuat ke atas negeri Patani dengan melaksanakan “Undang-Undang Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule)”. Bertujuan memecahkan perpaduan orang Melayu Patani yang sering bangkit menentang kerajaan Siam kerana tidak berpuas hati. Pada tahun 1815, negeri Patani yang luas itu dipecahkan kepada tujuh negeri yang dinamakan Boriven Ched Hua Muang iaitu negeri Patani, Nong Chik, Jambu (Yaring), Teluban (Saiburi), Legeh (Rangea), Yala dan Raman. Bahkan ketika dulu, Kerajaan Siam melantik wakil2 daripada kalangan orang-orangnya.

Kesimpulannya, negeri Patani yang terkenal di alam Melayu suatu masa dulu, menerima nasib perpecahan wilayah dan hanya dapat ditemui dalam catatan sejarah sahaja, bahkan semakin hari bertambah jauh terpisah dari Tanah Melayu. Hari ini, Patani dikenali sebagai “Selatan Thailand”. Walhal Selatan Thailand mempunyai kedudukan dan latar belakang sejarah, bahasa, bangsa, agama dan budaya yang jauh berbeza dengan wilayah-wilayah lain di Thailand. Semenjak negeri Patani berada di bawah pentadbiran Thailand keadaannya sentiasa bergolak. Ekoran wujudnya gerakan pemisah iaitu tindak balas terhadap dasar yang diperkenalkan kerajaan.

Bagi penulis, nasib negeri Melayu Patani masih tidak berubah selepas Revolusi Siam 1932. Revolusi Siam iaitu peristiwa peralihan di Thailand dari monarki mutlak kepada monarki berperlembagaan. Secara mudahnya, “Revolusi” ini dibentuk oleh sekumpulan tentera dan orang awam, dan berjaya menamatkan 800 tahun pemerintahan sistem beraja berkuasa mutlak di Thailand. Pada awalnya selepas Revolusi Siam 1932 konsep “raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen” disambut baik oleh masyarakat Melayu di selatan Thai.

Revolusi Siam 1932.

Mereka beranggapan, perubahan politik yang baru ini akan membela nasib mereka. Malangnya, perlembagaan baru tidak ada satu pun perubahan yang membantu masyarakat Muslim Patani bahkan ianya telah menjadikan Siam semakin menjurus kearah nasionalis.

Serba Sedkit Patani Dari Sudut Pendudukan Ekonomi

Dari segi penduduk, masyarakat Islam di Thailand adalah minoriti namun di Selatan Thailand penduduk Islam merupakan majoriti. Mereka merupakan berketurunan ras Melayu yang menggunakan bahasa Melayu dialek Patani yang seakan serupa dengan dielek Kelantan serta mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan seharian walaupun semakin hari budaya melayu dalam kalangan mereka semakin terhakis. Apa yang menarik hati penulis, masyarakat Islam di Selatan Thai lebih suka dipanggil dengan “orang Melayu” daripada istilah “Thai Islam” atau “Thai Muslim”. Istilah Thai Muslim yang dipanggilkan ke atas orang Melayu telah membangkitkan ‘perasaan kalah’ dalam diri. Dan mereka langsung tidak ingin menggunakan istilah tersebut.

Malah mereka pernah membuat permohonan kepada kerajaan Thailand agar menghormati mereka dengan memanggil Melayu Muslim. Seperti biasa, kerajaan Thailand tidak menghiraukan permohonan itu bahkan mendesak orang Melayu agar tidak lagi menggunakan perkataan Melayu sebagai pengganti diri. Tujuannya demi menghapuskan identiti Melayu yang bererti sedikit demi sedikit penghapusan ras Melayu. Keseluruhan orang Melayu menggunakan istilah Thai Muslim dalam konteks rasmi. Contohnya semasa era Perdana Menteri Phibul Songkhram, beliau mengeluarkan dasar polisinya yang menggunakan perkataan Thai ke atas semua ras yang ada di Thailand. Polisi ini dipanggil Rattaniyom (polisi menjadikan semua ras di Thailand berpadu kepada ras dan ebudayaan Thai SAHAJA).

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Dari sudut Ekonomi, Selatan Thailand merupakan kawasan yang subur dan kaya dengan sumber yang semula jadi. Terdiri daripada sawah yang subur, lembah dan pantai iaitu salah satunya Teluk Thai. Kawasan ini mempunyai hutan-hutan yang subur dan mempunyai banyak sumber mineral seperti timah, emas, kaolin, batu mamar, wolfram, timah hitam, zink, mangan dan gas asli. Walaupun kekayaan sumber alam begitu banyak tetapi prestasi ekonomi dan pendapatan Selatan Thailand agak ketinggalan berbanding wilayah lain di Thailand. Hal ini kerana, Selatan Thailand masih lagi rendah dari segi pembangunan ekonomi akibat pergolakan politik pada 2004.

By: Khadijah


Kami menyediakan pelbagai jenis buku untuk dinikmati kalian. Terdapat beberapa buku penting tentang bangsa Melayu, yang mana kami bercerita perihal ketamadunan dan kebudayaan. Layari Shopee kami: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.