Selalu kita dengar tentang kemalangan berkaitan kebocoran gas dan bahan kimia. Berdasarkan satu statistik yang dikeluarkan di Portal Data Terbuka Malaysia, 2353 kes penyelamatan tumpahan dan kebocoran pada tahun 2018. Ini termasuk kebocoran gas petroleum, bahan kimia, bahan biologi, bahan tidak berbahaya seperti minyak kepala sawit dan gas.

Kalau kita cuba taip di google dengan kata kunci kebocoran bahan kimia, banyak kes-kes kebocoran yang terjadi di seluruh negara.

Pada 8 Mei 2020, kebocoran gas disebuah loji kimia di India. Kejadian ini mengorb*nkan 12 ny*wa. India juga pernah menggemparkan dunia dengan satu kejadian kebocoran gas di loji racun yang mengorbankan lebih 3000 nyawa iaitu kejadian Bhopal.

Pada 30 May 2019, HAZMAT Melaka menjalankan operasi pembersihan tumpahan bahan kimia di Masjid Tanah, Melaka. Kejadian ini berpunca daripada empat tong bahan kimia berada diatas jalanraya dan dipercayai terjatuh daripada lori yang mengangkut bahan ini (Sinar Harian, 2019).

Pada tahun 2018, satu kejadian kebocoran gas ammonia telah berlaku di Shah Alam. Dua orang pekerja kilang tersebut maut manakala 18 orang dihantarkan ke hospital untuk rawatan lanjut (kenyataan media JKKP).

Saya tuliskan artikel ini supaya anda faham apa tindakan anda semasa mengendalikan bahan kimia di tempat kerja. Kalau anda bekerja dalam industri pembuatan, anda tidak lari daripada penggunaan bahan kimia.

Bahan kimia bukanlah semuanya berb*haya dan berisiko, ianya bergantung pada sifat bahan kimia itu sendiri.

Ada bahan kimia yang berbau, kita tahu bila ianya bocor dan terbebas ke udara. Ada bahan kimia berwarna, kita boleh nampak sekiranya berlaku kebocoran. Ada bahan kimia berada dibahagian lantai apabila berlaku kebocoran kerana ketumpatan gas itu.

Logo tanda amaran yang terdapat pada bungkusan/bekas bahan kimia

Pertama sekali, setiap tempat kerja yang menggunakan bahan kimia perlu menyedia satu dokumen bernama Helaian Data Keselamatan (Safety Data Sheet). Dokumen ni biasanya disediakan oleh pengeluar atau pembekal bahan kimia itu.

Dalam dokumen ni, terdapat 16 bahagian maklumat berkaitan bahan kimia tu.

Format Helaian Data Keselamatan

Dokumen ini juga perlu disemak semula setiap lima tahun. Kalau tarikh semakan terakhir ialah enam tahun lepas, bererti dokumen tu sudah tamat tempoh dan perlu disemak semua. Peraturan penggunaan bahan kimia juga memerlukan dokumen ini mempunyai dwibahasa iaitu bahasa asal pengeluar bahan kimia itu dan bahasa setempat bahan kimia itu digunakan.

Contoh Helaian Data Keselamatan

Penting untuk pekerja membaca dan memahami Helaian Data Keselamatan sebelum mengendalikan sesuatu bahan kimia.

Semua maklumat berkaitan bahan kimia ada dalam dokumen ini. Apa kesan bahan kimia terhadap kesihatan? Apa kesan sekiranya tertelan? Apa tindakan sekiranya tertelan atau terminum? Apa perlu dilakukan untuk melupuskan bahan kimia?

Kedua, majikan perlu menyediakan satu senarai lengkap daftar bahan kimia yang digunakan di tempat kerja. Senarai ini perlu dihantar kepada JKKP setahun sekali.

Isi kandungan dokumen ini ialah:

  1. Senarai bahan kimia yang digunakan
  2. Semua Helaian Data Keselamatan bahan kimia
  3. Kadar purata penghasilan/pemprosesan bahan kimia bulanan/tahunan
  4. Kadar purata penggunaan, penyimpanan, pelupusan, dan rawatan bahan kimia bulanan/tahunan
  5. Maklumat pembekal bahan kimia

Akhir sekali, setiap tempat kerja perlu memastikan pekerja mengetahui risiko yang ada ditempat kerja. Latihan kesedaran, penggunaan poster dan tanda amaran ditempat kerja boleh digunakan untuk memberi maklumat kepada pekerja.

Satu unit tindakan kecemasan juga ditubuhkan untuk melakukan pembersihan bahan kimia sekiranya berlaku tumpahan. Pekerja yang diletakkan dalam unit ini perlu diberikan latihan yang sewajarnya untuk melakukan kerja itu.

Bukanlah semua bahan kimia berb*haya. Seperti yang saya tuliskan diawal tadi, ianya bergantung kepada jenis dan keadaan bahan kimia itu sendiri. Ada bahan kimia yang tidak mudah terbakar tetapi berbahaya sekiranya tertelan. Ada bahan kimia yang tidak mudah terbakar tetapi boleh menyebabkan letupan sekiranya dalam ketumpatan yang tinggi.

Pendek kata, sebelum mengendalikan bahan kimia, bacalah Helaian Data Keselamatan yang disediakan.

RUJUKAN:

Kenyataan Media Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.

https://www.dosh.gov.my/index.php/factory-machinery/kenyataan-akhbar/kenyataan-media-2018/3023-kenyataan-media-insiden-kebocoran-gas-ammonia-di-kilang-ais-shah-alam/file

Sinar Harian (2019) Bomba ambil masa dua jam bersihkan tumpahan bahan kimia

https://www.sinarharian.com.my/article/30728/EDISI/Melaka-NS/Bomba-ambil-masa-dua-jam-bersihkan-tumpahan-bahan-kimia

Berita Harian (2020) 12 maut di India akibat kebocoran gas di loji kimia.

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/05/686639/12-maut-di-india-akibat-kebocoran-gas-di-loji-kimia

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.