Moving Forward As One

Pengepungan Kota Konstantinopel Pada Zaman Khalifah Muawiyah

1,197

PayLater by Grab

Ketika awal berkuasa di Syam dengan kedudukannya yang masih belum kukuh dalam melawan Khalifah Ali bin Abu Thalib, Muawiyah telah melakukan perjanjian damai dengan Maharaja Constantine II  dengan membayar upeti tahunan kepada Maharaja sebagaimana dinyatakan oleh sejarawan Theopanis.

Namun tidak lama selepas itu, Muawiyah mula menolak pembayaran upeti dan ingin memulakan s3rangan ke atas wilayah Rom melalui Timur dan Barat serta merancang untuk menakluk ibu kota Rom Konstantinopel. Muawiyah telah menghantar pasukan pengintip yang diketuai oleh Fadhalah bin Ubaid al-Anshari untuk mengintip aktiviti-aktiviti Rom di pulau-pulau Cyprus, Arwad dan Rhodes.

Aktiviti menghantar pasukan pengintip diteruskan lagi dengan penghantaran pasukan musim sejuk Busr bin Arthaah pada 663 M yang diikuti oleh pasukan Malik bin Abdullah 666 M.  Kemudian pada musim panas  pada tahun 668 M  pasukan Abdullah bin Qais al-Fizari, Uqbah bin Amir al-Juhani telah dihantar. Diikuti pasukan musim Panas Abdullah bin Kurz al-Bajali dan pasukan Abdullah bin Yazid bin Syajar pada 669 M.

Dengan pembahagian tent3ra musim panas dan musim, jelas Muawiyah berusaha untuk memberikan tekanan ke atas ibu kota Rom di Konstantinopel. Bahkan kelihatan Muawiyah berhasrat untuk menghancurkan terus empayar Rom Byzantine. Konstantinopel adalah pusat utama, gudang segala harta dan tent3ra bagi Rom.

Sekiranya Muawiyah berjaya menaklukkan kota mega itu berkemungkinan kekuatan Rom Byzantine dapat dilumpuhkan secara total sepertimana Empayar Parsi terus melumpuh apabila ibu kotanya Al-Mada’in ditaklukkan pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Kejayaan ini pastinya akan mengurangkan tekanan Byzantine ke atas wilayah Syam yang bergitu hampir sempadannya.

Strategi Khalifah Muawiyah dalam menakluk kota konstantinopel

Konstantinopel adalah pusat utama bagi empayar Byzantine dalam  membekalkan kelengkapan buat armadanya bagi menyerang kedudukan islam di persisiran pantai Syam dan Mesir. Maka Muawiyah bin Abu Sufyan telah merancang pelbagai bentuk strategi bagi menjayakan cita-citanya. Antaranya ialah:

  • Memberikan perhatian terhadap kerja pembuatan kapal p3rang di Mesir dan Syam

Perhatian yang diberikan oleh Muawiyah di dalam industri pembuatan kapal p3rang sangat besar sehinggakan beliau hanya memilih pekerja termahir dan sanggup memberikan bonus yang sangat besar kepada sesiapa yang mampu bekerja secara maksimum.

Muawiyah sangat mengetahui bahawa angkatan kapal p3rang memainkan peranan yang amat besar sekiranya tent3ra islam ingin menghadapi ancaman Rom Byzantine. Muawiyah menyedari setelah kemengan mengejutkan armada laut islam di dalam Pertempuran Dzatu al-Shawari dengan 500 angkatan armada laut Rom.

Byzantine telah berusaha mempertingkatkan kekuatan armada laut mereka dan juga pertahanan di sekitar Kota Konstantinople lebih-lebih lagi armada laut Islam masih lagi di dalam proses pembentukan.  Wilayah Mesir dan Syam telah memberikan kerjasama yang amat baik dalam merencanakan rancangan ini. Hal ini terbukti apabila wilayah Syam membekalkan kayu-kayu Shanwahar, Baluth dan a’rar yang sangat sesuai di dalam pembuatan kapal.

Manakala wilayah Mesir telah menyediakan kayu-kayu yang sesuai untuk tiang layar seperti kayu jumaiz, labakh dan dum yang agak sesuai bagi pembuatan dayung kapal. Muawiyah juga telah memanfaat tambang besi yang terdapat pada sekitar Mesir, Syam dan Yaman untuk membuat paku-paku.

Mesir juga turut menyediakan bahan-bahan yang sesuai untuk kerja pengecatan kapal dan pohon daqas bagi membuat tali tambang.  Maka bolehla kita membuat kesimpulan bahawa pembuatan wilayah Syam dan Mesir telah memainkan peranan yang amat besar dalam pembinaan angkatan armada laut islam. Pada tahun 674 M Muawiyah telah mengarahkan Maslamah bin Mukhallad al-Anshari bagi membangunkan sebuah galangan kapal di pulau raudhah.

  • Memperkuatkan Perbatasan Laut Syam dan Mesir

Muawiyah telah mengarahkan agar kota-kota di persisiran Mesir dan Syam dijaga rapi dan mempertingkatkan kekuasaan ketent3raan di sana. Kota-kota ini turut dijadikan kawasan perlabuhan armada laut Islam bagi memudahkan pergerakan tent3ra laut kaum muslimin. Kota-kota di persisiran ini turut dilengkapi dengan kubu-kubu kecil yang dikenali sebagai ribath.

Para tent3ra dan sukarelawan telah dikumpulkan sebagai persiapan untuk melakukan s3rangan ke atas wilayah musuh. Pasukan Ribath ini turut berfungsi untuk mempertahankan  wilayah-wilayah ini daripada s3rangan  pasukan laut Byzantine.

Benteng ini turut dilengkapi dengan ruangan-ruangan tempat tinggal tent3ra, bekalan makanan, menara pengintai dan tempat perancangan strategi dan s3rangan.  Muwiyah Berjaya memajukan kota sehingga orang-orang ba’labak, Homs dan Antioch berpindah ke acre, Shur dan kota-kota persisiran Jordan.

  • Menguasai pulau-pulau yang berhampiran dengan Konstantinople

Muawiyah telah berjaya menguasai Cyprus kemudian beliau meneruskan kemaraan ke Pulau Rhodes. Benteng-benteng turut didirikan di kota tersebut bahkan pulau ini turut berfungsi sebagai benteng pertahan di Syam. Muawiyah berusaha menegakkan syiar Islam di pulau Rhodes dengan menghantar Mujahid bin Jabr untuk mengajarkan Al-Quran.

Kemudian Muawiyah menggerakkan pasukan laut bagi menguasai Laut Ijih demi menutup jalur utamanya bagi armada Byzantine sehingga mereka tidak mampu menceroboh ke wilayah Islam.  Muawiyah juga berhasrat untuk menguasai Pulau Kriti yang bekeluasan 160 batu.  Penguasaan Pulau Kriti sangat penting menurut Muawiyah kerana melaluinya, dapatlah Laut Ijih dapat dikuasai oleh Muawiyah dengan sempurna.

Maka Muawiyah telah menghantar pasukan dipimpin oleh Junadah bin Umayyah al-Azdi namun operasi ini gagal kerana Junadah hanya mampu menawan sebahagian wilayah sahaja.  Muawiyah boleh dianggap sebagai perintis kepada armada laut Islam yang kemudiannya diteruskan oleh Khalifah selepasnya.

  • Melindungi persisiran utara Syam

Muawiyah juga sangat memberikan perhatian besar dalam usaha memperkuatkan benteng-benteng di persisiran  kawasan utara Syam untuk mempertahankan wilayah ini daripada s3rangan byzantine ketika penyerangan dan juga sebagai sokongan bagi kekuatan tent3ra islam bagi menyerang konstantinopel.

Jika kita meneliti penaklukan yang dilakukan oleh tent3ra Islam pada zaman Khulafa’ Rasyidin, tent3ra Islam telah mara sehingga ke persisiran utara Syam, hanya dihalangi oleh pergunungan Thaurus yang memisahkan diantara kawasan utara Syam dan Asia kecil Byzantine.  Empayar Byzantine ketika mana mereka terpaksa berundur akibat s3rangan tent3ra Islam maka mereka telah merosakkan dan menghancurkan wilayah yang berada di Antioch dan utara Halb supaya kaum muslimin tidak akan menafaatkan wilayah ini.

Pada zaman Muawiyah, beliau berusaha untuk membangunkan kembali kota-kota tersebut dan benteng-benteng lama terutamanya Antioch selalu menjadi korban s3rangan Armada laut Byzantine. Dalam pembanggunan ini Muawiyah telah mendorong masyarakat Muslim untuk berpindah ke Antioch dengan diberikan lot tanah dan telah membentuk pasukan pengawal khusus untuk menjaga mereka. Muawiyah juga berusaha membangunnkan kota-kota lain sehingga ke perbatasan Syam yang bersebelahan dengan pergunungan tharsus.

Muawiyah juga menguasai benteng-benteng strategik di wilayah perbatasan diantara rom dan negara islam dengan menguasai samsath dan balthiyah. Muawiyah juga membangunkan kembali benteng Germanisia dam al-Hadats. Muawiyah juga telah membahagikan pasukan muslim kepada dua bahagaian iaitu tent3ra musim panas dan tent3ra musim sejuk.

Pasukan ini ditugaskan untuk terus melakukam s3rangan-s3rangan kecil ke atas  wilayah Rom di kawasan perbatasan syam supaya pasukan ini terus terlatih dan terbiasa dengan jalan-jalan dan celah-celah bukit.  Tindakan ini berjaya memberikan tekanan kepada Byzantine serta kaum muslimin Berjaya memperolehi harta rampasan p3rang yang banyak.

Pengepungan Konstantinopel kali pertama

Di dalam tempoh 667-668 M Muawiyah telah mengirimkan pasukannya menyerang wilayah-wilayah Byzantine yang dipimpin oleh Malik bin Hubairah bagi membuka laluan untuk menuju Kontantinopel.

Pada tahun 669 M maka Muawiyah telah menghantar pasukan armada laut bagi mengepung Kota Konstantinopel lebih-lebih lagi Maharaja Constantine II menghadapi konflik dalaman dengan jeneral p3rangnya. Pasukan ini dipimpin oleh Fadhalah bin Ubaid, Sufyan bin Auf dan dibantu dengan Yazid bin Syajarah.

Armada laut ini telah menuju ke kalkedon salah satu persisiran kota konstantinopel melalui daratan Asia dan mereka telah mengepung kota ini sebgai langkap pertama di dalam operasi ini. Namun pada ketika itu wabak penyakit cacar telah menyerang tent3ra islam ditambah dengan musim sejuk telah memberikan kesukaran kepada pasukan ini.

Hal ini menyebabkan Fadhalah meminta bantuan kepada Muawiyah untuk menambahkan lagi pasukan Islam. Muawiyah pada ketika itu menghantar pasukan yang dipimpin oleh anaknya sendiri iaitu Yazid bin Muawiyah.

Terdapat ramai sahabat besar Nabi SAW yang menyertai pasukan ini seperti Ibn Umar, Ibn Zubair, Ibn Amr ibn Al-as dan Abu Ayyub Al-Anshari.  Pasukan Yazid telah bergabung dengan pasukan Fadhalah lalu mereka meneruskan pengepungan selama enam bulan sehingga musim panas.

Terdapat beberapa kali pertembungan yang terjadi diantara kedua pasukan dalam pengepungan ini.  Yazid bin Muawiyah telah menunjukkan semangat dan kemahirannya dalam p3rang sehingga diberi gelaran fata’ al-Arab (pahlawan muda Arab). Namun bergitu operasi ini mengalami kegagalan disebabkan cuaca sejuk yang amat buruk, tersebarnya wabak penyakit, hujan yang amat lebat ditambah lagi dengan senjata rahsia Byzantine Greek Fire telah membakar banyak kapal tent3ra Islam.

Maka pasukan ini terpaksa pulang kembali ke kota Syam. P3rang ini telah meng0rbankan seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Abu Ayyub al-Anshari. Beliau adalah sahabat yang dihorm4ti kerana berkongsi tempat tinggal dengan Nabi Muhammad SAW pada saat hijrah ke kota Madinah. Jenazahnya dimakamkan di didnding Konstantinopel.

Makam Abu Ayyub menjadi tempat suci dalam kalangan kaum Kristian Yunani, bahkan golongan Kristian telah pergi ke makamnya untuk memohon pertolongan agar diturunkan hujan. Apabila Kontantinopel ditaklukkan oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Sultan Mehmed II maka makammnya telah dimuliakan dan dibina masjid. Para Sultan Uthmaniyyah akan menziarahi makam ini ketika pertabalan mereka, sebelum p3rang dan hari perayaan agama Islam.

Pengepungan Konstantinopel kali kedua

Muawiyah terus berjaya menghambat dan menyempitkan Empayar Byzantine dengan penguasaan ke atas pulau Rodhes dan Pulau Arwad. Kzykos menyebut bahawa pulau Arwad merupakan pulau yang sangat strategik kerana kedekatannya dengan Konstantinopel.  Pulau ini telah dijadikan sebagai pengkalan utama buat armada laut Islam dalam ekspedisi pengepungan kali kedua ini yang dikenali sebagai p3rang tujuh tahun 674 M- 680 M.

Pengepungan ini telah terjadi daripada bulan bulan April sehingga September yang melibatkan pelbagai siri pertempuran yang berlaku diantara pasukan Muslim dan Byzantine daripada pagi sehingga petang.  Pasukan Byzantine sering melepaskan Greek Fire dan anak panah sepanjang proses ini berlangsung. Operasi ini tetap gagal. Paukan Muslim terpaksa mundur ke Syam dan di dalam perjalanan ke Syam, armada laut islam telah banyak hancur dibadai pantai Pamphilian.

Kejayaan Byzantine diraikan dalam penulisan syair Yunani oleh Theodisius Gramm4ticus sepertimana yang terdapat di dalam Thedosious Gramm4ticus and Arab Seige of 674-678

‘’Demi melihat engkau, Tuhan bagi Semua, menyelamatkan kota-kota mu dari gelombang perosakan bangsa Arab paling jahat dan kotor, kau membuang rasa takut mereka dan kegugupan serta bayangan mereka yang kembali.

Di mana sekarang, wahai mereka yang terkutuk, barisan anak panah yang bersinar terang? Di manakah sekarang nada melodi daripada busur panah? Di mana kilap pedang dan tombak mu, perisai dada, helmet pelindung kepala, pengetahuan dan perisai gelap? 

Di mana  kapal pelontar api dengan dek kembar dan juga kapal dek tunggal, bergerak cepat dalam pertempuran?’ Apa yang kau katakan, Ismail yang berantakan dan rakus? Jesus yang demikian berkuasa menjadi penyelamat dan dia memerintah sebagai tuhan dan raja. Dia memberikan kekuatan dan mendukung pep3rangan. Dia meluluhkan busur dan menghancurkan kekuatan manusia.

Oleh kerana itu wahai samudera kalian melihat para pembvnuh hancur berkeping, bertepuk tanganlah untuk raja! Dan bumi yang telah melihat ke depan dan memuji Tuhan semuanya, mengumandangkan pujian baginya kehormatan dan kemuliaan dan kekuasaan adalah sesuai melalui ribuan tahun demi ribua  tahun dan tahun-tahun yang panjang.’’

Disini saya inigin menyenaraikan beberapa faktor kegagalan operasi pengepungan Konstantinopel ini:

  1. Kehebatan senjata Greek Fire. Senjata ini telah ditemui oleh seorang lelaki daripada Ba’albak yang bernama Calinicus yang lari daripada kem Islam. Greek Fire ini adalah satu bentuk kombinasi daripada minyak mentah dan zat lain yang membuatnya melekat pada kayu. Ia dinyalakan dan dilontarkan ke kapal musuh. Yang menariknya apabila api ini menyentuh air maka apinya semakin marak dan tersebar. Senjata ini cukup ampuh untuk untuh membvnuh ramai tent3ra Islam dan memusnahkan kapal p3rang Islam.
  2. Rantai besi besar yang menutup di antara perlabuhan tanduk emas konstantinopel. Dan persisir asia, yang mana ia akan ditutup pada saat terjadi pep3rangan dan ancaman musuh.
  3. Kedudukan geografi kota ini di wilayah yang menyerupai pulau yang menonjol dari eropah yang hampir bertemu persisiran asia dan ditengah jalan antara perbatasan timur laut dalam sebuah tempat terlindung oleh batuan marmar yang kukuh dari s3rangan laut
  4. Tembok yang kukuh dilengkapi menara-menara pengintai dalam jumlah yang berperanan besar dalam mematahkan s3rangan musuh sehingga tidak terjadi s3rangan mendadak daripada mereka.
  5. Pasukan Bani Umayyah belum bersedia dalam pengepungan terhadap kota di persisiran pantai seperti Konstantinople yang memerlukan senjata-senjata yang lebih maju
  6. Melihat pengepungan kota Konstantinopel yang sukar untuk berjaya, maka kedua-dua negara sangat mula ingin mempertingkatkan hubungan diplom4tik

RUJUKAN:

  1. Muawiyah bin Abu Sufyan Sakhsiyatahu wa asrahu al-dawlah Sufyaniyyah karya dr. Al-Shalabi (terjemahan Darul Al-Haq)
  2. Muawiyah bin Abu Sufyan: Kebenaran di sebalik Fitnah Karya Sahrul Azmi Sidek
  3. History Of The Arabs karya Philip K Hitti
  4. The Great Arab Conquest: How the Spread Of Islam Change The World We Live In karya Hugh Kennedy.
  5. Daulah Umawiyah karya Prof Yusuf al-Isy (Terjemahan Pustaka Kauthar)
  6. Al-Alam al-Islami Fi Ashr al-Umawi karya Prof Abdussyafi (terjemahan Pustaka al-Kautahar)

Ruangan komen telah ditutup.