Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia yang dituturkan oleh 250 juta orang di seluruh dunia. Bahasa ini dituturkan di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Australia dan Thailand.
Loghat Johor-Riau dan Riau masing-masing dijadikan sebagai asas dalam Bahasa Melayu (Baku) dan Bahasa Indonesia (Baku). Selain itu, terdapat juga “loghat” seperti Cakap Melayu Timur. Persoalannya, apakah itu “Cakap Melayu Timur”?
PENGENALAN
Cakap Melayu Timur adalah sebuah “loghat” Melayu yang dituturkan oleh sekumpulan penduduk di Tanjung Jabung Timur, Tanjung Jabung Barat dan Indragiri Hilir. Untuk pengetahuan, nama tempat tersebut terletak di Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI). Bukankah nama tempat tersebut terletak di barat?
Kenapa tak diberi nama “Cakap Melayu Barat”? Untuk pengetahuan semua, penutur bahasa tersebut adalah dipercayai orang Iranun yang berhijrah dari Mindanao. Secara geografinya, Mindanao terletak di sebelah timur.
CONTOH AYAT SEHARIAN
Antara ayat yang terdapat dalam Cakap Melayu Timur adalah “pagi səʁi”. Ayat tersebut membawa maksud “Selamat Pagi”. Ayat berkenaan seolah-olah seperti “Pagi Seri” dalam Johor-Riau. Jika benar, perkataan “seri” adalah serapan daripada Sanskrit iaitu “śrī (श्री)”.
Selain itu, “tabe̞t kə maʁi” adalah antara ayat yang terdapat dalam Cakap Melayu Timur. Ayat tersebut membawa maksud “Selamat datang”. Ayat berkenaan seolah-olah seperti “Terbit ke mari” ataupun “Tabik ke mari” dalam Johor-Riau.
Di samping itu, “aku sənaŋ dəŋan kaw” adalah antara ayat yang terdapat dalam Cakap Melayu Timur. Ayat tersebut membawa maksud “Saya suka sama awak”. Ayat berkenaan seolah-olah seperti “Aku senang dengan kau” dalam Johor-Riau. Perkataan “kaw” adalah singkatan daripada “əkaw”.
PERALIHAN BUNYI DARIPADA PROTO-MALAYIK
Proto-Malayik (PM) adalah kajian bahasa purba yang telah melahirkan bahasa moden iaitu Melayu, Iban, Minangkabau dan sebagainya. Untuk pengetahuan, PM adalah anak kepada Proto-Malayo-Polinesia (PMP) di mana PMP adalah anak kepada Proto-Austronesia (PAN).
Contoh perkataan yang terdapat dalam PM adalah *uraŋ, *rumah dan *tutur. Ketiga-tiga perkataan purba itu masing-masing membawa maksud “orang”, “rumah” dan “tutur”.
Perkataan *uraŋ adalah antara yang diwarisi dalam Cakap Melayu Timur. Perkataan purba tersebut telah berubah menjadi “uʁaŋ”. Pada pertengahan perkataan, “r” mereka adalah berbunyi Uvular Getaran Bersuara [ʁ]. Seperti Bahasa Perancis, mereka menyebut bunyi “r” dengan menggunakan tekak.
Perkataan *rumah adalah antara yang diwarisi dalam Cakap Melayu Timur. Perkataan purba tersebut telah berubah menjadi “ʁumah”. Pada permulaan perkataan, “r” mereka adalah berbunyi Uvular Getaran Bersuara [ʁ]. Seperti permulaan perkataan, pertengahan juga menyebut bunyi “r” dengan menggunakan tekak.
Perkataan *tutur adalah antara yang diwarisi dalam Cakap Melayu Timur. Perkataan purba tersebut telah berubah menjadi “tutɔʁ”. Pada penghujung perkataan, “r” mereka adalah berbunyi Uvular Getaran Bersuara [ʁ]. Seperti pertengahan perkataan, penghujung juga menyebut bunyi “r” dengan menggunakan tekak.
Perkataan *tutur adalah antara yang diwarisi dalam Cakap Melayu Timur. Perkataan purba tersebut telah berubah menjadi “tutɔʁ”. Mereka memiliki sebutan Vokal Buka-Tengah Belakang Dibulatkan [ɔ]. Bunyi tersebut adalah seperti bunyi “o” dalam “orang” dan “u” dalam “udang”.
CONTOH AYAT DALAM CAKAP MELAYU TIMUR
Pertimbangkan ayat berikut. Ayat tersebut ditulis dengan menggunakan Abjad fonetik Antarabangsa (IPA).
“Səadə uʁaŋ diʁanaʔkan bibasləpas dan puɲə ɟunɟo̞ŋ dan bənaʁ jaŋ samə. Uʁaŋ tu dikaruniaj ilat dan ʁəlo̞ŋ ati dan hendak ɲə bəgao̞l satu samə lae̞n dalam ŋəbu pəsanaʔan.”
Tidak boleh membaca IPA? Kami transliterasikan (Alihtuliskan) ayat tersebut ke tulisan Rumi.
“Seade ughang dighana’kan bibaslepas dan punye junjong dan benagh yang same. Ughang tu dikaruniai ilat dan ghelong ati dan hendak nye begaol satu same laen dalam ngebu pesana’an.”
Penulis cuba translasikan (Alihcakapkan) ayat tersebut kepada ejaan Johor-Riau.
“… orang diberanakkan bebas lepas dan punya junjung dan … yang sama. Orang itu dikurniakan … dan … hati dan hendaknya bergaul satu sama lain dalam … persanakan.”
Tiga titik di atas menunjukkan kesukaran penulis dalam mencari padanan perkataan.
KEBOLEHFAHAMAN BERSAMA
Kebolehfahaman Bersama ataupun dalam bahasa Inggeris “Mutual Intelligibility” secara ringkasnya adalah situasi di mana penutur dapat memahami antara satu sama lain tanpa perlu pelajarinya.
Persoalannya, apakah kesemua penutur Melayu dapat memahami Cakap Melayu Timur? Dengan keadaan, mereka tidak mengenali Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia Baku, tidak pernah bertemu dan mereka perlu berbual dengan menggunakan loghat masing-masing.
Sejujurnya, penulis tiada jawapan untuk soalan tersebut. Harap mereka yang berkenaan dapat memberikan ulasan di dalam ruangan ulasan di bawah.
AKHIR KATA
Kesimpulannya, itu adalah artikel tentang Cakap Melayu Timur. Perlu diiingatkan, tidak semua loghat Melayu adalah Johor-Riau. Malah, kesemuanya adalah adik-beradik yang telah dilahirkan oleh induk yang sama iaitu Proto-Malayik.
Apakah yang penulis terlupa tentang Cakap Melayu Timur? Harap berikan ulasan anda di dalam ruangan ulasan di bawah.
RUJUKAN
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
How many people speak Indonesian? Dicapai pada 18hb Julai 2020 dari http://ipll.manoa.hawaii.edu/…/how-many-people-speak…/
Bahasa Melayu. Dicapai pada 18hb Julai 2020 dari
Omniglot: Malay. Dicapai pada 18hb Julai 2020 dari https://www.mustgo.com/worldlanguages/bahasa-melayu-malay/
Dewan Bahasa Dan Pustaka. Dicapai pada 18hb Julai 2020 dari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=johor+riau&d=175768&
Youtube: The Sound of Eastern Malay Language. Dicapai pada 18hb Julai 2020 dari https://m.youtube.com/watch?v=lBwo6oi76RI
Penerjemah ke Cakap Melayu Timur. Dicapai pada 18hb Julai 2020 dari https://lingojam.com/PenerjemahkeCakapMelayuTimur
ABVD: Proto-Malayic. Dicapai pada 18hb Julai 2020 dari https://abvd.shh.mpg.de/austronesian/language.php?id=740
Facebook: Melayu Timur. Dicapai pada 18hb Julai 2020 dari https://m.facebook.com/urangmelayutimur/?__tn__=%2Cg
Youtube: Aku Melayu Timur. Dicapai pada 18hb Julai 2020 dari https://m.youtube.com/channel/UCmSWoGNVRwYvWI7-_w27GMQ