Semua sedia maklum dengan pandemik Covid-19 melanda dunia ketika ini, bekalan topeng dan PPE sentiasa tidak mencukupi terutama bagi pasukan perubatan yang berkhidmat di barisan hadapan. Tetapi di sebalik musibah yang melanda dunia, kilang-kilang China beralih kepada pasaran baru yang lumayan: penghasilan topeng dan PPE untuk keperluan eksport.

Semasa wabak Covid-19 menular di China pada Februari, Guan Xunze berjaya membina sebuah kilang sarung tangan untuk syarikatnya dalam tempoh 11 hari. Kilang yang dilengkapi dengan lima barisan pengeluaran yang terletak di utara China itu menghasilkan topeng-topeng N95 yang amat diperlukan oleh petugas-petugas barisan hadapan.

Dan dengan bilangan kes yang semakin berkurangan di China, tumpuan Xunze beralih ke luar negara. Syarikatnya yang sebelum ini berkecimpung dalam bidang farmaseutikal kini meraih laba yang banyak selepas mengeksport topeng-topeng buatan mereka ke negara-negara yang terjejas dengan Covid-19 seperti Itali dan Sepanyol.

Berdasarkan data yang disediakan platform perniagaan Tianyancha, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, 8,950 pengilang memulakan usaha menghasilkan topeng di China dan mereka berlumba-lumba untuk mengisi kekosongan bekalan yang wujud ketika itu.

Bagi Shi Xinghui, seorang pengurus sebuah syarikat pembuat topeng N95 di Dongguan City, sebuah bandar di tenggara wilayah Guangdong, pembuatan topeng dianggap satu rahmat kepada mereka. Ini kerana keuntungan dari penjualan topeng kini mencecah beberapa sen berbanding kurang daripada satu sen pada masa silam.

Xinghui menambah, “Menghasilkan 60,000 hingga 70,000 topeng setiap hari ibarat mencetak duit!”

Manakala bagi Qi Guantung, seorang pengusaha topeng yang berpangkalan di Wuhan, dia membelanjakan 50 juta yuan (RM30.72 juta) untuk kilang membuat topeng di selatan hub industri Dongguan. Kilang tersebut beroperasi 24 jam setiap hari sejak 25 Januari lalu, tarikh sama perintah berkurung dilaksanakan di wilayah pertama Covid-19 muncul.

Menurut Guantung, mendapat semula modal bukan satu isu baginya. Ini kerana bagi setiap 70 set kelengkapan PPE yang dijual, ia membawa pulangan 500,000 yuan (RM307,234). Sejak itu, dia sudah memenuhi tempahan berjumlah 100 juta yuan (RM61.44 juta).

Sementara bagi pembuat mesin pembuat topeng automatik, You Lixin pula, dia hanya mengambil masa selama 10 hari untuk menghantar mesin pembuat topeng automatik pertama. Bagi memastikan mesin yang ditempah siap, kadang-kadang dia tidur dua hingga tiga jam sehari di kilangnya.

Dan bagi pengilang yang beralih bidang, mereka sanggup menunggu termasuk tidur dalam kilang bagi membolehkan ia dibawa ke kilang mereka.

Terima kasih kepada pertambahan tuntutan topeng turut membawa kepada pertambahan harga bekalan asas yang diperlukan. Xunze mendedahkan harga bahan yang digunakan untuk topeng yang selalunya berharga 10,000 yuan boleh mencecah sehingga 480,000 yuan.

Tetapi di sebalik pertambahan kos, keuntungan dalam bidang ini sememangnya menggiurkan dan menarik perhatian semua. Xunze mendedahkan dia sudah menghantar lebih sejuta topeng ke Itali dengan Xinghui pula menerima 200 tempahan dari Korea Selatan dan Eropah.

Bagi Xunze, masa depan bagi industri topeng kelihatan cerah walaupun selepas pandemik Covid-19 berlalu. Ini kerana menurutnya, ramai pasti akan memakainya walaupun selepas pandemik berakhir dan dia sedia kekal untuk memberi lebih banyak topeng kepada para pelanggannya.

RUJUKAN:

The Star. (2020). Face mask producers in China minting money. https://www.thestar.com.my/news/regional/2020/03/27/face-mask-producers-in-china-minting-money


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.