Pengebumian Jenazah Covid-19 Berinspirasikan Pengebumian Mangsa Ebola

2,723

Banyak kes jangkitan Ebola di Afrika dan Sierra Leone berpunca daripada proses pengurusan mayat pesakit yang dijangkit Ebola. Mayat dicium, dimandikan tanpa mengetahui risiko yang ada semasa proses itu.

Antara punca penyebaran Ebola di Sierra Leone ialah proses pengebumian tradisional. Satu laporan siasatan, 28 orang yang positif virus ini menghadiri  majlis pengebumian pesakit ebola. 21 orang dilaporkan menyentuh mayat semasa proses pengebumian manakala baki 7 tujuh mempunyai kontak rapat dengan pesakit semasa masih hidup (Curran KG, Gibson, JJ, et al, 2014)

Banyak bomoh tradisional dan pengendali mayat terdedah kepada risiko jangkitan Ebola. Dilaporkan beberapa kes ahli keluarga bertindak sendiri untuk mengendalikan proses pengebumian kemudian dijangkiti Ebola. Ada juga kes sudah mati baru tahu positif Ebola, seperti kes seorang pastor di Sierra Leone pada tahun 2019.

Dulu ramai yang menyangka virus ini tersebar dan menjangkiti orang lain melalui udara. Jika difikirkan, mayat tidak batuk dan bersin, maka virus itu tidak akan tersebar. Hasil siasatan menunjukkan mayat pesakit Ebola mengandungi konsentrasi virus yang tinggi.

Virus juga boleh menjangkiti sesorang melalui cecair yang keluar dari mayat.Ini termasuklah darah, urin, najis dan air liur mayat. Maka garis panduan untuk mengendalikan mayat pesakit Ebola dikeluarkan dan dilaksanakan pada tahun 2017.

Cara pengurusan mayat pesakit COVID19 sama dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh WHO memandang virus ini boleh menjangkiti orang yang menyentuh mayat.

Orang yang mengdendalikan proses pengebumian mestilah memakai peralatan perlindungan diri (PPE) penuh. Mayat mestilah diletakkan dalam beg plastik dan tanpa ruang masuk udara. Semuanya akan diuruskan oleh pihak hospital.

Kenapa dilakukan sebegitu?

Sepertimana yang saya tulis diatas, mayat pesakit mengandungi kosentrasi virus yang tinggi. Virus ini juga boleh tersebar melalui cecair yang keluar dari mayat. Maka penggunaan PPE dalam hal pengurusan mayat amat diperlukan. Khuatir sentuhan secara terus semasa mengendalikan mayat menyebabkan penyebaran virus ini.

Mayat diletakkan  didalam plastik supaya virus tidak terbebas keluar selepas ditanam. Kekhuatiran ini kerana virus itu boleh mencemarkan punca air bawah tanah seterusnya merebakkan virus ini lebih jauh. Belum ada laporan pencemaran sungai dengan virus Ebola namun perkara ini tetap menjadi kerunsingan.

Terbaru: Fiksyen Mahakarya

Dalam satu eksperimen yang dilakukan terhadap subjek makmal, virus Ebola boleh bertahan dalam mayat subjek sehingga tujuh hari. Virus akan mati sepenuhnya bila seluruh sel mayat mati (NBC News, 2015). Masa untuk semua sel tubuh adalah berbeza untuk setiap mayat berdasarkan beberapa faktor, usia si mati, suhu tanah dan lain-lain.

Dalam garis panduan yang dikeluarkan Central of Disease Control and Prevention (CDC), ada pilihan untuk menanam mayat atau membakar mayat si mati. Sebarang sentuhan secara terus adalah tidak dibenarkan.  Ahli keluarga masih dibenarkan untuk melihat mayat namun bungkusan tidak boleh dibuka. Mayat orang muslim perlulah dikafankan dengan kain putih dan menggunakan plastik berwarna gelap.

Walaupun WHO dalam satu kenyataan bertarikh 24 Mac, belum ada kes jangkitan semasa pengendalian mayat pesakit COVID19. Langkah berjaga-jaga masih diambil memandangkan virus ini berada di tahap pandemik.

Virus COVID19 belum dijumpai penawar dan kajian tentang virus ini masih sedikit. Maka langkah berjaga-jaga mestilah dilakukan supaya virus ini tidak terus merebak.

India hari ini sedang kecoh kerana mayat seorang lelaki yang disahkan positif COVID selepas mayat itu selesai diuruskan. Italy juga merintih kerana tidak boleh menyentuh mayat ahli keluarga mereka sebagai tanda ucapan perpisahan.

Patuhlah kepada arahan Menteri Agama dan Menteri Kesihatan kita dalam hal ini. Kita perlu hentikan penyebaran virus pandemik ini.

Salam Takziah buat semua ahli keluarga mangsa.

RUJUKAN:

  1. Curran KG, Gibson, JJ, et al. Cluster of Ebola Virus Disease Linked to a Single Funeral — Moyamba District, Sierra Leone, 2014. MMWR Morb Mortal Wkly Rep 2016;65:202–205. DOI: http://dx.doi.org/10.15585/
  2. Health News (2015) Ebola Virus Lives 7 Days on Corpses. NBC News. https://www.nbcnews.com/storyline/ebola-virus-outbreak/ebola-virus-lives-7-days-corpses-n305311
  3. Prescott, J., Bushmaker, T., Fischer, R., Miazgowicz, K., Judson, S., & Munster, V. J. (2015). Postmortem stability of Ebola virus. Emerging infectious diseases, 21(5), 856–859. https://doi.org/10.3201/eid2105.150041
  4. How to conduct safe and dignified burial of a patient who has died from suspected or confirmed Ebola or Marburg virus disease, WHO
    https://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/137379/WHO_EVD_GUIDANCE_Burials_14.2_eng.pdf;jsessionid=64AC25DA521A2E438B0780F401315998?sequence=1
  5. Manguvo, A., & Mafuvadze, B. (2015). The impact of traditional and religious practices on the spread of Ebola in West Africa: time for a strategic shift. The Pan African medical journal, 22 Suppl 1(Suppl 1), 9. https://doi.org/10.11694/pamj.supp.2015.22.1.6190
  6. Infection Prevention and Control for the safe management of a dead body in the context of COVID-19
    https://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/331538/WHO-COVID-19-lPC_DBMgmt-2020.1-eng.pdf
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.