Sejauh manakah pembelajaran sains dan matematik mampu membantu pelajar-pelajar sekolah? Sedangkan pengajian itu bukanlah berpegang kepada prinsip yang sebenar. Matematik adalah satu penyelesaian masalah yang menggunakan nombor dan pembolehubah. Matematik digunakan dalam realiti untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi sedangkan di sekolah kita belajar mengira dan hanya menyelesaikan soalan formulasi. Adakah sistem pembelajaran ini mampu membentuk pelajar yang mapan, yang mampu berfikir secara kritis.

Lihat sajalah kebanyakan graduan sekarang ini lebih kepada perlu disuap. Dan kebanyakkan mereka tidak mampu bersaing dalam industri. Kerana kurangnya tahap pemikiran kritis. Selain itu, subjek sains juga menjadi subjek hafalan sedangkan sains bukan begitu. Ianya penyelesaian masalah secara saintifik. Berbagai perubahan dasar dilakukan oleh kerajaan Malaysia tapi ia masih belum mampu menyelesaikan masalah ini.

Seperti yang kita lihat dari post-post page majalahsains sebelum ini, peratusan pelajar yang menyertai aliran sain makin berkurang dan saya menambah apa yang saya lihat pelajar makin kearah bidang kemahiran. Bukanlah pelajar sekarang hilang minat dengan bidang sains Cuma mereka lebih memilih bidang kemahiran kerana lebih berguna bagi mereka dalam alam realiti. Bagi mereka mempelajari bidang sains dan matematik tidak akan digunakan dalam bidang pekerjaan. Oleh itu, ramai pelajar berubah arah dan tambahan lagi dengan bangunnya kolej vokasional membuatkan lebih ramai pelajar memilih bidang kemahiran yang akan menjanjikan kerjaya yang bagus.

 

Jika sains dan matematik sudah tidak mampu mengubah cara pembelajaran pelajar maka ada satu bidang iaitu pengaturcaraan komputer. Bidang ini dilihat lebih versetail tambahan lagi peredaran teknologi yang membuatkan kebanyakkan perkara diselesaikan di hujung jari. Bidang pengaturcaraan adalah salah satu bidang yang lebih mapan dalam membina potensi pemikiran penyeleseaian masalah. Kerana pengaturcaraan akan dibuat oleh seseorang untuk menyelesaikan masalah dan setiap orang berbeza cara penyelesaiannya dan ia membuatkan setiap orang berbeza cara pengaturcaraannya. Jika kita lihat kembali pada bidang matematik untuk menyelesaikan masalah terdapat banyak cara untuk menyelesaikan masalah formula tapi bila di adili oleh pendidik. Cara yang berlainan dari buku tidak dikira markah walaupun cara penyelesaian itu adalah betul.

 

Saya telah pun mengada banyak sesi pengajaran dan pembelajaran tentang pengaturcaraan dan saya mendapati pelajar lebih berpeluang untuk  menyerlahkan tahap penyelesaian masalah oleh mereka. Saya pernah dipanggil bersama satu pasukan pelajar(Duta Jauhar UniMAP) untuk bersama-sama menjalankan satu program pengaturcaraaan dan robotik di negeri Johor dan program itu memerlukan kami mengajar pelajar-pelajar sekolah yang lemah matematik dan sains supaya ada perubahan pada keputusan peperiksaan awal tahun dan akhir tahun. Hasilnya amat memberangsangkan hingga program ini di beri anugerah transformasi pendidikan.

Apa yang kami lakukan hingga mampu merubah pemikiran pelajar yang tidak minat sains dan matematik hingga mereka mendapat keputusan yang memberangsangkan? Saya hanya perlu berkata tentang kebenaran dan jelaskan kepada mereka apa yang mereka lakukan. Terapkan pada mereka yang matematik dan sains itu menyeronokkan kerana matematik dan sains bukanlah subjek berdasarkan buku semata-mata.

Matematik dan sains itu adalah penyelesaian masalah yang mereka akan hadapi disekeliling. Saya kembalikan mereka kepada prinsip matematik dan sains yang sebenar. Dan kelebihan mampu mengira dengan pantas, mampu mengira hasil darab kepada berpuluh susunan nombor itu bukanlah matematik. Matematik adalah penyelesaian masalah. Saya kaitkan matematik dan sains dalam pengaturcaraan dan robotik.

Selain itu, saya juga menyediakan set-set soalan untuk menguji tahap pemikiran mereka. Antara soalan yang hingga pelajar university pun mangambil masa untuk menyelesaikannya adalah permasalahan “jika sebuah robot mempunyai roda berdiameter 5cm. Berapa pusingan rodakah yang diperlukan untuk robot itu bergerak sejauh 2 meter” sedangkan penyelesaiannya hanya memerlukan kita mengira ukurlilit roda dan di bahagi dari jarak yang roda perlu bergerak.

Selain itu, soalan ini juga agak dipelukan masa yang panjang mereka selesaikan iaitu soalan “Ada sebuah robot yang diperlukan untuk mengisi buah oren kedalam kotak, setiap robot mampu membawa 10 biji buah oren, sebuah kotak kecil memerlukan robot itu mengisi sebanyak 7 kali kedalam kotak itu supaya penuh dan kotak kecil pula boleh diisi dalam kotak besar sebanyak 12 kotak semuanya untuk setiap kotak besar. Berapa banyakkah buah oren yang diperlukan untuk memenuhi 3 kotak besar”.

Permasalahan ini hanya mengunakan formula yang ringkas tetapi ia masih agak susah untuk diselesaikan oleh pelajar sekolah mahupun pelajar universiti. Lihat sejauh mana pendidikan sains dan matematik membentuk pelajar-pelajar sekarang. Itu belum cerita lagi lambakan pelajar jurusan kejuruteraan yang menganggur akibat “kurang peluang pekerjaan” sedangkan peluang banyak cuma pelajar kita tidak layak untuk mengisi ruang kekosongan di dalam industri kerana tahap pemikiran kreatif yang rendah dan ilmu pengetahuan yang tidak mencukupi.

Pengaturcaraan komputer boleh dilihat sebagai bidang pembelajaran masa hadapan untuk seluruh dunia kerana sudah banyak Negara yang telah mula mengambil inisiatif selain itu para billionaire internet juga telah mewujudkan satu laman web untuk kanak-kanak mempelajari pengaturcaraan secara interaktif. Pengaturcaraannya tidak lagi memerlukan ayat-ayat atau syntax tetapi hanya dengan mencantumkan blok-blok yang disediakan. Boleh lihat linknya disini https://code.org/ dan didalam link ini juga terdapat wawancara billionaire internet ini tentang pandangan mereka terhadap pembelajaran pengaturcaraan.

Akhir sekali, pendidikan adalah pelaburan untuk Negara dan ia juga mampu menentu sifat-sifat dan pembudayaan dalam sesuatu masyarakat. Jika ingin menjadi masyarakat yang berdaya maju jadilah masyarakat yang membudayakan ilmu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar Sarjana Kejuruteraan Mekatronik di UniMAP. Sangat meminati dunia Inovasi sejak kecil dan mempunyai mesin rekaan sendiri ketika berumur 17 tahun. Selain belajar, Azarul juga seorang R&D Freelance dan tenaga pengajar bebas untuk bidang pengaturcaraan, STEM serta teknologi-teknologi untuk revolusi industri ke-4. Suka mengkaji dan berkongsi ilmu kerana "the best way to learn is to teach". Memperjuangkan prinsip 'kebebasan berinovasi' dan 'masyarakat yang membudayakan ilmu'.

Leave A Reply