Suatu ketika dulu, Alam Melayu pernah menjadi sebahagian daripada Persian Cosmopolis (cosmos=universe, polis=city) ataupun Dunia Parsi. Persian Cosmopolis merupakan satu fenomena `cultural hegemony´ ataupun dominasi kebudayaan bangsa Parsi ke atas dunia Islam yang berlaku sejak tahun 1000-1800 Masihi. 

Waktu ini, budaya dan bahasa Parsi digunakan secara meluas dalam pemerintahan kerajaan-kerajaan Islam yang meliputi bidang politik, ekonomi, & kesusasteraan. Bangsa Parsi dikenali sebagai pentadbir, sarjana, pedagang, dan pelaut yg hebat bertanggungjawab meluaskan lagi dominasi kebudaayaan Parsi ke seluruh dunia Islam. Imam al-Ghazali, Rumi, Nizam al-Mulk, Ferdowsi, Hafez, Saadi dll. adalah tokoh-tokoh Parsi yangg terkenal.

Menjelang abad ke-16, bahasa Parsi telah menjadi `court language´ empayar Safaviyyah, Mughal & banyak kerajaan-kerajaan Islam di Asia Tengah & India. Status budaya Parsi waktu ini seakan budaya Perancis yang mendominasi Eropah pada abad ke-18 dan bahasa Inggeris yang menjadi lingua franca dunia pada masa kini.

Alam Melayu pun turut terpengaruh dengan Persian Cosmopolis ni. Walaupun Alam Melayu tiada hubungan diplomatik dengan Empayar Parsi di Timur Tengah, budaya Parsi disebarkan secara meluas di Alam Melayu melalui pedagang-pedagang Islam yang datang dari Parsi dan kerajaan-kerajaan Islam di India yg diParsikan (Persianized Indian, India-Parsi).

Menjelang abad ke-15, India diperintah oleh beberapa kerajaan Islam Parsi seperti Empayar Mughal, kesultanan Gujarat, Golconda, Ahmadnagar & Bijapur. Selain tu, sarjana, ulama, dan ahli sufi Parsi  dan India-Parsi turut sebarkan kebudayaan Parsi sambil berdakwah di Alam Melayu. Raja-raja Melayu banyak menjemput sarjana dan ulama Parsi untuk berkhidmat dalam kerajaan mereka.

Antara ulama Parsi dan India yg terkenal ialah Nuruddin al Raniri yang berasal dari Gujarat dan Bukhari Jauhari yang berasal dari Transoxania yang berkhidmat di bawah pemerintahan sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada awal abad ke-17. 

Antara pengaruh kebudayaan Parsi yang paling besar dalam Alam Melayu ialah dalam pemikiran politik dan kesusasteraan klasik Melayu. Pengislaman Alam Melayu pada akhir abad ke-13 telah menukarkan worldview orang Melayu terutama sekali dalam aspek politik.

 

Raja-raja Melayu memerlukan satu sumber kuasa yang baharu yang berasaskan lslam. Dalam hal ni, raja-raja Melayu mula menggunakan sumber-sumber Islam-Parsi utk mengabsahkan kuasa dan kedudukan mereka dalam kerajaan. Legenda tentang keagungan nasab keturunan diraja yang berasal daripada Iskandar Zulqarnain (Alexander the Great), Nabi Sulaiman AS, dan juga raja Nurshirwan Adil (Shahanshah Khusrau Anushirwan) mula ditulis dlm hikayat atau kitab sejarah diraja.

Antara contoh yg terbaik ialah dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Aceh. Penulis kitab-kitab ini mengambil sumber dari karya-karya Parsi yg terkenal seperti Shahnama yg ditulis oleh Ferdowsi seawal tahun 1010 masihi yang mengagungkan keturunan raja-raja Turki-Mongol seperti Sultan Mahmud dari Empayar Ghaznaviyyah yang memerintah Persia, Asia Tengah, dan India pada waktu tersebut.

Selain tu, raja-raja Melayu juga mula memakai gelaran raja-raja Parsi dalam mengukuhkan imej pemerintahan Islam dalam kalangan rakyat jelata. Raja-raja Melayu mula gunakan gelaran Shah. Shah ataupun šah dlm Parsi bermaksud Raja. Berdasarkan Sejarah Melayu, Parameswara merupakan sultan yg terawal memakai gelaran tersebut setelah baginda memeluk Islam dgn gelaran sultan Iskandar Shah.

Sejak itu raja-raja Melayu memakai gelaran Shah di akhir nama mereka dan berterusan sampai sekarang. Raja-raja Melayu juga mengikut raja-raja Iran dan India-Parsi yg lain dengan memakai gelaran Zillullah fil Alam yg bermaksud bayangan Allah di muka bumi. Gelaran ini dipakai bagi menggantikan konsep dewaraja Hindu-Buddha raja-raja Melayu yg terdahulu.

Walaupun gelaran-gelaran ni ada unsur-unsur syiah, tetapi raja-raja melayu langsung tidak ikut pun ajaran syiah & hanya memakai gelaran tersebut dalam tempoh pemerintahan mereka. Selain tradisi politik, kesusaseraan melayu klasik juga banyak terpengaruh dengan kebudaayaan Parsi ataupun Persian Cosmopolis.

Karya-karya sastera Melayu klasik kebanyakannya ditulis oleh ulama-ulama Parsi ataupun India-Parsi seawal abad ke-15. Ulama-ulama Parsi dan India-Parsi ni banyak menggunakan sumber-sumber tulisan Parsi dalam menulis karya-karya sastera Melayu klasik. Antara contoh karya sastera klasik Melayu yang dipengaruhi oleh tulisan Parsi ialah Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu), Bustan al-Salatin, & Taj al-Salatin.

Ketiga-tiga kitab ini membincangkan tentang hal ehwal politik kerajaan Melayu pada zaman itu. Sejarah Melayu membincangkan tentang nasab keturunan putera Palembang yang lahir di Bukit Siguntang Mahameru yang berasal dari Iskandar Zulqarnain, nabi Sulaiman AS, dan raja Nusrshirwan Adil serta sejarah pemerintahan sultan-sultan kerajaan Melaka.

Manakala Bustan dan Taj pula membincangkan ketatanegaraan dan pemerintahan Islam yang dijadikan hikmah untuk raja-raja Melayu teladani. Al-Raniri dan Jauhari menulis kitab-kitab ini berdasarkan sumber-sumber Parsi yang terkenal seperti Minhaj al- Salatin, Akhbar al-Mulk, Akhlak al-Muhsini, & etc.

Malahan nama kitab Bustan sendiri mungkin bersumberkan daripada salah satu karya Parsi iaitu kitab Bustan yang dikarang oleh Saadi, seorang penyajak Parsi yg terkenal. Selain karya-karya yang berunsurkan politik, ada banayk juga karya-karya sastera Parsi yang terkenal diterjemahkan oleh ulama-ulama Parsi dan Melayu ke dalam bahasa Melayu. Antaranya ialah Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Hanafiah, Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Nakhoda Muda, Hikayat Iskandar Zulqarnain, dan Hikayat Berma Shahdan.

Hikayat-hikayat ini menceritakan tentang kepahlawanan, percintaan, kebijaksanaan, dan lagenda tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Hasan dan Hussin, Amir Hamzah, Iskandar Zulqarnain, dll. Hikayat-hikayat ini berfungsi menjadi bahan pendidikan dan hiburan ketika zaman tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa unsur-unsur Hindu-Buddha yang bercampur aduk dalam beberapa hikayat ini yang menunjukkan ciri-ciri tempatan seperti nama Bekema Datia, Indra Dewa, Ratna Gemala, Tun Nilawati, Maharaja Asmara Gangga dll.

Disebabkan terlalu bnyk unsur-unsur kebudayaan Parsi yang Alam Melayu terima, memang tidak dinafikan bahasa Melayu juga turut dipengaruhi oleh bahasa Parsi. Kita boleh lihat dalam beberapa perkataan Bahasa Melayu yang dipinjam daripada bahasa Parsi. Antaranya ialah kahwin, kenduri, biadab, cokmar, cogan, baju, seluar, dewan, istana, bandar, medan, nafiri, nobat, takhta dan bnyk lagi.

Oleh kerana hubungan Alam Melayu & Persian Cosmopolis lebih tertumpu kepada aktiviti perdagangan daripada politik, bahasa Melayu banyak menggunakan perkataan Parsi yang berkait dengan aktiviti tersebut seperti saudagar, pasar, bazar, nakhoda, kelasi, dan shahbandar (raja pelabuhan). Kuatnya pengaruh dan monopoli saudagar-saudagar Parsi dan India-Parsi ni sampaikan kerajaan Melaka dan Acheh menggunakan perkhidmatan mereka sebagai Shahbandar menjaga aktiviti pelabuhan. 

Namun demikian, pengaruh Persian Cosmopolis hanya bertahan di Alam Melayu selama 400 tahun saja dari abad ke-14 hingga abad ke-17. Hal ini kerana monopoli dan dominasi perdagangan umat Islam terutama sekali saudagar-saudagar Parsi dan India dipecahkan oleh pedagang-pedagang Eropah yang datang ke India pada akhir abad ke 15. Farangi´ (Org luar) telah membuka banyak loji perdagangan ataupun menawan bandar pelabuhan di sepanjang persisiran pantai lautan Hindi bagi memecahkan monopoli perdagangan umat Islam terhadap rempah ratus, teh, dan sutera.

Tambah pula dengan kemajuan teknologi perkapalan dan tentera laut yang kuat, Farangi mula menggantikan saudagar-saudagar Islam sebagai aktor utama yg menguasai laluan perdagangan maritim di sekitar Lautan Hindi. Menjelang akhir abad ke-18, Laut Merah, Teluk Parsi, pantai Gujarat, Coromandel, Malabar, Teluk Bengal, dan Selat Melaka telah dikuasai sepenuhnya oleh Farangi.

Oleh itu, aktiviti perdagangan diantara Alam Melayu dan Persian Cosmopolis yang merangkumi Timur Tengah, Asia tengah, dan India semakin berkurangan. Akhirnya pengaruh kebudayaan Persian Cosmopolis di Alam Melayu dan digantikan dgn pengaruh Farangi yang berasal dari Eropah menjelang abad ke-18.

P.S: Alam Melayu pada waktu ini bukan saja di Tanah Melayu ataupun Melaka tetapi merangkumi seluruh rantau Nusantara termasuklah kerajaan Melayu yg lain spt Aceh, Samudera-Pasai, Riau, Palembang, Siak dll?

RUJUKAN:

Ahmat Adam (2016). Sulalat u’s-Salatin. Kuala Lumpur. Yayasan Karyawan.

Andaya, L.M. (2010). Leaves of the Same Tree. Singapore. NUS Press.

Marrison, G. (1955). Persian Influences in Malay Life (1280-1650). Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society,28(1 (169)), 52-69. Retrieved from http://www.jstor.org/stable/41503168

Marcinkowski, M.I. (2004). Persian Presence in Southeast Asia. Encyclopaedia Iranica. Retrieved from http://www.iranicaonline.org/articles/southeast-asia-i


Artikel disumbangkan oleh Danial Hamzah untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.