Aku tiba-tiba teringat fasal seorang ahli falsafah China pada Zaman Pe-perangan dahulu, iaitu Zhuang Zhou (369SM – 286SM) masa aku tonton anime ni. Setiap tamadun mempuyai zaman keemasan intelektualnya, dan zaman keemasan intelektual Tamadun China adalah ketika Zaman Pepe-rangan. Zaman kerajaan-kerajaan China berpecah sebelum tertubuhnya Dinasti Qin.

Pada Era Pepe-rangan tersebut seratus sekolah pemikiran (Hundred School of Thought) yang ditubuhkan termasuklah Confuciusism, Legalism, Mohism, Taoism dan lain-lain. Antara faktor berkembangnya pemikiran ini adalah setiap pemerintah di China pada masa itu mengambil bijak-pandai sebagai penasihat mereka. Daripada situ muncullah pelbagai bentuk pemikiran dan falsafah mengenai pepe-rangan, diplomasi dan politik.

Zhuang Zhou telah mengarang puisi yang dikenali sebagai ‘Zhuangzi’ yang memberikan perhatian kepada beberapa buah perkara.

1. Ahli Falsafah dan Rama-rama.
.
Dalam puisi tersebut ada lebih kurang tertulis, “Pada suatu hari, aku, Zhuang Zhou telah bermimpi aku ialah seekor rama-rama berterbangan ke sana-sini. Aku menyedari kebahagiaan aku sebagai seekor rama-rama sehingga aku tak sedar yang aku adalah seorang Zhuang Zhou. Apabila aku bangun dari tidurku, aku keliru sama ada aku adalah manusia yang bermimpi sebagai rama-rama ataupun rama-rama yang bermimpi sebagai manusia.”

Ini adalah salah satu bentuk fahaman skepticism. Dalam anime Kimi No Na Wa, telah berlaku pertukaran badan antara Mitsuha dan Taki pada waktu mereka tidur. Pada peringkat awal mereka menyangkakan ia adalah sebuah mimpi. Seperti yang berlaku pada Zhuang Zhou yang lebih bergembira menjadi seekora rama-rama, dalam anime ini, Mitsuha lebih gembira menjadi seorang Taki dan Taki pula gembira menjadi seorang Mitsuha.

Tafsiran terhadap mimpi Zhuang Zhou memberikan maksud bahawa tidak dapat nak membezakan mana satu realiti yang sebenar. Seperti yang pernah disebut oleh Descartes dalam Meditations, tiada piawaian asas untuk membezakan antara waktu sedar dan waktu tidur.

Tidak lama selepas itu, barulah Mitsuha dan Taki menyedari yang mereka telah bertukar tubuh badan dan mula berkomunikasi melalui nota-nota yang dititipkan pada telefon bimbit masing-masing.

Selepas itu, yang menariknya pada babak klimaks cerita, mereka mula meragui kewujudan masing-masing. Taki meragui kewujudan Mitsuha dan Mitsuha meragui kewujudan Taki. Mereka juga mula meragui kewujudan segala apa yang berlaku ketika mereka bertukar badan.

Di sini, Zhuang Zhou ada menyebut, “Bagaimana aku mahu tahu kegembiraan itu bukan sebuah delusi?” Menunjukkan seolah-olah apa yang Taki dan Mitsuha lalui hanya sebuah kegembiraan dan delusi sementara melalui pertukaran badan. Pada waktu mereka menanggap pertukaran badan itu sebagai hal yang tak mustahil berlaku, mereka mula meragui hal itu pernah berlaku bila pertukaran badan itu tidak berlaku lagi dan masing-masing telah lupa dengan pasangan mereka. Malah, nama pasangan mereka sendiri.

Terdapat satu babak, Taki mula menyedari sebenarnya dia telah tertukar badan dengan orang yang telah mati (Mitsuha) pada tiga tahun yang lalu. Pada tiga tahun yang lalu, Mitsuha pula pernah tertukar badan dengan Taki tetapi Taki tidak ingat akan perkara itu. Hal ini dibuktikan sewaktu Mitsuha mahu berjumpa dengan Taki di Jepun, Taki tidak pernah ingat akan kewujudan Mitsuha. Mitsuha mula meragui tentang apa yang dilaluinya.

Inilah bentuk-bentuk skepticism yang berlaku pada Taki dan Mitsuha tentang realiti dan kegembiraan yang mereka lalui.

2. Kenapa kita terlupa selepas bermimpi?

Dalam anime ini menerang beberapa sifat mimpi, yang paling utamanya adalah mimpi yang memberitahu apa akan berlaku dan kenapa kita terlupa dengan apa yang kita mimpi. Mimpi adalah perkara yang sukar untuk dibuat penyelidikan dan telah membina pelbagai hipotesis dalam suatu subjek.

Dalam anime ini, Taki dan Mitsuha tidak terlupa yang mereka tertukar badan. Malah mereka merasakan bertukar badan itu bukanlah mimpi semata-mata sehinggalah pada babak klimaks sewaktu mereka perlahan-lahan terlupa dengan nama pasangan mereka dan sudah tidak bertukar badan lagi. Hal ini ditambah lagi apabila Taki tidak dapat menghubungi Mitsuha beberapa kali.

Kita selalunya terlupa apa yang kita mimpi kerana hormon norepinephrine tidak hadir dalam Cerebral Cortex pada otak. Cerebral Cortex adalah bahagian otak yang memainkan peranan dalam ingatan, pemikiran, bahasa dan kesedaran. Walau bagaimanapun ia tidak memberikan penjelasan sepenuhnya kenapa kita terlupa dengan mimpi-mimpi kita.

Hipotesis kehadiran hormon norepinephrine diusulkan kerana kehadiran hormon tersebut telah meningkatkan daya ingatan seseorang.

3. Self-Fulfilling Prophecy

Saintis menolak sebarang bentuk precognition, iaitu visi kejadian yang bakal berlaku melalui mimpi. Tetapi saintis tidak menafikan perkara itu terjadi pada sesetengah individu. Jadi mereka mengusulkan beberapa hipotesis. Antaranya adalah self-fulfilling prophecy. Aku pilih hipotesis ini sebab ia macam lebih dekat dengan Kimi No Na Wa.

Dalam anime ini, Taki menyedari dia tidak dapat menghubungi Mitsuha kerana Mitsuha telah mati. Entah tak tahu magik apa yang digunakan, Taki bertukar badan dengan Mitsuha pada tiga tahun yang lalu pada waktu sebelum letupan di kampung Mitsuha brlaku.

Babak-babak pertukaran badan antara dirinya dan Mitsuha membuatkan Taki sendiri ia adalah sebuah mimpi untuk menyelamatkan Mitsuha pada masa lalu.

Situasi Taki mungkin tidak kelihatan seperti apa yang aku nak jelaskan sebab kejadian yang dihadapi oleh Taki terlalu realiti untuk kelihatan samar-samar.

Konsep Self-fulfilling prophecy ini lebih kurang macam Kesan Placebo (Placebo Effect) iaitu kepercayaan ataupun imaginasi yang kau hanya yakin betul, selepas itu ia dibawa ke pemikiran dan seterusnya tindakan. Konsep Law of Attraction menggunakan Placebo Effect. Malah dalam perubatan pun menggunakan konsep yang sama.

Dalam perubatan, keyakinan pesakit (demam contohnya) akan mengubah psikologi dan kekuatan tubuhnya walaupun doktor hanya memberikan gula-gula yang disangka ubat demam. Orang yang berimaginasi berfikiran positif (law of attraction) akan mendatangkan hal positif, akan memberikan optimism dalam dirinya apabila melihat hal-hal yang buruk. Sebenarnya hal positif tak datang pun, cuma dia membina ‘realiti positif’ itu sendiri.

Maka, apa yang berlaku pada Taki bukanlah suatu bentuk khayalan atau imaginasi tentang kemusnahan kampung Mitsuha. Tetapi sebelum Taki mememui kejadian itu benar-benar berlaku, Taki merasakan ia hanya suatu bentuk ‘self-fullfilling prophecy’ yang dibina dalam dirinya. Kita boleh lihat babak ini sewaktu Taki hampir tidak menemui kewujudan kampung Mitsuha.

4. Dajjal.
Ini bukan agenda Dajjal dan Yahudi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.