Pada penhujung tahun 80an, dunia politik negara dikejutkan dengan perbalahan dalaman salah satu dari parti kerajaan, UMNO yang membawa kepada peristiwa pengharaman UMNO. Isu ini telah membawa kepada hal yang lebih besar, iaitu pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas pada 1988. Pada tahun itu, bukan Ketua Hakim Negara sahaja yang disisihkan, terdapat 5 orang Hakim lagi yang turut menerima nasib yang sama dan salah seorang itu ialah Tan Sri Eusoff Abdo0lcader.

Tan Sri Eusoff Abdoelcader dilahirkan pada 11 Seeptember dan berasal dari leluhur Keluarga Abdoolcader yang merupakan salah seorang kumpuan keluarga yang ternama di Pulau Pinang. Bapanya, Husein Hasanally Abdoolcader merupakan seorang peguam dan banyak memegang jawatan di bawah pentadbiran kerajaan British dan pernah menjawat jawatan Ahli Majlis Penasihat Gabenor Malayan Union dan salah seorang Ahli Majlis Persidangan Negeri-Negeri Selat. Bapanya juga merupakan seorang berbangsa India Tanah Melayu yang pertama yang dikurniakan pangkat “Sir” pada tahun 1948.

Sebatang jalan di Pulau Pinang dinamakan sempena nama Hussein Abdoolcader . Sumber: Wong Chun Wai

Pada usia 15 tahun, Eusoff telah berjaya lulus menduduki ujian Senior Cambridge dan beliau hanya menyambung pelajarannya ke Kolej Raffles dua tahun kemudian.  Di Kolej Raffles,beliau sering dibuli oleh seorang yang kemudiannya bakal menjadi tokoh ulung politik Singapura, Lee Kuan Yew.

Namun, Perang Dunia Kedua telah menjejaskan pengajian dan Eusoff terpaksa pulang semula ke Pulau Pinang. Disebabkan beliau mahir berbahasa Jepun, Eusoff pernah dilantik sebagai penterjemah bahasa Jepun. Eusoff juga kemudian ditawar biasiswa Monbusho, biasiswa yang tertinggi dari kerajaan Jepun dan beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke Universiti Kyoto di dalam jurusan undang-undang.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Setelah perang tamat, Eusoff pulang semula ke Tanah Melayu dan beliau kemudiannya menyambung lagi pengajiannya ke London University dan akhirnya beliau berjaya ditauliah sebagai hakim pada tahun 1959.

Pada tahun 1974, Eusoff telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya dan kemuncak kariernya ialah apabila beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 1982. Di dalam bidang kehakiman, Eusoff pernah digelar Singa Undang-Undang Komanwel kerana kelantangan beliau dalam mempertahankan undang-undang dan beliau sering disamakan dengan Lord Denning, seorang hakim yang terkenal dari United Kingdom.

Ketika krisis pemecatan Tun Salleh Abbas, Eusoff merupakan salah seorang hakim yang tidak bersetuju agar sebuah tribunal diwujudkan untuk mengadili Tun Salleh. Oleh sebab itu, beliau kemudiannya dipecat kerana menyebelahi Tun Salleh.

Di sebalik ketegasan Eusoff, beliau sebenarnya merupakan seorang yang sangat romantik. Pernah beliau hampir menolak untuk pembedahan jantungnya untuk mati bersama-sama isterinya. Cinta yang diungkapkan bukan hanya sekadar kata-kata, beliau membuktikan cinta beliau itu kepada isterinya itu apabila beliau sanggup mendermakan salah satu dari buah pinggang kepada isterinya. Walaubagaimanapun, isterinya menghembuskan nafas yang terakhir pada Disember 1993 dan menyebabkan Eusoff seolah-olah hilang separuh nyawa.

Eusoff bersama isterinya

Bagi mengubati kerinduan terhadap isteri, Eusoff sering menulis puisi-puisi dan meletakkanya di ruangan akhbar tiap kali ulangtahun kematian isterinya. Namun, itu dapat mengubat duka yang dialami oleh Eusoff sehingga pada suatu hari, dunia dikejutkan dengan kematian beliau di rumahnya  di Taman Jesselton, Pulau Pinang dengan penuh tragis dan tak disangka-sangka. Beberapa ketika sebelum kematiannya, Eusoff sempat menulis puisi yang terakhir.

Puisi itu berbunyi

“Of all the queens that ever lived, I chose thee to rule me, mine very own Haseena, my one and only, to the very marrow thou will see I love ye
O’ how in the world am I to live without thee?”

Pemergian Eusoff ternyata mengejutkan dunia kehakiman negara, beliau pergi ketika rakyat dan ahli politik meragui insititusi kehakiman negara yang didalangi oleh seorang ahli politik utama.  Setelah lama, Nasib Eusoff di dalam bidang kehakiman akhirnya terbela.

Kisah hidup Eusoff yang diabadikan di dalam sebuah buku

Pada tahun 2008, kerajaan di bawah pentadbiran Tun Abdullah Badawi bersetuju untuk membayar pampasan kepada semua hakim yang dipecat ketika krisis kehakiman pada tahun 1988 atas sumbangan mereka pada negara. Eusoff kini bukan hanya sekadar dikenali sebagai seorang hakim yang tegas, malah beliau juga turut dikenali sebagai hakim yang romantik dan setia terhadap kasih sayang isterinya.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

RUJUKAN:

Cover story – m.aliran.com. (n.d.). Retrieved April 9, 2022, from https://m.aliran.com/past-issues/1995Vol15No.11&12.pdf


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Leave A Reply