Pengajaran Dari Pembebasan Baitulmaqdis Sejak Zaman-Berzaman

0
2431
views

“Trump kejam, ini semua salah Zionis!”.

Kalau kita baca sejarah dahulu. Adanya kisah sejarah hitam mahupun sejarah emas bagi umat Islam. Hari ini, kita fokus dalam 3 peristiwa hitam dan emas sahaja dan marilah kita merenung lalu berfikir secara mendalam.

1. PEMBEBASAN BAITULMAQDIS.

Hanya Nuruddin Zanki dan Salahuddin al-Ayyubi sahaja menunjukkan usaha pembebasan Baitulmaqdis (Jerusalem) daripada tangan pasukan Templar melalui beberapa siri pertempuran dalam fasa Perang Suci Kedua. Walhal ketika itu, empayar Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad mempunyai ramai pasukan tentera dan kapal perang berteknologi maju. Selain itu, empayar Bani Umayyah II yang berkuasa di Andalusia mempunyai pengaruh yang luas di benua Eropah dan menguasai jalur perdagangan di Lautan Mediterrranean. Tetapi mengapa hanya Zanki dan Saladin sahaja yang berani mencabar kuasa besar persekutuan Kristian sedangkan mereka ini hanya menguasai negeri kecil Mesir dan Aleppo?

Mana umat Islam dari kerajaan lain?

2. KEJATUHAN BAGHDAD.

Kejatuhan kota Baghdad 1258 M ke atas tangan pasukan Mongol pimpinan Hulagu Khan daripada Dinasti Yuan yang berkuasa di tanah besar China, Khanbaliq (Beijing). Tiada kuasa besar Islam lain yang mampu menghalang kemaraan Mongol pada masa itu mengapa? Sedangkan pada masa itu, Dinasti Ayyubi yang memerintah di Aleppo, Dinasti Mamluk yang memerintah di Mesir, Dinasti Khawarizmi di Tabriz, Dinasti Mali di Kangaba (Afrika Barat), Dinasti Muwahiddun di Seville, kerajaan Hafsid di Tunis, Golden Horde di Sarai Batu (wilayah Mongol-Islam) dan banyak lagi. Tetapi hanya Berke Khan dari Golden Horde dan Saifuddin Qutuz dari Dinasti Mamluk yang berani menghalau pasukan Mongol keluar dari Mesir serta Baghdad.

Mana umat Islam dari kerajaan lain?

3. KEJATUHAN GRANADA.

Kejatuhan Dinasti Nasrid di Granada (1492) ke tangan pasukan bersekutu Reconquista pimpinan Ratu Isabella dan Raja Ferdinand mencetak sejarah umat Islam di-Kristian-kan beramai-ramai. Kenapa perlu bersedih? Bukankah pada waktu itu ada Dinasti Sonni di Afrika, Kesultanan Adal di Aussa, Khanate Kazan di Kazan, Kesultanan Uthmaniyyah di Edirne dan banyak lagi.

Mana umat Islam dari kerajaan lain?

Kenapa kita perlu mengatakan musuh itu kejam di dalam peristiwa pembebasan Baitulmaqdis, kejatuhan kota Baghdad dan kejatuhan wilayah Andalusia? Adakah bangsa Mongol, pahlawan Templar mahupun pasukan Reconquista dituduh kejam walhal secara zahirnya kita ini (umat Islam) yang kejam sebenar-benarnya. Tiada kerjasama mahupun keberanian untuk menghalang kemaraan musuh. Kejam tidak menghulurkan bantuan, bahkan membiarkan mereka, saudara kita dimusnahkan oleh para musuh?

7 DISEMBER 2017. Tarikh sejarah yang secara jelas membuktikan kelemahan generasi umat Muhammad pada zaman ini. Jangan menuding jari menyalahkan kerajaan-kerajaan Islam yang dahulu sekiranya anda yang sudah mengetahui akibat buruk yang bakal terjadi, anda tidak menghalangnya bahkan anda gembira mengulanginya kembali.

“Di manakah umat Islam dari kerajaan lain pada zaman dahulu?”

Jawapannya. Anda semua sudah nampak di depan mata, tanpa hijab ataupun konspirasi.

Jadinya.

Siapa yang kejam dan pentingkan diri dalam episod pengisytiharan Jerusalem (Baitulmaqdis) sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika, Donald Trump?

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here