Produser filem India, PL Thenappan, yang memegang filem lakonan Vijay pada 1999, Minsara Kanna, telah mengisytiharkan dia akan mengheret pembuat filem Parasite, Bong Joon Ho ke mahkamah.

Perkara itu agak mengejutkan ramai pihak.

Thenappan telah menuduh Bong Joon Ho sebagai pihak yang telah memplagiat filem terbitan mereka sehingga berjaya menang anungerah oscar termasuk Skrip Asal Terbaik pada malam berprestij di Los Angeles.

“Pada hari Isnin atau Selasa, saya akan memfailkan kes ini bantuan peguam antarabangsa. Ini kerana mereka telah mengambil plot dari filem saya.”

“Apabila mereka mengetahui bahawa beberapa filem kami telah diilhamkan daripada filem mereka, mereka pun melakukan perkara yang sama. ”

“Jadi, adalah adil untuk kami melakukan perkara yang sama ke atas mereka [dengan memfailkan saman].”

Beliau menambah bahawa, beliau akan mendapatkan pampasan daripada penerbit filem Parasite kerana meniru idea filemnya.

Minggu lalu, bertempat di Los Angeles, Parasite arahan Bong Joon-ho telah mencipta sejarah dengan menjadi filem berbahasa asing pertama untuk memenangi anugerah Filem Terbaik di Oscar.

Selain itu Parasite turut membawa pulang trofi untuk Pengarah Terbaik, Skrip Asal Terbaik dan Filem Luar Terbaik

Tidak lama kemudian, peminat Vijay mendakwa kisah dalam filem Parasite adalah sama seperti Minsara Kanna, sebuah filem yang diarahkan oleh KS Ravikumar yang dibintangi oleh Vijay.

Walaupun ada ramain peminat filem di India merasakan ianya kurang berasas. Kerana plot filem lakonan Vijay itu, si Vijay adalah anak orang kaya. Vijay kemudian berpura pura menjadi miskin untuk mendekati seorang gadis.

Vijay telah membawa keluarganya untuk menjadi sebahagian daripada rancangannya bagi membantu keluarga gadis tersebut.

Namun Thenappan tidak memperdulikan semua itu. Beliau berkeras mahu menyaman pihak penerbit Parasite yang dituduhnya tak beretika dan plagiarisme.

Pengarah filem tersebut pula tumpang gembira dengan kejayaan filem dari Asia menang di Oscar. Dan pada masa yang sama beliau claim bahawa Minsara Kanna memainkan peranan penting di dalam idea Parasite.

“Saya gembira kerana cerita itu telah memenangi Oscar, dan Minsara Kanna telah menjadi sebagai inspirasi. Namun, pemfailan kes ni terserah kepada pihak produksi.”

Minsara Kanna, yang juga menampilkan Rambha, Monica Castelino dan Khushboo, adalah filem tentang Kaasi (Vijay) memasuki rumah seorang wanita kaya sebagai pemandu.

Kaasi kemudian membawa seorang demi seorang ahli keluarganya bekerja di dalam rumah tersebut.

Mereka semua menyimpan identiti mereka dan menjadi orang asing.

Parasite adalah filem yang mengkritik kelas sosial di dalam masyarakat. Ianya mengisahkan satu keluarga miskin masuk ke dalam rumah orang kaya dan menyingkirkan satu persatu pekerja lain di rumah tersebut.

Mereka menggunakan pelbagai helah untuk membantu sesama mereka untuk masuk ke dalam rumah mewah dan bekerja di sana.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Saya seorang penulis tegar. Selalu menulis ketika mendengar lagu aku yang dulu bukanlah yang sekarang daripada Tegar. Tegar bukan?

Comments are closed.