Penerbangan Paling Panjang Di Dunia Selama 16 Jam Berikutan Covid-19

828

1. Daripada laporan CNN Travel pada 17 Mac lalu, sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Air Tahiti Nui, telah memecah rekod pesawat komersial yang jarak penerbangannya paling panjang di dunia.

2. Berikutan penularan wabak virus Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia, sebuah pesawat komersial Air Tahiti Nui (Boeing 787-9), telah mencetak rekod baharu sebagai penerbangan pesawat yang paling panjang iaitu memakan waktu selama 16 jam penerbangan.

3. Pada pukul 3 pagi, tanggal 14 Mac 2020 lepas, pesawat Air Tahiti dengan nombor penerbangan TN064 berlepas landas bersama empat orang juruterbang, beberapa orang krew pesawat dan seramai 150 orang penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Faa’a di Papeete, Tahiti untuk menuju ke Perancis.

4. Selalunya, pesawat dari Tahiti akan berhenti sebentar (transit) di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, AS, sebelum menyambung perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Le Bourget, Perancis. Tetapi disebabkan kes penularan wabak Covid-19 yang menyerang negara Amerika Syarikat, maka pihak pentadbiran negara tersebut telah mengetatkan beberapa pintu masuk negaranya sebagai langkah pencegahan dan keselamatan.

5. Disebabkan beberapa ketetapan ketat yang terpaksa dihadapi oleh para penumpang apabila mendarat di negara AS, maka penerbangan terpaksa terus dilakukan tanpa henti menuju ke Perancis yang mana ia mengambil jarak penerbangan sejauh 15.715 km.

6. Pada pukul 6.30 pagi, tanggal 15 Mac, pesawat Air Tahiti berjaya mendarat di Lapangan Terbang Le Bourget, Perancis dengan selamat.

7. Secara tidak langsung, penerbangan TN064 Air Tahiti, mencatatkan rekod baharu penerbangan paling panjang di dunia yang mengalahkan rekod sebelumnya yang dipegang oleh syarikat Singapore Airlines iaitu 15 jam penerbangan dari Singapura ke Newark, AS yang mengambil jarak sejauh 15.343 km.

Sumber: CNN Travel

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.