Penemuan Kubur Orang Islam Tertua Di Perancis

0 12

Mayat-mayat ini telah ditemui di Perancis. Mereka dijangka hidup sekitar abad ke-8. Tetapi apa yang membuat mereka istimewa adalah teori yang memungkinkan mereka beragama Islam. Penemuan ini sekaligus mencetuskan analisis arkeologi dan genetik untuk mengenalpasti kebenaran di sebalik teori ini.

Ini kerana, inspirasi yang dititikberatkan oleh Nabi Muhammad SAW telah merancakkan perkembangan tamadun Arab dibawah panji Islam. Walaupun sekitar zaman ini terdapat bukti-bukti bahawa Islam sudahpun bertapak di Andalusia, saintis masih lagi bergelut untuk mendapatkan bukti kewujudan orang-orang Islam selepas Banjaran Pyrenees yang mendindingkan Andalusia dengan Eropah.

Tiga jenazah ini walau bagaimanapun bakal meringankan bebanan para saintis yang sedang berhempas pulas mencari jawapan. Bertatahkan pemerhatian bahawa pengebumian tiga jenazah ini mengikuti tradisi Islam, jelas kelihatan badan dan kepala menghala ke arah Mekah, saintis sedang menganalisis secara spesifik mengenai DNA, jantina dan usia.

Bukti genetik mendedahkan jenazah-jenazah ini adalah warisan Afrika Utara. Cadangan yang terhasil daripada data terkini, jenazah-jenazah ini adalah golongan Amazigh (Berber) yang merupakan sebahagian daripada Bani Umayyah.

Kemungkinan yang saya mampu fikirkan: mereka adalah peninjau, pendakwah, perantau (musafir), ataupun pelarian.

Al-Fatihah, jika mereka adalah saudara-saudara seagama.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.