Bagi peminat sejarah tamadun Mesir Kuno, mesti kita kenal satu-satunya kaum asing yang menjajah Mesir yang bernama Hyksos, memerintah Mesir selama berabad-abad kemudian tumbang oleh firaun Mesir dari Thebes.

Baru-baru ini para pengkaji Mesir Kuno menemui siapa sebenarnya kaum Hyksos iaitu kaum asing yang mengambil takhta firaun. Penemuan ini bakal mematahkan fakta dahulu bahawa kaum Hyksos adalah penjarah asing yang menggulingkan kerajaan Mesir Kuno.

Kaum Hyksos adalah kaum asing dari kawasan Levant (Palestin, Israel, Lubnan, Syria, dan Jordan), datang menggulingkan Firaun terakhir yang memerintah Kerajaan Tengah dan mewujudkan Fasa Pertengahan Kedua, di mana Hyksos memerintah tamadun Mesir Kuno.

Kaum Hyksos banyak memajukan Mesir Kuno dan mempunyai nama-nama pemerintah yang meneruskan pemerintahan namun masih tidak diketahui akan kempen penjajahan dan sebaran pengaruh Hyksos. Firaun Mesir dari Thebes kemudian menumbangkan Hyksos dan memulakan fasa baru iaitu Kerajaan Baru, seterusnya menjadi zaman kegemilangan Mesir Kuno.

Sumber utama yang mengisahkan asal-usul kaum Hyksos adalah dari sumber Helenistik, iaitu penulis sejarah bernama Matheo yang bertanggungjawab merekod asal-usul kaum tersebut.

Namun, tidak ada bukti arkeologi tentang penjajahan Hyksos yang mengesahkan tulisan Matheo. Tulisan hieroglif juga tidak ada merekodkan perkara yang sama. Ini menjadi kesangsian para pengkaji untuk menilai apakah benar kaum Hyksos adalah penjajah asing.

Ibu kota Hyksos adalah Avaris yang terletak di delta Sungai Nil. Masuk abad ke-19 Masihi, para arkeologis menemui kawasan pengebumian bernama Tell el-Dab’a. Mereka menemui makam Hyksos di kawasan pengebumian tersebut.

Menurut pengkaji bernama Chris Stantis dari Bournemouth University di UK, terdapat senjata gangsa turut bersama dengan mayat Hyksos dalam makam batu. Tambahan pula, terdapat makam kuda bersama kuburan Hyksos.

Kumpulan Chris Stantis kemudian menganalisis gigi 75 orang elit Hyksos yang dikebumikan di tiga kawasan dalam Tell el-Dab’a. Mereka menggunakan teknik analisis mengesan bahan kimia bernama isotop untuk menentukan usia sesebuah artifak.

Keputusannya, kaum Hyksos yang dikebumikan ini telah lama berada di Mesir sebelum invasi lagi. Stantis menyatakan kaum Hyksos adalah migran telah lama bermigrasi ke Mesir dan hidup bersama masyarakat Mesir Kuno.

Dari kajian ini, ia menentang fakta asal bahawa kaum Hyksos adalah p3njajah luar yang menggulingkan dinasti Firaun Mesir. Pengkaji memberi teori bahawa kaum Hyksos adalah migran yang lama menetap di delta Sungai Nil secara aman, kemudian mengambil kesempatan ketika konflik dalaman kerabat diraja Firaun berlaku, dengan menunjukkan kuasa bagi menggulingkan firaun.

Yang menarik perhatian kumpulan Stantis adalah bilangan makam yang terdiri dari warga wanita Hyksos lebih ramai dari warga lelaki. Stantis berpendapat bahawa kaum Hyksos ini berkemungkinan telah lama mengadakan hubungan baik dengan Mesir Kuno melalui perkahwinan politik dengan keluarga elit Mesir Kuno.

Jika benar kaum Hyksos adalah penjajah asing, mesti lebih ramai makam lelaki berbanding wanita, namun jumlah makam wanita lebih ramai menyanggah fakta tersebut. Ini menunjukkan kaum Hyksos mementingkan hubungan baik dengan kaum Mesir melalui perkahwinan.

Tentang asal-usul migrasi Hyksos, pengkaji berpendapat bahawa mereka adalah kaum Asiatik Barat yang mana nenek moyangnya bermigrasi ke Mesir ketika Mesir masuk fasa Kerajaan Tengah, menetap lama selama berabad-abad dan bangkit memerintah utara Mesir. Inilah penemuan terbaru berdasarkan kajian arkeologi terhadap makam Hyksos.

Pengkaji kini masih meneruskan kajian tentang kaum Hyksos, terutamanya berkaitan pengekalan tradisi asal mereka ketika memerintah Mesir di Fasa Pertengahan Kedua, selain membongkarkan siapa sebenarnya kaum Hyksos.

RUJUKAN:

Researchers Reveal True Story of Hyksos Dynasty in Ancient Egypt. https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/hyksos-dynasty-0013991?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.