Moving Forward As One

Penemuan Dead Sea Scroll Yang Baru

4,474

Takdir menentukan bahawa seorang kanak-kanak Badwi akan menemui Gua Qumran. Muhammed Ahmed al-Hamed sebenarnya tidak berniat untuk menerokai alam pun.

Beliau hanya sedang mencari kambing yang hilang dan memasuki gua secara tidak sengaja. Selama ribuan tahun, gua ini menyimpan kitab dalam keadaan yang elok.

Terdengar saja kisah ini, ramai dalam kalangan suku Ta’amireh mengunjungi gua tersebut. Dan mereka sebenarnya menemui Kitab Isaiah, Syarahan Habakkuk dan Peraturan Masyarakat.

Gua yang menjadi tempat penyimpanan.

Suku Ta’amireh ini mempunyai tahap kebudayaan yang baik. Mereka tidak merosakkan kitab-kitab bersejarah ini. Ketika itu, mereka cuba menjual untuk mendapatkan wang.

Tetapi pihak dihubungi mereka berpendapat yang Ta’amireh mencuri daripada sebuah kuil. Lama-kelamaan, penemuan ini mendapat perhatian John C. Trever yang memulakan suatu proses bersiri.

Akhirnya, dunia mengetahui tentang kewujudan De.ad Sea Scroll yang merupakan sebuah koleksi 900 manuskrip dalam tulisan Yahudi (Lim & Collins, 2010).

Contoh salinan kitab purba ini.

Usia kitab ini dikenal pasti menggunakan teknologi radiokarbon. Sebahagian besar ditulis berkemungkinan besar sekitar 200 S.M. (Lawler, 2010).

Pihak sarjana membuat perbandingan terperinci dan mendapati bahawa kitab purba ini sebenarnya sama dengan hukum-hakam kitab-kitab moden.

Yang berbeza cuma ciri-ciri kecil seperti ketinggian Jalut (Goliath). Kitab purba ini tidak dapat mengesahkan ketulenan Injil, kerana berasal daripada zaman sebelum kedatangan Nabi Isa (as).

Penemuan Terbaru Di Jerusalem

Gua Qumran bukan satu-satunya tempat yang menyimpan kitab purba ini. Tidak pasti sebenarnya kenapa gua menjadi tempat penyimpanan.

Mungkin kerana satu masa dahulu bangsa Yahudi dibµrµ sana-sini oleh mµsµh asing. Jadi gua merupakan tempat bersesuaian untuk mengekalkan kandungan kitab.

Sejak kebelakangan ini, sepasukan pakar arkeologi membuat penyelidikan di sebuah gua sekitar 40 kilometer daripada Jerusalem.

Sebenarnya gua ini menjadi tempat teduhan buat pelarian-pelarian Yahudi silam. Tetapi mereka terbµnµh di situ dan ditemui sekitar 1960-an, berkurun-kurun selepas zaman peper.angan Yahudi dan Rom.

Rangka mereka (juga kanak-kanak) berada dalam keadaan baik untuk kajian. Tetapi pada Mac 2021, pakar arkeologi turut menemui sesuatu yang jauh lebih penting untuk dibandingkan dengan rangka manusia.

Mereka terjumpa beberapa cebisan D.ead Sea Scroll yang menulis ayat-ayat daripada Kitab Nahum dan Zechariah (Zion, 2021).

Cebisan yang dikendalikan dengan teliti.

Usia cebisan ini didapati sama dengan usia syiling dan anak pan.ah ditemui di kawasan tersebut, memberikan gambaran mudah tentang apa yang berlaku.

Penemuan ini mengukuhkan lagi kekayaan artifak yang dimiliki Israel. Tidak perlu berasa cemburu pun, kerana Israel merupakan antara negara yang sangat aktif memelihara warisan kebangsaan.

Kerajaan Israel tidak kedekut untuk mengeluarkan dana demi memajukan sebuah perbadanan khas untuk pengurusan artifak. Pertama sekali, Israel khuatir jika barang-barang bersejarah menjadi mang.sa penjar.ahan pihak tidak bertanggungjawab.

Cebisan yang disusun untuk penyelidikan.

Jelas sekali penemuan kitab purba ini tidak langsung mengubahkan apa-apa. Tetapi Israel sangat aktif membina sebuah kebudayaan, setelah berzaman-zaman kehilangan sebuah kedaulatan.

Sebuah negara yang membangun dengan budaya tersendiri mempunyai legitimasi khusus untuk kekal di muka bumi ini. Dengan penemuan kitab purba, Israel lebih bersemangat untuk mengenal pasti barangan-barangan bersejarah lain.

Tidak pelik jika satu hari Israel menemui artifak-artifak keagamaan yang jauh lebih bermakna, seperti Tongkat Musa (as). Kitab De.ad Sea Scrolls memang penting, kerana menghubungkan sejarah di sebalik Bibel sendiri.

Walaupun sebuah warisan agama, penemuan ini mampu menarik perhatian orang ramai dan menjana pelancongan satu hari nanti.

Dengan kepintaran akal, sesiapa sahaja boleh menukarkan barangan sejarah menjadi punca pendapatan negara. Percaturan Israel tentu sekali jauh lebih menguntungkan, untuk dibandingkan dengan negara-negara lain yang mensia-siakan warisan sejarah.

Kalau bukan kerana jabatan kerajaan yang khas, tentu sekali bidang arkeologi Israel tidak akan mencapai tahap kemajuan sedia ada. Malah hari ini “Arkeologi Israel” sudah dipelbagaikan mengikut mazhab dan prosedur diamalkan secara berleluasa di seluruh negara.

Penyelidikan yang dibuat secara berterusan mendedahkan satu realiti penting. Bahawa Israel mempunyai 30,000 tapak arkeologi, yang masih belum digali lagi. Sekarang cuba bayangkan jika Israel mengabaikan warisan ini.

Kerana zaman sekarang, banyak negara rela mengetepikan warisan bangsa kerana motif politik.

RUJUKAN:

Lawler, A. (2010). Who Wrote the (ditapiskan) Sea Scrolls? Smithsonian Magazine.

Lim, T.H., & Collins, J.J. (2010). The Oxford Handbook of The (ditapiskan) Sea Scrolls. Oxford University Press.

Zion, I.B. (2021, Mac 16). Israeli experts announce discovery of more (ditapiskan) Sea scrolls. AP News.

Ruangan komen telah ditutup.