Jerusalem terletak di pertengahan antara Tel Aviv dan Amman. Sepanjang alaf, kota ini menjadi rebutan kerana nilai tidak terhingga pada tiga agama Ibrahim.

Judaisme memandang Jerusalem sebagai kota induk agama, bagaikan paling suci antara semua kesucian kerana melibatkan Nabi Ibrahim (as) dan Raja Sulaiman (as).

Kristian pula menganggap Jerusalem sebagai kota Nabi Isa (as). Manakala Islam menjulang ketiga-tiga nabi sebagai rasul yang penting.

Ketiga-tiga agama meletakkan tapak di Jerusalem.

Sebuah kota yang bersejarah.

Masjid al-Aqsa menjadi mercu suci Islam.

Judaisme pula masih tertanya-tanya tentang lokasi sebenar Kuil Sulaiman, dengan banyak pendapat menunjuk arah situ sini di sekitar Jerusalem.

Tanpa lokasi tepat, Kuil Ketiga tidak dapat dibina.

Manakala Kristian pula mempunyai Gereja Kebangkitan, tempat menurut agama ini Nabi Isa (as) disa-libkan, dike-bu-mikan dan kemudian dihidupkan semula.

Gereja Kebangkitan.

Panjang cerita jika ingin ulas Jerusalem secara terperinci. Cukup mengatakan bahawa Masjid al-Aqsa dikelilingi lokasi-lokasi suci agama Kristian seperti Mak-am Ibu Maryam (as), Gereja Mary Magdalene dan Mak-am Tiga Nabi.

Pintu masuk ke Makam Ibu Maryam

Di antara semua mercu suci ini ialah Gethsemane, sebuah taman di kaki Gunung Zaitun yang dimuliakan dalam Kitab Injil.

Sekumpulan pakar arkeologi telah menjalankan sebuah penggalian di sini. Dan mereka menemui sebuah tempat mandian di sini.

Menurut kepercayaan Kristian, Gethsemane juga tempat dimana Judas mengkhi-anati Nabi Isa (as) hanya untuk 30 kepingan perak.

Judas mengucup pipi baginda. Tidak cukup, dia menggelar baginda ‘rabai’  (menurut agama Kristian), untuk mendedahkan identiti sebenar kepada semua.

Kucupan Judas menurut agama Kristian menjadi kisah pengkhia-natan berlagenda. Kerana Judas menjual agama.

Judas kemudian cuba memulangkan semula sogokan ini kepada ketua-ketua paderi yang membayarnya. Mereka enggan menerima wang tersebut. Jadi dia mencampakannya ke tanah dan pulang.

Dia kemudian terlalu menyesal dan ditemui ma-ti tergantung (Zwiep, 2004).

Arkeologi Di Sebalik Agama

Penemuan tempat mandian ini tidak mungkin boleh menyimpan sebarang bahan genetik Nabi Isa (as). Malah tiada siapa boleh mengesahkan bahawa baginda menggunakan tempat mandian ini.

Tetapi mesti ramai yang pelik dengan perkataan “tempat mandian”. Kalau dalam bahasa Ibrani, tempat ini dipanggil “mikveh” yang sebenarnya sangat sama dengan konsep mandi wajib Islam.

Contoh kolam mikveh yang dibina pada tahun 1128.

Tujuan mikveh adalah untuk menyucikan diri dengan cara mandi. Inilah proses untuk wanita Yahudi setelah haid atau wiladah. Jika seorang Yahudi terkeluar air mani, mereka wajib bermikveh.

Andainya seorang memeluk agama Judaisme, mereka diwajibkan bermikveh. Dan sekali lagi sama seperti Islam, semua may-at perlu dimandikan dengan cara mikveh.

Mudah kata, mikveh merupakan asas penyucian berdasarkan kepercayaan Judaisme.

Oleh kerana Islam dan Judaisme beriman pada Tuhan yang sama cuma berlainan dari segi cara, mikveh wujud dalam kedua-dua agama (dengan cara berlainan).

Cuma mungkin tadahan mikveh itu sendiri yang berlainan.

Kumpulan pakar arkeologi menemui sebuah tempat mikveh yang dibina 2,000 tahun lalu, yakni ketika zaman Nabi Isa as (Jarus, 2021).

Sisa tempat bersejarah yang tentu akan menjadi tarikan pelancong agama.

Inilah satu-satunya tempat yang sama usia dengan Nabi Isa (as). Dan sisa-sisa keliling mendedahkan bahawa Gethsemane pernah menjalankan pengeluaran minyak dan w-ai-n.

Judaisme menyeru pekerja menjalankan mikveh dengan menggunakan dua bahan ini. Sekarang pakar cuba mendapatkan sampel plaster untuk meneliti bertihan zaitun silam.

Ini akan membuka jendela pada laluan masa untuk mengetahui fungsi Gethsemane pada zaman Rom ketika itu, yang menghadapi masalah kebangkitan agama tauhid.

Pernah saja saintis menemui lapangan mikveh yang berusia 2,000 tahun sebelum ini.

Tetapi lapangan tersebut terletak di Hannaton, Israel berhampiran dengan Nazareth dan Haifa. Lokasi ini terlalu jauh dari Jerusalem, sekitar 150 kilometer yang tiada tarikan khusus pada Nabi Isa (as).

Mikveh 2,000 tahun di Hannaton.

Sungguhpun begitu, penemuan ini memberikan gambaran bahawa Yahudi 2,000 tahun lalu mengamalkan mikveh (Sci News, 2020).

Sehingga hari ini Kitab Talmud mengajar cara untuk mengerjakan mikveh, untuk memelihara diri dalam kesucian.

RUJUKAN:

Jarus, O. (2021, Januari 7). Ritual bath unearthed at site where Judas betrayed Jesus. Live Science.

Sci News. (2020, Oktober 1). Israeli archaeologists unearth 2,000-year-old ritual bath.

Zwiep, A.W. (2004). Judas and the choice of Matthias: a study on context and concern of Acts 1:15-26. Mohr Siebeck Verlag. Halaman 16.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.