Nabi Adam (as) dan Hawa merupakan pasangan yang paling popular di seantero dunia. Namun di sebalik segala populariti, siapa pun tidak mengenali mereka. Banyak soalan dimainkan tentang kedua-duanya. Siapakah mereka (melainkan apa yang diketahui)? Bahasa apa yang mereka tutur (atau lebih mendalam lagi loghat apa mereka gunakan)? Yang paling utama sekali, zaman bila mereka diturunkan?

Apa yang diketahui hanyalah apa yang diberitahu. Hanya mereka diturunkan untuk membangunkan spesis paling agung di muka bumi ini. Namun tiada langsung unsur saintifik boleh digunakan untuk mempelajari tentang mereka. Rangka mereka pun masih belum ditemui, hanya berdasarkan kepercayaan Yahudi bahawa mereka dimakamkan di Gua Machpelah iaitu Masjid Ibrahim, Hebron. Jadi mereka dipercayai wujud… tetapi tidak disahkan apa, siapa, bila, mana dan bagaimana.

Walaubagaimanapun rahsia ini mungkin boleh dijejakkan secara kecil. Pembangunan bidang sains terutamanya teknologi genetik telah memungkinkan suatu pendekatan baharu untuk memahami Adam dan Hawa. Apabila seorang bayi dilahirkan, binaan genetiknya diwarisi daripada ibu dan bapa sekaligus membuat manusia baharu. Kitaran ini berterusan bagi setiap orang. Maka Adam dan Hawa sepatutnya mempunyai bukti fizikal – iaitu setiap orang manusia.

Dalam hal genetik, terdapat dua perkara yang harus ditekankan. Apabila benih lelaki dan perempuan bercampuran, bermulalah episod kelahiran manusia. Namun semasa proses campuran:

  1. Kedua-dua benih ini mempunyai perbezaan dari segi kromosom – XY (lelaki) dan XX (perempuan). Kromosom Y hanya boleh diwarisi daripada bapa yang juga menentukan jantina bayi.
  2. Sementara lelaki mempunyai kelebihan Kromosom Y, perempuan pula dikurniakan DNA Mitokondria (mtDNA) yang hanya boleh diwarisi daripada ibu melalui sel ovum.

Tiada manusia yang dilahirkan tanpa Y dan mtDNA. Generasi Z lahir dengan kromosom-kromosom daripada Generasi X yang mewarisi habuan Baby Boomers atau Generasi Sunyi. Berterusanlah kitaran ini sejauh-jauh masa. Namun saintis telah menemui kebuntuan dalam kitaran ini. Hampir setiap lelaki di muka bumi mempunyai Y daripada seorang lelaki.

Lelaki ini senang kata Ayahanda hidup sekitar 135,000 tahun dahulu yang dikhabarkan berkognsi seluruh planet dengan ibu para perempuan (Ghose, 2013). Dibentangkan dalam jurnal Science pada 1 Ogos 2013, analisis yang menyeluruh berkenaan Y telah berjaya menjejaki Ayahanda ini. Dapatan tersbeut meranapkan tanggapan setelah sekian lama bahawa nenek moyang manusia berasal daripada 60,000 tahun yang lalu semata-mata.

Memandangkan Ayahanda telah ditemui, pendekatan yang sama digunakan untuk mencari Ibunda melalui mtDNA. Umumnya mitokondria ialah organ yang menjana tenaga bagi setiap sel. Sebelum ini mtDNA yang dikaji telah menemui Ibunda yang dikatakan hidup sekitar 200,000 tahun yang lalu (Callaway, 2013). Namun jarak antara Ayahanda dan Ibunda iaitu 65,000 tahun sememangnya tidak realistik bagi para saintis pun.

Dengan teknologi genetik yang semakin maju, kajian yang sama diusahakan semula. Dan induk terawal yang mewariskan mtDNA telah dikenalpasti hidup sekitar 99,000 ke 148,000 tahun yang lalu (Quenqua, 2013). Cuma buat masa sekarang Ayahanda dan Ibunda tidak boleh disahkan sebagai Adam dan Hawa. Dua jenis kromosom yang dikongsi semua tidak bererti Adam dan Hawa. Sekalipun 95% daripada populasi manusia di seluruh dunia datang daripada zuriat Ayahanda dan Ibunda, ia tidak menokhtahkan kesimpulan yang diinginkan.

Perlu ditegaskan bahawa seorang dalam 200 pada hari ini ialah keturunan Genghis Khan, seorang penguasa yang hidup sekitar 900 tahun dahulu (Khan 2010). Jika sembilan abad yang lalu boleh merapatkan saf genetik, bagaimana pula dengan 1,300 abad? Boleh juga jadi bahawa perjalanan keturunan jiran-jiran tetangga Ayahanda dan Ibunda menemui jalan akhir. Mungkin anak mereka jatuh gaung semasa memburu. Mungkin cucu mereka ditimbus tanah angkara gempa. Mungkin cicit mereka lem4s kerana banjir.

RUJUKAN:

Callaway, E. (2013, August 6). Genetic Adam and Even did not live too far apart in time. Retrieved from https://www.nature.com/news/genetic-adam-and-eve-did-not-live-too-far-apart-in-time-1.13478

Ghose, T. (2013, August 1). Genetic ‘Ada’ and ‘Eve’ Uncovered. Retrieved from https://www.livescience.com/38613-genetic-adam-and-eve-uncovered.html

Khan, R. (2010, August 5). 1 in 200 men direct descendants of Genghis Khan. Retrieved from https://www.discovermagazine.com/the-sciences/1-in-200-men-direct-descendants-of-genghis-khan

Quenqua, D. (2013, August 12).. New Studies Suggest an ‘Adam’ and ‘Eve’ Link. Retrieved from https://www.nytimes.com/2013/08/13/science/new-studies-suggest-an-adam-and-eve-link.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.