Usah terkejut sekiranya kadar kem4tian yang tinggi Covid-19 di kebanyakan negara disumbang oleh pencemaran udara. Dapatan ini dibuat oleh Dr Yaron Ogen, seorang saintis geo dari Martin Luther University of Halle-Wittenberg selepas meneliti data satelit yang menjejak kehadiran nitrogen dioksida dalam udara. Nitrogen dioksida merupakan bahan pencemar udara yang boleh mengakibatkan masalah kesihatan pernafasan.

Dr Ogen kemudiannya membandingkan tempat-tempat yang mempunyai tahap nitrogen dioksida yang tinggi yang direkodkan oleh satelit Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) pada Januari dan Februari dengan tempat-tempat yang merekodkan bilangan kem4tian Covid-19.

Dr Ogen berkata, “Memandangkan Covid-19 memberi kesan kepada aliran pernafasan, jadi munasabah untuk membuat tekaan wujud hubungan antara pencemaran udara dengan bilangan kem4tian akibat Covid-19.”

Selain memeriksa tahap nitrogen dioksida di kawasan berkenaan, beliau turut melihat kadar aliran udara menegak yang wujud di kawasan-kawasan berkenaan. Tempat-tempat di mana udara bergerak di sekitar cenderung mempunyai masalah pencemaran udara berikutan bahan pencemar sentiasa dekat dengan bumi dan diserap melalui pernafasan oleh penduduk tempatan.

Justeru, Dr Ogen menyimpulkan kawasan-kawasan yang mengalami kadar kem4tian akibat Covid-19 yang tinggi disebabkan oleh tahap nitrogen oksida yang tinggi dan pergerakan udara menegak yang sedikit. Tambahnya lagi, kawasan seperti utara Itali, wilayah Hubei, China dan kawasan sekitar Madrid mempunyai satu persamaan iaitu dikelilingi kawasan pergunungan.

Kawasan sebegini dilihat mempunyai kadar kem4tian Covid-19 yang tinggi berikutan keadaan udara yang stabil dan tahap pencemaran di kawasan-kawasan itu tinggi. Namun, kertas penyelidikan Dr Ogen bukan satu-satunya kertas penyelidikan yang menyentuh kaitan antara pencemaran udara dengan Covid-19.

Penyelidik-penyelidik Universiti Harvard mendapati peningkatan bahan pencemar yang halus walaupun sedikit selama bertahun-tahun sebelum pandemik Covid-19 bermula boleh mengakibatkan peningkatan kadar kem4tian sebanyak 15%.

Salah seorang penyelidik, Dr Xiao Wu berkata, “Covid-19 berkemungkinan akan menjadi sebahagian daripada kehidupan kita untuk masa yang panjang di sebalik harapan untuk mendapatkan vaksin dan kaedah rawatan yang berkesan.

Disebabkan ini, kita harus memikirkan kaedah-kaedah tambahan untuk melindungi diri kita daripada pendedahan pencemaran bagi mengurangkan kadar kem4tian Covid-19.”

Walaupun sesetengah pihak menyifatkan kesimpulan yang dibuat terlalu awal, sesetengah penyelidik menggunakan bukti yang terkumpul untuk memberi amaran kepada negara-negara yang mempunyai kadar pencemaran udara yang tinggi untuk mengambil langkah-langkah pencegahan tambahan.

Ironinya, perintah berkurung atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh dunia berjaya menurunkan kadar pencemaran udara termasuk bahan pencemar halus dan nitrogen dioksida. Bagi Profesor Alasdair Lewis dari Universiti York, sebarang penambahbaikan kualiti udara dilihat memberi manfaat kesihatan yang sebenar kepada manusia termasuk meningkatkan peluang melawan Covid-19.

RUJUKAN:

Wyatt, Tim. (2020). Coronavirus: Areas with worse air pollution have ‘significantly higher’ death rates, study shows. The Independent. https://www.independent.co.uk/news/science/coronavirus-death-rate-air-pollution-study-cases-a9474786.html

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.