Sebenarnya teman malas nak layan orang yang triggered pasal post Afrin tu. Biasalah, mana ada post teman yang orang tak triggered. Kalau semua nak layan, tak cukup 24 jam sehari.

Siakap Geli pun pergi naikkan hantaran teman. Tapi dah padam sebab tahu pun penangan Erdoganist ni. Tapi tak apa, teman ni oportunis, kalau boleh menambah perisa, teman tambah. Ini peluang untuk berkongsi lagi secara detail. Kita nak berkongsi je, bukan macam orang yang bergantung pada rezeki dari dakyah di alam maya.

Sebenarnya tulis panjang-panjang cuma nak menerangkan kepada khalayak tentang sebab utama Erdogan menyerang Afrin, dan apa kaitannya dengan Perang Syria. Main point dia ialah “kumpulan PKK/YPG merupakan ancaman kepada Erdogan”. That’s it. Full stop.

Yang kome tu tak habis-habis bergaduh pasal PKK/YPG ni Sunni ke Syiah ke Komunis ke Sekular tu dah kenapa? Adakah itu akan mengubah premis “PKK/YPG ancaman kepada Erdogan”? Tak kan?

Dan satu lagi point, yang teman sentiasa ulang dalam semua hantaran ialah bahawa tindakan pemimpin negara, tak kira Erdogan ke, Putin ke, Rouhani ke, Trump ke, Theresa May ke, adalah sentiasa dipengaruhi oleh pertimbangan realpolitik.

Apa maksud realpolitik? Ia bermaksud percaturan politik yang dibuat berdasarkan faktor kuasa. Perubahan dalam imbangan kuasa (“balance of power”) akan menyebabkan pemimpin negara mengambil tindakan di luar kebiasaan.

Yang diceritakan ialah sains politik antarabangsa, tentang sebab-musabab (“causality”) kejadian. Orang IR buat analisis ada kerangka dia. Kita bukan buat ulasan berdasarkan berita dan ambil mana yang bunyinya lebih sedap, yang lebih menepati cita rasa kita.

Macam Hawkings cerita pasal “multiverse” dan “Black Hole”, dia bukan main bantai je, kesimpulan dibuat berdasarkan formula tertentu. Begitu juga dengan ulama yang keluarkan fatwa berpandukan manhaj tertentu. Tapi dalam mencakna politik antarabangsa, kebanyakan ulama tak dapat menerangkan sebab-musabab kejadian di Syria, maka kita memerlukan panduan kerangka/model sains hubungan antarabangsa.

Teman malas nak cerita panjang-panjang, kome baca je lah model yang teman pakai ni. Ini kerangka “neo-classical realism” yang khas digunakan untuk memahami tindak tanduk negara. Jadi teman guna model ni untuk melihat apakah faktor-faktor yang mendorong Erdogan menyerang Afrin.

Faktor ideologi dan sentimen sektarian bukannya tak penting, penting lah juga. Cuma kalau dibandingkan dengan faktor sistemik, ia hanya faktor sekunder saja. Nak kata Erdogan menyerang Afrin sebab nak menegakkan syiar Ahlussunnah? Habis selama Erdogan berkuasa sejak 2003, kenapa nak tunggu sampai 2016-2018 baru serang? Apakah “triggering point” berdasarkan logik sektarian? Siapa boleh terangkan?

Soal FSA tu takfiri atau tidak, itu tanggapan teman terhadap deme. Ia sedikit pun tidak mempengaruhi pengoperasian model tersebut. Deme takfiri ke Sunni ke Syiah ke, peranan deme masih sama iaitu sekutu kepada Erdogan. Betul atau tidak? Kalau tak puas hati buat je lah post pasal “FSA Bukan Takfiri, FSA Singa Islam”. Tapi hok tu pun tak ada kena dengan hujah teras (“core argument”) post teman.

Jadi analisis teman adalah untuk memberi pencerahan kepada persoalan “kenapa Erdogan melancarkan Operation Olive Branch pada sekian masa”. Yang kome cerita ke laut tu dah kenapa.

Jangan kata pula model ni buatan orang Barat tak boleh pakai untuk mencakna isu Timur Tengah. Model analisis ialah alat yang membantu kita melihat, umpama cermin mata dan teleskop. Takkan cermin mata pun ada beza akidah kot?

Ya, keterbatasan (“limitation”) model ini ialah ia bersifat positivis. Tapi jangan pula ada mana-mana intelektual agung nak ambil kesempatan kata teman bias lah positivist lah bagai. Memanglah ada kerangka analisis yang bukan bersifat positivis, tapi hok ni pun orang pening sampai maki hamun, hok yang jauh lebih rumit tu mahu deme terjun terus.

Peace no war. Ingat, dalam Surah al-Hujurat Allah sebut kalau ada dua golongan beriman bertelingkah maka damaikan, bukan keruhkan. Kekalkan adab dalam perbincangan, insya Allah kita jadi pandai bersama-sama.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.