Penanaman Semula Pokok Tidak Dapat Mengurangkan Pemanasan Global

451

Pelbagai pihak daripada kerajaan sehinggalah syarikat minyak menjadikan penanaman pokok sebagai kaedah untuk membanteras pemanasan global. Tetapi kaedah ini kurang berkesan daripada apa yang kita sangka.

Dalam dunia  yang sedang panas dan kadar karbon dioksida yang meningkat, saintis berhipotesis bahawa pokok akan tumbuh lebih laju. Pokok yang tumbuh laju akan hidup singkat. Tuntas, mengurangkan tempoh untuk pokok itu memerangkap karbon.

Ulf Buntgen dari University of Cambridge mendapati pokok yang paling lama hidup adalah pokok yang tumbesarannya perlahan. Pasukan Buntgen mengkaji 1800 pokok – kesemuanya merupakan jenis pokok yang mampu hidup sehingga 800 tahun. Dalam dunia panas yang penuh dengan karbon dioksida, pokok ini hanya mampu hidup sehingga 150 tahun selepas tumbuh dengan laju.

Kita patut menanam pokok tetapi kita patut sedar pokok-pokok ini tidak dapat hidup lama untuk memerangkap karbon. Kita patut mempersoalkan adakah menanam pokok poplar dan willow sesuai untuk projek penanaman semula pokok? Kesan ini mungkin dapat diimbangi dengan menjadikan pemanasan global untuk membuatkan pokok tumbuh lebih perlahan.

RUJUKAN:

  1. Büntgen, U., Krusic, P. J., Piermattei, A., Coomes, D. A., Esper, J., Myglan, V. S., … & Körner, C. (2019). Limited capacity of tree growth to mitigate the global greenhouse effect under predicted warming. Nature communications10(1), 2171.
  2. https://www.newscientist.com/article/2202993-climate-change-may-make-trees-live-fast-and-die-young/. New Scientist Issue 3231 agress to indemnify New Scientist LtD and New Scientiest against any claim arising from incorrect or misleading translation

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.