APALAH sahaja kepandaian orang Melayu jika hanya bertingkah dengan menggunakan keris dan lembing. Dek kerana itulah kerajaan-kerajaan Melayu banyak yang jatuh ke tangan orang-orang barat suatu ketika dahulu kerana begitu mudah untuk dikalahkan.  Itulah antara penyataan yang sering didodoikan kepada rakyat oleh mereka yang dangkal sejarah sebenar kekuatan kerajaan-kerajaan Melayu dahulukala.

Berbicara dari aspek senjata dunia Melayu sebenarnya telah melangkaui batas waktu kerana kekuatan kerajaan-kerajaan Melayu yang telah hilang mahupun masih ada di bumi nusantara telah banyak disembunyikan oleh sejarah.  Sejarah itu ditulis oleh orang yang menang membuktikan sememangnya ada penulis-penulis yang sengaja memperkotak-katikkan keupayaan orang Melayu dahulukala di dalam perang bagi menyembunyikan fakta dan membesar-besarkan auta agar mengkagumi bangsa mereka. 

Mungkin ramai yang diluar sana tidak mengetahui bahawa untuk satu kerajaan bergelar Kerajaan Kesultanan Brunei yang lokasinya di pulau ketiga terbesar di dunia iaitu Pulau Borneo mempunyai jenis-jenis senjata perang yang diiktiraf dunia.  Malah di dalam sumber sejarah dunia barat turut menyatakan dengan mengkhusus betapa hebatnya negara ini mampu mengeluarkan jenis-jenis senjata seperti rentaka (meriam) dan pemuras (pistol) biarpun hanya satu kerajaan melayu sahaja bukannya barat yang terkenal dengan kecanggihan senjata mereka.

Pemuras nama diberi adalah merujuk kepada satu senjata alam Melayu berbentuk pistol yang mempunyai laras berkaliber pendek dan besar serta kembang di muncung.  Ianya digunakan dengan memasukkan peluru yang diperbuat dari timah hitam.  Penggunaan timah hitam bukanlah sesuatu yang pelik di alam Melayu kerana secara sejarahnya bahan-baham mentah seperti timah itu merupakan antara hasil galian yang banyak didapati di bumi Melayu suatu ketika dahulu biarpun perlombongannya adalah secara tradisional. 

Jika diikutkan dengan panjangnya yang mencecah 60 sentimeter atau sekitar dua kaki maka pemuras adalah senjata mudahalih yang paling senang untuk dibawa sewaktu berlakunya peperangan.  Malah turut dinyatakan pemuras juga amat senang untuk diletakkan di bahagian sisi bahtera perang kerana boleh dilaraskan ke atas dan ke bawah mengikut kesesuaian bidikan.  Namun sesuatu yang harus diambilkira, kekuatan bidikan pemuras adalah untuk perang jarak dekat sahaja dan bukannya seperti impak yang diberikan oleh satu meriam yang mana jarak lantunannya jauh lebih panjang. 

Dan berdasarkan keupayaan itu maka adalah tidak mustahil bagaimana suatu waktu dahulu tentera-tentera kerajaan Brunei dikatakan antara yang paling hebat menggunakan pemuras sewaktu bertempur.  Jika di dalam Perang Naning iaitu satu peperangan yang antara penduduk Naning dibawah kepimpinan Dol Said yang membantai tentera British pada tahun 1831, sejarahnya turut mencatitkan bahawa bala tentera Dol Said pada masa itu turut menggunakan pemuras sebagai senjata utama sehingga memaksa British sendiri terpaksa berundur beberapa kali sehinggalah satu ketika mereka beroleh kemenangan akhirnya. 

Itu yang berlaku pada era kurun ke-19 masihi, sebaliknya jika kita menyelusuri sejarah Kerajaan Brunei itu sendiri turut mencatatkan bahawa perang Kastila iaitu perang antara Sepanyol dan Kerajaan Brunei yang berlaku pada tahun 1578, pemuras  adalah senjata kekuatan bala tentera Brunei yang terdiri daripada pelbagai kaum di dalamnya.  Bayangkan tidaklah semudah itu Brunei sebagai satu kerajaan yang tersohor di Borneo begitu mudah untuk tunduk ke atas orang Barat iaitu Sepanyol. 

Dari hanya lontaran peluru meriam dari arah muara Brunei kemudian pihak tentera Sepanyol mampu mendarat di tanah Brunei, bala tentera Brunei menunggu kedatangan tentera Sepanyol dengan bidikan peluru timah hitam dari laras pemuras iaitu perang jarak dekat.  Mungkin kerana tidak menyangka kekuatan bala tentera Brunei pada waktu itu makanya Sepanyol yang gah dengan kekuatan senjata moden mereka boleh mundur dari medan perang.  Demi menyelamatkan maruah mereka, makanya penulis sejarah sebelah Sepanyol memberikan alasan bahawa tentera mereka berundur dek kerana serangan kolera sedangkan hakikatnya kita tahu kenapa dan mengapa. 

Pemuras adalah senjata yang begitu membanggakan hasil daripada produk alam Melayu dan pembuat tersohornya adalah Negara Brunei Darussalam sejak dari dahulu lagi.  Jika Kerajaan Soviet Union meletakkan lambang AK 47 (Avtomat Kalashnikova) di duit syiling negara mereka, negara Mozambique pula gah dengan bendera negara dan bayangkan sebuah kerajaan Melayu di Borneo mengangkat pemuras dan karga (beg mengisi peluru timah hitam) sebagai regalia Kerajaan Kesultanan Brunei.  Antara peralatan yang wajib ada ketika istiadat pertabalan dan apa jua yang berkaitan dengan keluarga diraja Brunei sehingga sekarang. 

-HB- 

#kameksayangSarawakBah

Rujukan:
1. Pemuras
https://muhdhazrie.wordpress.com/2010/01/27/pemuras/

2. Perang Kastila 1578 – Brunei Vs Sepanyol (Borneo Oracle)

3. Alat Kebesaran Diraja Brunei

http://www.adat-istiadat.gov.bn/SitePages/Alat-Alat%20Kebesaran%20Diraja.aspx


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memartabatkan sejarah Sarawak dan Borneo agar mampu diketahui sebaik mungkin oleh masyarakat Malaysia merupakan visi dan misi yang utama di dalam penulisannya. Seorang jurutera automatif yang terjun ke dunia penulisan bagi memvariasikan kebolehan dirinya.

Comments are closed.