Terdapat dua tokoh yang terkenal dalam sejarah politik Malaysia dan sumbangan mereka ini masih terus dilaksanakan dalam negara ini.

Apa yang ingin saya sampaikan adalah sanad perguruan politik Malaysia semenjak zaman pasca-kemerdekaan. Secara teori politiknya, terdapat beberapa spektrum seperti sosialis, liberal, konservatif dan sebagainya.

Namun, saya ingin pecahkan pandangan saya ini kepada sesuatu yang lebih praktikal dan realistik. Seterusnya, saya merangka sanad perguruan politik.

Dua tokoh politik Malaysia yang terkenal iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail telah banyak berbakti kepada negara Malaysia. Walaupun kedua-kedua tokoh ini telah meninggal dunia, namun mereka ini telah banyak melahirkan pelbagai pemimpin yang berkaliber demi kesinambungan idea dan polisi yang mereka rangka.

Seterusnya, lahirlah satu legasi atau sanad perguruan politik yang saya panggil Razak-Ismail Politics School of Thought.

Saya bahagikan kepada tiga pecahan iaitu ‘Razak Boys’, ‘Razak Children’ dan ‘Razak Grandchildren’. Terma ini digunapakai kerana mendengar ucapan Tan Sri Shahrir dalam sebuah majlis sewaktu beliau menjadi Pengerusi FELDA.

Pertama sekali saya ingin menceritakan mengenai bahagian ‘Razak boys’. Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail telah mengajar 4 pemimpin terkenal iaitu Tun Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh. Mereka ini digelarkan sebagai ‘Razak boys’ kerana berpeluang belajar secara terus dengan kedua-dua pemimpin ini.

Daripada empat pemimpin, maka lahirlah pemimpin-pemimpin seterusnya yang dikenali ‘Razak Children’. Dari situ, Tun Mahathir Mohamad telah melahirkan beberapa pemimpin. Paling utama ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sewaktu beliau masih bersama dengan UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi mendapat peluang untuk belajar dengan beliau.

Pada krisis politik 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun dipecat oleh Tun Mahathir kerana kesalahan moralnya. Dari situ, lahirlah satu pemikiran politik atau gerakan yang baru iaitu gerakan ‘reformasi’. Daripada gerakan ini, maka terlahirlah beberapa muka baru iaitu Rafizi Ramli dan Izzah Anwar. Namun, mereka ini tidak termasuk dalam pemikiran ‘Razak-Ismail’ kerana alasan yang mudah iaitu mereka bukan ahli UMNO.

Apapun, sewaktu pemerintahan Tun Mahathir. Pemimpin-pemimpin politik terkenal seperti Datuk Seri Najib Razak (DSN) dan Datuk Seri Hishammuddin (H20). Ketika ini, DSN dan H20 bergerak dalam Pemuda UMNO Malaysia. Sebelum UMNO diharamkan, DSN telahpun mengundi Tun Mahathir sebagai Presiden UMNO Malaysia berbanding pencabarnya iaitu Tengku Razaleigh.

Walaubagaimanapun, DSN dan H20 merupakan darah daging kepada Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Oleh kerana itu, pemikiran baru telah tercipta yang saya panggil sebagai ‘Neo-Razak’ atau ‘Razak-Baru’. DSN, H20 dan Datuk Seri Zahid merupakan pelopor kepada pemikiran ‘Neo-Razak’ ini. Antara faktor penting mereka digelar ‘Neo-Razak’ adalah mereka ini bersama dengan UMNO sehingga hari ini.

Antara pecahan sanad ‘Razak-Ismail’ yang masih kekal adalah pecahan Tun Musa Hitam. Tun Musa Hitam telah melantik Tan Sri Shahrir Samad sebagai setiausaha politik beliau. Seterusnya, Tan Sri Shahrir (TSS) melantik Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin (DKN) sebagai setiausaha politik.

Sanad perguruan politik ‘Razak-Ismail’ sangat kuat di Johor terutamanya untuk di bahagian Parlimen Johor Bahru dan Pasir Gudang. Ini kerana, Tun Dr. Ismail merupakan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru. Tun Musa Hitam pula merupakan bekas Ahli Parlimen Segamat.

Yang menariknya adalah ‘mentor-mentee’ antara TSS dan DKN. Kedua-duanya merupakan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru. Sewaktu TSS diharamkan untuk bertanding, beliau telah mengangkat DKN untuk bertanding kawasan Parlimen Johor Bahru dari tahun 1990 sehingga 1999.

Pada tahun 1999, DKN dengan berbesar hati untuk memberi laluan kepada TSS bertanding sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru apabila Parlimen Johor Bahru dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu Johor Bahru dan Pasir Gudang. DKN melepaskan kerusi Parlimen Johor Bahru kepada tok gurunya dan bertanding untuk kerusi Parlimen Pasir Gudang. Selepas itu, TSS berjaya memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru semula sehingga PRU-14.

Hubungan rapat antara TSS dan DKN merupakan sanad ‘Razak Ismail’ yang sangat kuat. Ciri-ciri pentingnya ialah mereka ini merupakan rakyat Johor. Untuk rekod, Tun Dr. Ismail, Tan Sri Shahrir Samad dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merupakan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru.

Seterusnya, untuk sanad yang diturunkan kepada Tun Abdullah Badawi yang merupakan Perdana Menteri yang ke-5. Beliau telah melahirkan pemimpin muda iaitu Khairy Jamaluddin (KJ). Yang menguatkan hubungan ‘mertua-menantu’ menguatkan hubungan antara Tun Abdullah Badawi dan Khairy Jamaluddin.

Pada kekalahan PRU-14 dan pasca-pemilihan Presiden UMNO Malaysia 2018 yang mempertemukan Tengku Razaleigh, Datuk Seri Zahid Hamidi dan KJ Sendiri, beliau telah mengerakkan satu pemikiran yang dikenali sebagai ‘centrism’. Anak didiknya iaitu Shahril Hamdan mewarisi gerakan haluan tengah ini sehingga tertubuhnya satu badan pemikir yang dikenali sebagai ‘centrist’. Akhir sekali adalah sanad Tengku Razaleigh. Antara pemimpin terkenal yang dilahirkan oleh Tengku Razaleigh adalah Datuk Shabbery Cheek.

Kesimpulannya, ‘Razak-Ismail’ Politics School of Thought’ merupakan salah satu sekolah politik yang sangat kuat sehingga sekarang. Antara laluan sanad perguruan politik yang kuat adalah antara Tun Musa Hitam, Tan Sri Shahrir, dan Datuk Khaled Nordin.

Walau bagaimanapun, kita perlu sedar pemikiran politik yang ada di Malaysia, tidak kiralah ‘centrism’, ‘reformism’ berasal daripada Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail. Ahli-ahli UMNO tidak perlu berbalah kerana kita semuanya adalah ‘Razak generation’

*INI MERUPAKAN PANDANGAN, PEMERHATIAN DAN KAJIAN SAYA TERHADAP LANDSKAP POLITIK DAN BEBERAPA PEMIMPIN POLITIK DI MALAYSIA.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang yang berlatarbelakangkan kejuruteraan awam. Cenderung kepada bidang ekonomi politik, kewangan, sains dan teknologi. 'Metallica or Megadeth, Megadeth is better'

Comments are closed.