Psikologi. Menyelami dunia sains psikologi bukanlah sesuatu yang mudah. Malah, bukan senang untuk memahami pemikiran seseorang yang sentiasa berubah-ubah, tingkah laku yang langsung tak dapat diduga, kata-kata seseorang yang tidak pernah terlintas di akal fikiran kita.

Namun, dunia psikologi bukanlah satu bidang yang menakutkan. Jauh dari persepsi dan skeptik masyarakat, ia adalah suatu realiti alternatif yang amat menarik untuk kita kaji dan fahami.

Akan tetapi, tak semua jenis keadaan mental dapat kita fahami tanpa kita melihat sendiri bagaimana seseorang itu bertindak. Oleh kerana itu, The Patriots telah mengadakan satu projek kefahaman dunia sains psikologi melalui karakter-karakter siri BATMAN / THE DARK KNIGHT yang kita telahpun kenal, THE ARKHAM’S PROJECT.

Arkham’s Subject 1 : Joker – Campuran Sociopath dan Psychopath.

Sehingga kini, nama penuh dan asal usul Joker masih lagi menjadi misteri. Dan saya ingin kekalkan begitu, untuk memastikan elemen enigmanya terpelihara. Seperti didalam komik dan filem, Joker mempunyai sifat-sifat atau karakter yang sangat menonjol, yang mana membuatkannya antara penjahat terhebat dalam kalangan penjahat di Arkham.

Selain menjadi pakar perancang dalam soal jenayah, Joker yang terkenal dengan pemikiran tidak siuman juga mempunyai sifat humor berbentuk sadistik, tidak mampu menilai baik dan buruk, tidak mempunyai empati atau kesedaran moral, gemarkan huruhara yang tak terancang, dan bersifat spontan tanpa memerlukan perancangan yang rapi.

Joker juga mempunyai kebolehan untuk mentafsir stimuli luar hanya dengan mengadaptasikan dirinya dalam keadaan-keadaan tertentu. Inilah antara sebab utama Joker mampu berubah daripada seorang badut yang cuai kepada pembunuh psikopat. Namun, apa itu sosiopat dan psikopat? Apa bezanya psikopat dan sosiopat?

Menurut buku Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5) edisi ke-5 keluaran Persatuan Psikiatrik Amerika, sosiopat (sociopath) adalah antara salah satu masalah mental yang agak sukar dikenalpasti dan tergolong dalam kumpulan Masalah Personaliti Antisosial (ASPD), sama seperti psikopat (psychopath).

Persamaan dalam kedua-dua keadaan ini dikategorikan dengan tingkahlaku anti-sosial, mempunyai kurang atau tiada langsung empati, tidak merasakan kesakitan dan kesengsaraan yang dikenakan keatas masyarakat sekeliling. Perbuatan melakukan jenayah dan pembunuhan adalah suatu keseronokan bagi orang seperti Joker, yang mana merupakan salah satu ciri karakternya. Kalau tidak, manakan layak beliau digelar sebagai Joker, musuh ketat Batman.

Namun begitu, Joker tidak boleh dikategorikan sebagai psikopat atau sosiopat mutlak. Ini adalah kerana beliau mempunyai kedua-dua trait yang membezakan psikopat dan sosiopat. Seperti Joker, seorang psikopat mempunyai gangguan persepsi dan pemikiran dari dalam.

Mereka tidak mempedulikan sebarang undang-undang yang dikenakan pada masyarakat, tidak kisah dengan hak peribadi seseorang, tiada perasaan bersalah dan mempunyai kecenderungan untuk bertindak kasar.

Joker, walaupun beliau seringkali dalam keadaan cuai dan spontan, sebenarnya adalah seorang yang sangat metodikal, bertindak secara sistematik. Beliau sentiasa melakukan jenayah dalam keadaan huru-hara, tetapi mengikut perancangan dan mempunyai pelan kontigensi, satu pelan sokongan.

Joker sebenarnya sentiasa memikirkan apa tindakan yang selanjutnya, sama seperti trait seorang psikopat, walaupun apa yang dizahirkannya hanyalah seorang badut cuai. Selain itu, beliau juga adalah seorang yang bersifat manipulatif, yang mana memahami bagaimana otak seseorang manusia biasa berfungsi dan mampu mengubah pemikiran seseorang secara psikologi dan emosi.

Dalam siri komik, Joker mampu memanipulasi Dr. Harleen Quinzel untuk mengasihaninya dan menjadi pembantunya. Malah Joker mampu mengubah emosi Harvey Dent dengan melukakan perasaannya sehingga Harvey Dent menjadi watak jahat Two Face, seorang yang sangat merbahaya. Ini juga adalah trait seorang psikopat.

Namun begitu, beliau juga menunjukkan ciri sosiopat contohnya mudah menjadi agresif, panas baran, mudah menjadi marah secara tidak duga dan mampu meletus pada bila-bila masa sahaja apabila diganggu walau sedikitpun. Ini akan membuatkan orang disekelilingnya menjadi mangsa kemarahannya. Tambahan pula, seperti seorang sosiopat, beliau tidak pernah berlakon untuk menjadi orang lain, dan cuba untuk menyembunyikan personalitinya yang sebenar. Kecuali untuk memperdayakan seseorang. Sifat berpura-pura dan menyembunyikan personaliti sebenar adalah satu trait psikopat, dan bukan sosiopat, walaupun Joker mempunyai kedua-dua trait ini.

Antara perbezaan besar bagi sosiopat dan psikopat adalah bagaimana ia terjadi. Sifat psikopat berlaku pada seseorang individu sejak lahir lagi (genetic), manakala sosiopat terjadi kepada seseorang bergantung pada persekitaran kehidupan awal seseorang tersebut (environment). Menurut komik, Joker mempunyai masalah mental apabila menghadapi kematian isteri dan anaknya, walaupun kisah sebenar ini masih lagi menjadi misteri.

Joker lebih elok diletakkan dalam golongan sosiopat walaupun masih mempunyai ciri-ciri psikopat. Malang sekali, seperti Joker yang menolak bantuan Batman, seorang psikopat / sosiopat tidak mudah menerima dan tidak terkesan dengan rawatan psikologi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

"Mengapa sistem huruf moden perlu disusun bermula dari A hingga Z walhal tiada satu pun syarat yang mewajibkan sedemikian?" Seorang jururawat lelaki yang gemar melihat hidup dari sisi dan perspektif tidak lazim dan janggal. Kadangkala sehingga mencabar kefahaman terhadap diri sendiri.

4 Comments

  1. dan kaitan dengan sudut Islam yang manusia itu lahir suci murni. Kalau psikopat itu genetik, bukankah ini bermakna yang manusia itu sebaliknya? Born as a killer etc. Mohon pencerahan. TQ

  2. Joker tiada nama kerana menurut DC rebirth, selepas Bruce Wayne berjaya mendapatkan Mobius Chair, Joker sebenarnya merupakan 3 individu berbeza menigkut zaman. Mungkin Patriot boleh ulas tantang dari sudut 3 karakter Joker.

Reply To Sarah Cancel Reply