Pemergian Kofi Annan

0
546
views

Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Secretary General – UNSG), Kofi Annan baru saja menghembuskan nafas terakhir pada umur 80 tahun.

Beliau merupakan UNSG yang ke-7 dari tahun 1997-2006 dan UNSG berkulit hitam pertama. Beliau berasal dari Ghana. Orang suka joke pasal nama beliau yang bunyinya dekat dengan “coffee”, tapi sebenarnya Kofi Annan lahir pada hari Jumaat, “kofi” bermaksud Jumaat dalam bahasa orang Ghana. Sama seperti nama “kwame”┬ádalam nama Jomo Kwame Sundaram yang bermaksud Sabtu dalam bahasa orang Ghana. Hah siapa tahu kenapa ada unsur Ghana dalam nama Prof Jomo?

Beliau juga UNSG terakhir yang nampak “berfungsi” sikit. Di zaman Annan menjawat sebagai UNSG, banyak inisiatif bercita-cita besar seperti Millennium Development Goals dan pembaharuan Majlis Keselamatan PBB (UN Security Council) diperkenalkan untuk memperkasakan PBB sebagai institusi yang mampu menjaga keamanan dunia dan mengawal tindak tanduk negara. UNSG selepas Annan iaitu Ban Ki-moon (2007-2016) dan Antonio Guterres (2017-kini) lagilah tak nampak apa peranan.

Waqaf Saham

Annan pernah menentang Perang Iraq 2003, tapi sayangnya PBB terlalu lemah untuk mengawal US. Beberapa bulan selepas Annan mengecam US, terus “didedahkan” bahawa anak beliau terlibat dalam skandal korupsi “UN Oil-for-Food Programme”. Nampaknya kuasa-kuasa besar ada je cara untuk blackmail orang seperti Annan untuk memastikan agenda mereka berjaya.

Again, politik antarabangsa ialah medan realpolitik. Idea PBB pula satu idea yang bersifat idealpolitik atau idealis. Tak kira betapa tingginya cita-cita Kofi Annan, beliau dan pewaris jawatan UNSG tidak akan mampu untuk mengubah dunia melalui diplomasi dan undang-undang antarabangsa semata-mata. Politik dunia adalah pasal power, dan UNSG adalah “powerless”.

Dalam gambar: Annan mengangkat sumpah sebagai UNSG di hadapan Tan Sri Razali Ismail, bekas duta Malaysia ke PBB yang merupakan Pengerusi Perhimpunan Agung PBB (UN General Assembly) dari 1996-1997. Segak Baju Melayu Tan Sri. Yang lagi menarik, Ghana dan Tanah Melayu merdeka pada tahun yang sama iaitu 1957.