Pembunuhan Robert Beckowitz

294

Pada musim panas 14 Julai 1982, Bandar Detroit, Amerika Syarikat telah digemparkan dengan satu kes pembunuhan yang sangat mengerikan.

Mangsa pembunuhan tersebut adalah seorang lelaki yang dikenali sebagai Robert Beckowitz, berumur 33 tahun. Ketika kejadian, beliau pada masa itu sedang berehat dan menonton sebuah rancangan televisyen “Bennie Hill” bersama-sama teman wanita beliau bernama Jeannine Clark, berumur 21 tahun.

Tanpa disedari oleh mereka ‘berdua’, rakan lelaki Robert sendiri, yang dikenali sebagai Edward Glover, berumur 37 tahun, secara senyap-senyap berjalan menuju ke arah Robert dari belakang. Edward kemudian bertindak menembak bahagian belakang kepala Robert dari jarak dekat menggunakan sepucuk pistol.

Selepas melakukan pembunuhan tersebut, Edward bersama-sama Jeannine menghabiskan masa 3 hari berikutnya dengan ‘berparti liar’ dan memutilasi serta mengerat mayat Robert ke beberapa bahagian menggunakan sebilah gergaji. Pada masa yang sama, mereka berdua juga turut mengambil kuantiti tinggi pelbagai jenis dadah.

Di dalam keadaan khayal itu, kedua-dua Edward dan Jeannine turut mengambil beberapa keping gambar mereka mengerat mayat Robert. Perkara ini dilakukan mereka berdua dalam keadaan berbogel.

Mereka juga turut memposisikan mayat Robert dalam ‘keadaan seksual’ dan bersama-sama melakukan nekrofilia ke atas mayat lelaki malang itu. Bagi yang tidak mengetahui apa itu nekrofilia, ia adalah perlakuan seksual ke atas mayat.

Selepas 3 hari, barulah ‘parti liar’ itu berakhir. Mayat Robert diperlakukan dengan sangat kejam sekali. Anggota badannya telah dimutilasi dan dikerat-kerat sebanyak 14 bahagian, dan ini termasuk kepala.

Turut didapati bahawa badan Robert juga telah ditikam berkali-kali menggunakan sebilah pisau. Menurut sumber, sejumlah 48 kesan tikaman ditemui pada mayat tersebut. Namun ada sumber lain mengatakan sejumlah 80-100 kesan tikaman.

Sejurus selepas kejadian kejam itu berakhir, Jeannine telah bertindak menghubungi pihak berkuasa dan memaklumkan kepada mereka tentang apa yang telah terjadi kepada teman lelakinya. Di dalam pengakuan Jeannine, beliau mengatakan bahawa beliau telah dipaksa oleh Edward untuk mengambil dadah dan turut serta di dalam perlakuan mutilasi terhadap mayat Robert.

Walau bagaimanapun, semasa penyiasatan dijalankan di tempat kejadian, pihak berkuasa menemukan gambar-gambar yang Edward dan Jeannine ambil ketika kejadian tersebut berlangsung. Penemuan bahan bukti ini, telah menidakkan dakwaan Jeannine bahawa beliau telah dipaksa oleh Edward.

Pembunuhan Robert Beckowitz

Di dalam gambar ini, Edward sedang memasukkan kemaluan Robert yang telah dikerat di dalam mulut mayat lelaki itu

Tambahan lagi, beberapa saksi bertindak memberikan informasi kepada agensi akhbar tempatan, bahawa mereka ternampak Jeannine keluar masuk dari rumah tersebut beberapa kali dan beliau keseorangan pada waktu itu. Justeru membuktikan bahawa jika Jeannine mahu, beliau boleh sahaja melarikan diri dan melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Selain itu, terdapat saksi mengatakan bahawa beliau ternampak Jeannine di sebuah kedai berhampiran membeli gulungan filem untuk kamera.

Semasa perbicaraan, pada mulanya Edward Glover tidak mengaku bersalah terhadap penglibatan beliau di dalam pembunuhan tersebut. Namun selepas itu beliau bertindak menukar pengakuan selepas menerima tawaran dari pihak pendakwaan untuk mengaku bersalah dengan hukuman penjara 30-50 tahun. Selain itu, beliau juga mengaku salah di atas dakwaan menjadikan Jeannine sebagai ‘tahanan’ ketika kejadian.

Walaupun dengan pengakuan Edward, berdasarkan bukti dari gambar-gambar yang diambil, membuktikan penglibatan Jeannine dalam memutilasi dan mengerat mayat Robert Beckowitz. Jeannine dikenakan hukuman penjara 10 tahun disebabkan jenayah itu.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.