Moving Forward As One

Pembukaan Baitulmaqdis Dibawah Salahuddin Al-Ayyubi

1,296

Kalau Zionis nak belajar adab seorang pahlawan Islam penuh kebaikan, penuh adab, dalam menyantuni para musuh, maka inilah kisah yang harus mereka tanam dalam jiwa. Betapa santunnya umat Islam melayan penghuni Baitulmaqdis.

Kekalahan Tentera Salib di Hattin telah membuka laluan kepada penaklukan demi penaklukan Salahuddin Al-Ayyubi ke atas kota-kota dibawah kuasa tentera Kristian sehinggalah akhirnya, satu-satunya kota yang belum ditakluk ialah Baitulmaqdis itu sendiri.

Ketika itu, Kota Jerusalem telah kekurangan pejuang-pejuang pertahanan kota kerana telah dikalahkan dalam p.epera.ngan di Hattin. Kota tersebut dipertahankan oleh Balian of Ibelin, seorang bangsawan yang setaraf dengan Raja Jerusalem.

Pada 20 September 1187, Salahuddin memulakan ser.ngan ke Kota Jerusalem. 9 hari kemudian, tentera islam berjaya memecahkan tembok utara Jerusalem, tempat di mana ia dirobohkan pada 1099 dahulu, namun Salahuddin tidak terus menyerbu Kota Jerusalem.

Melihatkan Kota Jerusalem yang telah tiada harapan untuk dipertahankan, Balian berjumpa Salahuddin. Pada mulanya beliau mahu Salahuddin tidak membvnuhnya tetapi Salahuddin tidak menjanjikan apa-apa. Lantas, Balian of Ibelin berkata:

“Wahai Sultan, ketahuilah bahawa kota ini mengandungi jumlah penduduk yang sangat ramai. Mereka teragak-agak untuk teruskan p.rang, kerana mereka sayangkan hidup dan takutkan m.ti.

Tetapi, jika kami melihat kem.tian sudah tidak dapat dielakkan. Dengan Nama Tuhan, kami akan memb.nuh perempuan-perempuan dan anak-anak kami dan bakar semua yang kami ada.

Kami tidak akan tinggalkan kepada kamu walau satu dinar, satu dirham, lelaki atau perempuan untuk dijadikan tawanan. Kemudian, kami akan musnahkan Batu Suci, Masjid Al-Aqsa dan banyak lagi tempat, kami akan b.nuh 5 ribu tawanan islam yang kami ada dan akan memb.nuh semua haiwan.

Akhirnya, kami akan keluar dari Jerusalem dan bertarung sehingga ke titisan darah yang terakhir. Tiada seorang pun daripada kami yang akan m.ti melainkan memb.nuh beberapa ribu orang-orang kamu.”

Salahuddin tidak rasa terancam dengan terma-terma Balian tersebut. Baginda kelihatan tidak mudah untuk berlembut. Baginda berbincang dengan penasihat-penasihat di kiri kanan baginda.

Akhirnya, baginda memutuskan bahawa setiap warga Jerusalem perlu membeli kebebasan mereka. 10 dinar bagi lelaki, 5 dinar bagi perempuan dan satu dinar bagi kanak-kanak. Balian pada awalnya bersetuju dengan perjanjian tersebut tetapi memohon pengecualian terhadap golongan miskin.

Sebagai gantinya 30,000 dinar untuk pembebasan 7,000 fakir miskin. Salahuddin bersetuju dengan terma tersebut dan Balian menyuruh tenteranya menyerah dari kota Jerusalem.

Seterusnya, pada Hari Jumaat, 2 Oktober 1187 bersamaan dengan 27 Rejab 583 H, Salahuddin memasuki Kota Jerusalem seperti Saidina Umar Al-Khattab, masuk tanpa senjata dan dengan kerasnya mengarahkan amir-amirnya untuk tidak menyentuh sesiapa sahaja di dalam kota tersebut.

Tarikh yang dipilih oleh Salahuddin sangat simbolik kerana pada tarikh yang sama, diisrakkan Nabi Muhammad s.a.w ke Kota Baitul Maqdis dalam peristiwa Israk Mikraj.

Salahuddin menguatkan pertahanan di Gereja-gereja orang Kristian dan mengumumkan bahawa orang Frank boleh melawat ke Kota tersebut bila-bila masa.

Dalam masa yang sama, baginda membersihkan Kubah As-Sakhra dan Masjidil Aqsa daripada salib-salib dan simbol-simbol Templar dan menyiramkan air mawar ke tembok-tembok masjid tersebut.

Kebanyakan masyarakat Latin yang kaya menjual harta benda mereka dan meninggalkan kota tersebut dengan bayaran 10 dinar sahaja. Hartanah mereka kebanyakannya dijual kepada orang kristian Ortodoks atau Jacobite yang bercadang terus tinggal di sana.

Selebihnya diambil oleh Salahuddin dan dijual kepada penempatan yahudi di sana. Bermula dari sinilah, Yahudi kembali semula ke Kota Baitul Maqdis. Atas jasa Salahuddin Al-Ayyubi, Yahudi dapat kembali ke tanah suci mereka selepas dihalau dari Baitulamaqdis oleh tentera Salib.

Ramai orang miskin yang beratur di pinggir pagar kota untuk meminta sedekah kerana tidak mempunyai 10 dinar. Al-Adil, adik Salahuddin memohon pembebasan ribuan mereka tanpa bayaran dan Salahuddin bersetuju. Ditambah 1200 yang lain yang diminta oleh Balian dan Paderi Agung mereka.

Salahuddin kemudiannya mengumumkan orang-orang tua akan dibebaskan secara percuma manakala balu-balu dan anak-anak yatim, bukan setakat dibebaskan dengan percuma, malah diberi sedikit bantuan selepas mereka dibebaskan.

Tindakan Salahuddin ini ditegur oleh Bendahari Negaranya, namun baginda menegaskan bahawa baginda membebaskan Baitulmaqdis bukanlah kerana kekayaan, tetapi sebagai tanggungjawab kepada agamanya.

Maka, Baitulmaqdis kembali ke tangan tentera islam.

Pengajarannya? Tak malukah wahai Zionis apabila anda melayan anak cucu penakluk sebaik, sehebat Salahuddin dengan memb.nuh mereka? Tidak malukah wahai para Evangelist Zionist, tidakkah anda berasa malu untuk menghadap Salahuddin kelak di sana nanti kalau inilah angkara kalian?

Ruangan komen telah ditutup.