Pembiakan Kodok Surinam

4605
views
Keadaan Kodok Surinam yang mempunyai telur pada belakang badannya.

Untuk melihat proses kelahiran ini secara umumnya kita tahu bahawa ia bukanlah suatu proses yang tampak ‘indah’ di mata. Ada juga individu yang pengsan tengok bini depa beranak.

Tetapi untuk melihat proses penetasan bagi Kodok Surinam atau nama saintifiknya Pipa pipa ini, pasti mampu untuk membuatkan sesiapa sahaja berasa tidak selesa, terutama sekali buat individu yang mempunyai “trypophobia”.

Tidak seperti spesies kodok atau katak lain yang bertelur pada satu tempat, Kodok Surinam akan menjaga serta meletakkan telurnya sangat hampir dengan diri sendiri, iaitu pada bawah kulit yang terletak di belakang badan.

Apa yang anda baca itu betul, kerana Kodok Surinam ini meletakkan telur-telur nya ke dalam lubang yang terdapat pada belakang badan nya. Ini dilakukan sehingga tiba masa yang sesuai untuk ia menetas.

Proses Mengawan

Sejurus ketibaan musim hujan, Kodok Surinam jantan akan memulakan ‘nyanyian’ untuk menarik perhatian Kodok Surinam betina dengan mengeluarkan bunyi “klik” yang dibuat menggunakan tulang hyoid yang terdapat di dalam kerongkong.

Jika ada Kodok Surinam betina yang tertarik dengan nyanyian itu, ia akan mula mencari dan mengesan kedudukan si jantan. Selepas dihampiri, badan si betina akan dinaiki oleh kodok jantan. Si betina kemudian akan tunjuk tanda ‘bersedia’ dengan menggetarkan badan nya. Bermula la proses persetubuhan yang ada kalanya memakan masa 12 jam.

Kodok lebih hebat dari mike yob.

Pada masa yang sama, Kodok Surinam betina akan melepaskan sejumlah 60 hingga 100 biji telur. Kodok Surinam jantan akan menangkap telur tersebut, mempersenyawakannya, kemudian meletakkan telur-telur yang telah disenyawakan itu tadi ke dalam lubang yang terdapat di belakang badan Kodok Surinam betina.

Keadaan belakang badan Kodok Surinam betina pada masa ini hampir menyerupai jerawat atau “whitehead” yang terdapat pada kulit manusia tu.

Setelah lubang-lubang di belakang badan Kodok Surinam betina itu dipenuhi dengan telur, kulit baru akan tumbuh meliputi telur-telur itu, ia adalah untuk melindungi zuriat nya selama 4 bulan mendatang.

Semasa dalam tempoh ‘hamil’ selama 4 bulan itu, Kodok Surinam betina jarang sekali dapat dilihat. Kerana pada waktu ini, mereka kurang mendedahkan diri. Ia dilakukan bagi melindungi diri dan anak-anak yang sedang membesar di bawah kulitnya itu dari pemangsa.


Close up proses penetasan / kelahiran Kodok Surinam. Dapa dilihat anak-anak mula keluar dari rongga atau lubang pada kulit itu.

Kelahiran

Tidak seperti spesies katak biasa yang kita lihat menjadi berudu ketika menetas, Kodok Surinam telah pun melalui proses transformasi menjadi berudu sejak berada di dalam kulit ibu itu lagi.

Dan apabila sudah tiba masa untuk telur Kodok Surinam itu menetas @ lahir, anak-anak itu akan mula mengorek lubang pada kulit tersebut dengan menggunakan kaki mereka.

Anak-anak Kodok Surinam ini akan terus memperolehi ciri-ciri seperti Kodok Surinam dewasa, cuma ia mempunyai saiz yang sangat kecil.

Anak-anak Kodok Surinam ini kemudian akan terus hidup dan mencari makanan sendiri tanpa perlu penjagaan dan pengawasan daripada ibu nya.

Selepas selesai proses kelahiran ini, ibu nya akan menanggalkan kulit yang digunakan bagi menutup lubang-lubang semasa tempoh ‘hamil’ dan akan kembali memulakan kitaran baru.