Ramai cakap, sistem hamba zaman dulu memang teruk. Sebab deme tidak memiliki sebarang kebebasan. Hidup hanya untuk tuan deme je. Tapi ada seorang hamba dekat Rom ni iaitu Spartacus berjaya buat seluruh empayar ketakutan.
Apa yang terjadi sebenarnya?
Spartacus ni pada asalnya merupakan seorang tentera Empayar Rom. Tapi disebabkan dia buat hal, terus kena buang daripada tentera. Sebagai hukuman, dia telah dijadikan hamba dan dihantar ke satu sekolah gladiator.
Korang pun tahu pengakhiran gladiator ni macam mana. Disebabkan tak mahu mati sia-sia, Spartacus pun melarikan diri daripada sekolah gladiator bersama 70 orang yang lain.
Spartacus tahu apa yang dia buat ni bakal mengundang kemurkaan maharaja. Tentera Rom pulak dengan mudah dapat mengesan deme.
Apa yang Spartacus buat adalah lari ke Gunung Vesuvius bersama 70 gladiator yang lain. Di situlah dia cuba kumpul mengikut seramai mungkin untuk lancarkan pemberontakan dan reformasi terhadap Rom.
Macam-macamlah dia kutuk Empayar Rom. Layan hamba macam sampahlah, harga kuda fd tinggi lah, maharaja makan banyak duit rakyat dan banyak lagi.
Dalam masa yang singkat, Spartacus berjaya mengumpul 90,000 pengikut yang terdiri daripada golongan hamba. Ye lah, dia sembang pejuang hamba. Memanglah ramailah hamba yang nak ikut memberontak. Dengan pengikut seramai itu, Spartacus mula menyerang Rom secara gerila. Tentera Rom pulak cuma anggap Spartacus dan pengikutnya cuma gangster biasa je. Anehnya tentera Rom asyik kalah dengan dia je.
Tak boleh jadi ni, tentera Rom pun kerahkan semua kekuatan untuk kalahkan Spartacus. Hasilnya Spartacus terbunuh dan 6000 pengikutnya yang terselamat telah disalib sampai alam sebalik mata.
—
Nak tahu lebih banyak tentang Empayar Rom, baca je KITAB TAMADUN ROM. Boleh beli sempena JUALAN PROMOSI 7.7 di https://bit.ly/KitabTamadunRom