Pembelit Lidah Dalam Pelbagai Bahasa Di Seluruh Dunia

1410
views

Pembelit Lidah ataupun dalam bahasa Inggeris Tongue Twister adalah ayat rekaan yang sukar disebut dengan tepat. Frasa tersebut boleh digunakan dalam pelbgai jenis permainan bahasa. Jika seseorang itu tersalah sebut, dia akan menjadi bahan ketawa orang lain, terutama sekali jika kesalahan tersebut membawa maksud yang tidak sepatutnya. Berikut adalah contoh pembelit lidah dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia.

Pembelit Lidah boleh ditemui dalam Bahasa Melayu. Contoh ayat dalam bahasa Melayu yang sukar disebut ialah “Kakakku kata, kuku kakiku kotor. Kukikis kuku kotor kakiku”. Ayat tersebut mengisahkan tentang hubungan antara adik-beradik dalam sebuah keluarga. Seorang kakak memberitahu adiknya tentang keadaan kuku kakinya. Adik yang diberitahu itu kemudiannya membersihkan  kakinya daripada sebarang kekotoran.

Bahasa Inggeris juga mempunyai pembelit lidah. Contoh ayat dalam bahasa tersebut ialah “I scream, you scream, we all scream for ice-cream!”. Ayat tersebut membawa maksud “Aku menjerit, kau menjerit, kami semua menjerit untuk aiskrim!”. Ayat tersebut mengisahkan tentang kehidupan manusia terutama sekali kanak-kanak yang sedaya upaya untuk memanggil penjual manisan.

Bahasa Mandarin juga mempunyai pembelit lidah. Contoh ayat dalam bahasa tersebut ialah “shī shì shí shī shǐ”. Ayat tersebut membawa maksud “Kisah Encik Shi Memakan Singa”. Kisah Encik Shi Memakan Singa adalah sebuah puisi yang mengandungi 92 karakter yang ditulis oleh seorang penyair bernama Yuen Ren Chao (1892-1982). Ayat tersebut ditulis sama ada dalam Tulisan Cina Dipermudah (Simplified Chinese), “施氏食” ataupun Tulisan Cina Tradisional (Traditional Chinese), “施氏食獅史”.

Bahasa Arab juga mempunyai pembelit lidah. Contoh ayat dalam bahasa tersebut ialah “taraqto al baba hatta kallamatni, fa lamma kallamatni kallamatni. qalat: ya isma’ilo sabran, qolto: ya Asma 3eela sabri”. Ayat tersebut membawa maksud “Saya mengetuk pintu sehingga sakit lengan, dia berkata: Ismail menunggu. Saya berkata: Asma, saya telah hilang sabar”.

Bahasa Ibrani (Hebrew) juga mempunyai pembelit lidah. Contoh ayat dalam bahasa tersebut ialah “Sarah Syarah Sir Sameakh, Sir Sameakh Sarah Syarah”. Ayat tersebut membawa maksud “Sarah sedang menyanyi lagu gembira, lagu yang gembira dinyanyikan”.

Bahasa Suomi (Finnish) juga mempunyai pembelit lidah. Contoh ayat dalam bahasa tersebut ialah “Kokoo koko kokko kokoon. Koko kokkoko kokoon? Koko kokko kokoon”. Ayat tersebut membawa maksud “Letakkan semua unggun api. Semua unggun api? Semua unggun api”.

Bahasa Magyar (Hungarian) juga mempunyai pembelit lidah. Contoh ayat dalam bahasa tersebut ialah “Te tetted e tettetett tettet? Tettetett tettek tettese, te!”. Ayat tersebut membawa maksud “Adakah kau melakukan perbuatan jahat ini? Kau pelaku perbuatan jahat!”.

Bahasa Jepun juga mempunyai pembelit lidah. Contoh ayat dalam bahasa tersebut ialah “Kono neko koko no neko no koneko kono koneko ne” ayat tersebut membawa maksud “Kucing ini adalah anak kucing kepada kucing di sini, anak kucing ini”. Dalam tulisan asal, ayat tersebut ditulis sebagai “この猫ここの猫の子猫この子猫ね”.

Bahasa Korea juga mempunyai pembelit lidah. Contoh ayat dalam bahasa tersebut ialah “mokdong royal nyuroyar reseutorang nyu menyu”. Ayat tersebut membawa maksud “Hidangan Baharu Restoran Mokdong Royal New Royal”. Dalam tulisan asal, ayat tersebut ditulis sebagai “목동 로얄 뉴로얄 레스토랑 뉴메뉴”.

Bahasa Tamil juga mempunyai pembelit lidah. Contoh ayat dalam bahasa tersebut ialah “yār tacca caṭṭai  eṅka tāttā tacca caṭṭai?”. Ayat tersebut membawa maksud “Siapakah kemeja besar datuk kita?”. Dalam tulisan asal, ayat tersebut ditulis sebagai “யார் தச்ச சட்டை  எங்க தாத்தா தச்ச சட்டை?”.

Akhir sekali, Bahasa Tagalog juga mempunyai pembelit lidah. Contoh ayat dalam bahasa tersebut ialah “Aba, bababa kaba Baba?”. Ayat tersebut membawa maksud “Kenapa, adakah kau pergi ke Baba?”.

Kesimpulannya, itu adalah contoh pembelit lidah dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. Bergantung kepada bahasa berkenaan, terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan sesuatu ayat itu sukar disebut oleh banyak pihak. Sebagai contoh giliran bunyi [s] dan [ʃ] dalam Ibrani menyebabkan ayat tertentu sukar disebut. Harmoni Vokal (Vowel Harmony) dan kes tatabahasa dalam bahasa Magyar dan Suomi masing-masing juga memainkan peranan penting. Apakah pembelit lidah yang kami telah tertinggal? Sila tinggalkan di dalam ruangan komen di bawah.

Artikel disumbangkan oleh Alam Bahasa untuk The Patriots.